Analisis: Dean Henderson, Ball Playing Keeper Yang Mencabar De Gea Dan Pickford

Manchester United kini memiliki 3 penjaga gol yang bertaraf kesebelasan utama termasuk penjaga gol yang mereka pinjamkan ke luar.

Paling menarik adalah bintang yang dipinjamkan mereka ke Sheffield United iaitu Dean Henderson.

Beliau kini diletakkan dalam senarai 5 penjaga gol paling ngetop di EPL. Beliau cemerlang sejak musim lalu lagi, membantu Sheffield United naik ke Liga Perdana Inggeris.

Dean Henderson Pencabar De Gea dan Jordan Pickford

Pada hari ini, wujud polemik tentang Dean Henderson; adakah dia patut jadi no.1 di England. Ataupun, adakah beliau berhak menjadi nombor satu di Man United.

Itulah yang sedang berlaku pada ketika ini. Menunjukkan betapa bagusnya penjaga gol ini ketika ini.

Dean Henderson pada kini berada dalam ranking ketiga dalam carta clean sheets musim ini dengan 9.

Berikut adalah ranking semasa untuk clean sheet dalam EPL.

1. Nick Pope – 11
2. Alisson – 10
3. Ben Foster – 9
4. Dean Henderson – 9
5. Ederson – 9
6. Kasper Schmeichel – 9

Style of play

Beliau merupakan penjaga gol yang sangat kuat refleks. Dan dikatakan memiliki Spring yang luar biasa.

Dean Henderson juga menepati ciri ciri penjaga gol idaman tactician modern Kerana kemampuan beliau yang mengawal bola dengan kaki untuk ball playing.

Oleh itu beliau sangat sesuai dengan mana mana Coach yang mahukan sistem build up dari belakang.

Masa Depan?

Secara kasarnya ketika ini, Dean Henderson bukan pilihan utama di United walaupun beliau kembali.

Hal ini kerana Ole Gunnar Solskjaer sudah memberikan jaminan bahawa, David De Gea masih lagi penjaga gol utama.

Ole Gunnar Solskjaer melihat Dean Henderson sebagai depth player pada keadaan ketika ini.

Ole menyatakan tiada keperluan buat masa ini mahu menstruktur kedudukan penjaga gol.

De Gea masih lagi pada usia terbaik sebagai penjaga gol. De Gea sudah pun memeterai kontrak jangka panjang dengan Man United.

Jadi, mungkinkah Dean Henderson akan berkelana terus ke kelab lain selepas ini demi minit perlawanan? Itu antara opsyen terbaik untuk beliau.

Di United mereka juga ada penjaga gol kedua yang baik iaitu Sergio Romero.

Rumusan

Dean Henderson telah membangun dengan sebaiknya di Sheffield United. Kredit kepada kejurulatihan mereka.

Kini beliau dalam senarai untuk mencabar tempat Jordan Pickford sebagai penjaga gol no.1 di England.

Kualiti yang ada pada beliau membuatkan namanya sebaris dengan penjaga gol elit di EPL pada ketika ini.

Namun begitu, Man United perlu bijak dalam menentukan masa depan pemain ini. Jika mereka melepaskan beliau ke pasukan lain, Man Utd perlu memasukkan klausa khas untuk beli balik.

Mana tau kan, De Gea ni barang panas juga. Banyak kelab nakkan dia.

Lepas kau baca sampai ke sini, nah video khas untuk Dean Henderson:

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan