Analisis Di Sebalik Prestasi Luar Biasa Rasmus Hojlund, Apa Yang Ten Hag Dah Buat?

Rasmus Hojlund sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris, dan kini berjaya mencetak 5 gol daripada 5 perlawanan.

Jadi, apa yang sebenarnya telah berlaku?

Rasmus Hojlund cemerlang dalam kempen Liga Juara Juara Eropah untuk United. Namun gagal untuk melakukan aksi yang sama di lapangan Liga Perdana Inggeris.

Prestasi Hojlund menentang Aston Villa dan juga West Ham menunjukkan potensi sebenar pemain itu. Mampu mencari ruang dan peluang untuk mencetak gol.

Kunci kepada kebangkitan Hojlund ini adalah kualiti pada conversion rate pemain tersebut. Dalam 5 perlawanan terakhir, Hojlund menjaringkan 5 gol daripada 8 percubaan ke arah gol.

Kadar penyempurnaan itu adalah 62.5%. Ia sangat mengejutkan kerana Hojlund tidak memerlukan percubaan yang banyak untuk mencetak gol sebanyak itu.

Bermakna dia seorang penyerang sangat klinikal dan memiliki kualiti pemusnah yang hebat.

Secara keseluruhan musim ini dia memiliki kadar penyempurnaan peluang sebanyak 19.2%. Itu lebih baik daripada Darwin Nunez di Liverpool.

Kebijaksaan dia mengeksploitasi peluang keemasan membuktikan bahawa dia semakin yakin di hadapan gol. Menjadikan dia pemain kedua termuda mejaringkan gol dalam 5 perlawanan EPL berturut turut, mengikut jejak langkah Nicolas Anelka pada 1998.

Hojlund semakin matang untuk beradaptasi dengan sistem permainan di Man United. Kerana dia sedar dia perlu mencari gol untuk diri sendiri berbanding dengan penyerang di kelab lain.

Ini kerana di United dia kekurangan ciptaan peluang daripada rakan rakannya. Terutama sekali ketika bergandingan dengan Rashford. Pemain itu agak tamak bila ada peluang. Ini difahami kerana Rashford juga berperanan sebagai gol ‘getter’ untuk pasukan United. Cuma prestasinya musim ini agak merosot dalam aspek gol.

Beberapa bulan lalu, Opta mengeluarkan statistik bahawa, Rasmus Hojlund adalah penyerang paling sedikit menerima hantaran daripada rakan berbanding penyerang lain di EPL.

Seterusnya Ten Hag turut merevolusikan corak latihan dalam pasukan yang membantu untuk meningkatkan prestasi pemain dan pasukan. Ini sangat ketara pada Hojlund.

Beberapa pemain senior mulai diarahkan untuk beradaptasi dengan Hojlund, kerana Ten Hag menjadikan dia penyerang utama mereka. Dengan Martial sudah dilihat tidak akan menjadi sebahagian projek.

Jadi, Ten Hag memberitahu pemain lain bahawa Hojlund adalah tunjang kepada projek kelab itu kini. Sama juga dengan pemain pemain muda, yang mahu memecah masuk ke dalam skuad utama. Mereka perlu memahami corak permainan pasukan di zon serangan.

Ini juga akan menjadi asas kepada pemilihan pemain baharu di pasaran perpindahan untuk dibawa masuk. Ten Hag menertapkan style of play yang sangat signifikan,

Ten Hag sebelum ini sudah memberitahu pemain pemainnya, bahawa latihan taktikal akan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Dia mahu gerakan yang mereka lakukan di latihan diadaptasi ke dalam padang perlawanan sebenar.

Hojlund awalnya bergelut di EPL kerana dia tiba dalam keadaan cedera. Dia tidak terlibat dalam banyak sesi latihan pra musim dan awal musim. Dia cuba beradaptasi dengan sistem baharu. Namun di UCL kualinya sangat luar biasa.

Ten Hag semakin tegas dalam isu DNA bola sepak sejak dia tiba di United. Di mana dia kerap menjemput ramai pemain akademi berlatih bersama skuad utama.

Ini untuk memastikan semua peringkat umur bermain dengan ‘bahasa bola sepak’ yang sama. Misalnya, pada latihan minggu ini, pemain akademi, Toby Collyer, Sam Mather, Dermot Mee, Kie Plumley, Sonny Aljofree, Ethan Wheatley, dan Ethan Williams semuanya diminta hadir berlatih bersama skuad senior.

Ten Hag juga berjaya membuatkan Hojlund merasakan dirinya adalah diperlukan dihargai ketika pengurus itu menyatakan bahawa kelab tidak akan mencari penyerang baharu kerana mereka sudah ada Hojlund.

Jadi Hojlund ada segala alasan kukuh untuk membalas kepercayaan itu.

United kini semakin pulih dari segi kecergasan pemain. Mereka sebelum ini berdepan ramai pemain cedera. Jadi agak rumit untuk Ten Hag membentuk gandingan pasukan yang memahami Hojlund.

Bukan itu sahaja, berlalu juga banyak drama di luar padang terutama sekali melibatkan Sancho dan Antony.

Ten Hag sendiri akui Antony terkesan dengan isu di luar padang yang melanda pemain itu.

Seterusnya Sancho pula langsung tak berminat mahu terlibat dengan United lagi selepas konflik pandangan dengan Ten Hag.

Namun begitu, kecederaan dan isu yang banyak ini juga membuka pintu seluas luasnya kepada pemain muda seperti Alejandro Garnacho, Kobbie Mainoo, dan Scott McTominay.

Apa yang menarik mereka ini menggunakan kesempatan yang mereka ada dengan sebaik baiknya.

Kini United menjadi lebih kuat sama ada dari segi pembangunan DNA dan juga prestasi di atas padang. Ianya penting untuk mereke mengejar slot UCL.