Analisis: Diamond Formation United Dan Magis Bruno Fernandes vs Everton

Manchester United berjaya membawa pulang 1 mata dari Goodison Park dalam aksi yang agak goyah.

Kedua dua pasukan seri 1-1 dalam aksi yang Utd seharusnya menang selepas Chelsea dan Spurs keciciran mata untuk perebutan 4 teratas.

Analisis

Struktur

Everton tampil dengan formasi 4-4-2 klasik dalam aksi kali ini. Manakala Man United juga dengan 4-4-2, namun mereka berbentuk diamond di tengah dengan Bruno Fernandes menjadi no.10.

Ole menggunakan pendekatan dengan formasi diamond kali ini. Matic menjadi base kepada diamond. Manakala di sisi diamond adalah Fred dan Scott McTominay. Bruno Fernandes menjadi no.10.

Secara asasnya McTominay adalah pemain no.8 yang lebih defensif manakala Fred adalah lebih ofensif dan box to box.

Ole Gunnar Solskjaer lebih kepada mahu mengeluarkan yang maksimum daripada zon 14 menerusi Bruno Fernandes.

Selain itu, Fernandes juga boleh menjadi penghubung yang baik dengan pemain dia atas – Martial dan Mason Greenwood.

Diamond Ole ada dua isu berbeza

Ole sebenarnya mungkin menjangkakan Everton bermain dengan sistem 4-2-3-1. Namun jelas sekali Everton bermain dengan 4-4-2 yang klasik.

Namun taktikal Ole ini tetap berkesan. Ini kerana visual gerakan Everton di bahagian sayap memang sudah dijangka.

Dengan formasi diamond, Ole mengarahkan 2 sisi diamond beliau mengekang offensive fullback Everton.

Lihat heatmap Tominay di sini, korang akn nampak terang benderang dia cuba kekang ancaman fullback lawan.

Berbalik kepada serangan Everton yang kemudiannya lebih centralized. Man United mulai struggle kerana mereka cuma ada Matic sebagai DM.

Dan pada ketika ini McTominay diturunkan ke bawah untuk menjadi DM kedua mereka.

Ia membuatkan struktur diamond Solskjaer agak sukar untuk menjana serangan balas, kerana McTominay berada terlalu ke bawah.

Isu penjaga gol

Kedua dua pasukan ada isu dengan penjaga gol. David De Gea melakukan uncharacteristic error pada separuh masa pertama.

De Gea jelas sekali harus memperbaiki isu error beliau ini. Agak sukar nak percaya apabila De Gea melakukan kesilapan demi kesilapan.

Namun De Gea tidak keseorangan. Jordan Pickford kena ‘makan’ dengan Bruno Fernandes di near post. Jelas sekali lagi beliau bermasalah dengan positioning.

Dan beliau harus ingat, Dean Henderson tengok je tu.

Ancaman Everton

Everton menghadirkan banyak ancaman kerana Man Utd drop terlalu deep pada separuh masa kedua.

Everton mendapat terlalu banyak extra yards ke dalam kawasan mereka.

Satu perkara yang aku kekadang kurang berkenan dengan taktikal Ole ni, dia kekadang terlalu pragmatik dan cuba untuk serang balas lawan.

Akhirnya Utd struggle nak keluar daripada zon bawah.

Bruno Fernandes penyelamat

Pemain ini sekali lagi menjelmakan magis beliau. Pemain yang kini sudah memiliki ratio sumbangan gol yang sangat lur biasa untuk Untd sejak menyertai mereka.

Beliau mencatatkan 1 gol atau assist dalam setiap 79 minit.

Fernandes menjadi pusat kepada segalanya untuk Man United terutama sekali pada separuh masa pertama.

Rumusan

Bruno Fernandes menjadi penyelamat United selepas satu error yang dilakukan De Gea, serta kesukaran taktikal Utd bergerak dalam perlawanan ini.

Ole Gunnar Solskjaer gagal melakukan improvisasi kepada sistem beliau di atas padang meskipun membuat beberapa pertukaran.

Seterusnya VAR juga menjadi penyelamat kepada United daripada tewas apabila membatalkan gol akhir Everton kerana ofsaid.

Everton diberikan ruang dan peluang untuk mara sejauh mana dan setinggi mana mereka suka.

Pada masa yang sama, serangan balas Man United kali ini kurang tajam.

 

Baca yang lain