Analisis Don K-Rul Izham: Bagaimana Aspek ‘Flank’ Kedah Musim Depan?

Penganalisis bebas, Don K-Rul IZham berkongsi pandangan beliau tentang aspek flank pasukan Kedah untuk musim hadapan.

Posisi Perbincangan : Pemain Sayap

Adakah kita akan melihat pemain baru dibahagian posisi sayap pasukan pada musim 2020 nanti?, sebelum itu, apakah persembahan pemain sayap Kedah musim 2019 memuaskan atau tidak memuaskan bagi anda?

Dalam musim 2019 ini, pasukan Kedah dilihat kurang stabiliti diposisi sayap. Dalam method atau falsafah corak permainan coach Aidil, posisi sayap kiri atau kanan merupakan tunjang utama bagi pasukan.

Ada beberapa nama diketengahkan oleh coach Aidil seperti kita sedia maklum, namun boleh kita simpulkan ia masih tidak mencapai tahap tertinggi atau masih kurang memuaskan.

LM/LW

Bagi posisi sayap kiri, pasukan menyenaraikan 2 pemain iaitu Anmar Almubaraki dan Farhan Roslan.

Selepas kecederaan panjang Anmar, Farhan berjaya konsisten sepanjang musim ini. Farhan juga bermain dalam 10 perlawanan dalam kempen Piala Malaysia 2019 selain 7 perlawanan Piala FA.

RM/RW

Bagi posisi sayap kanan pula, Kedah menurunkan tak kurang 6 pemain berbeza termasuk 2 pemain utama dari posisi lain sebelum bermain di secondary position mereka.

Contohnya Baddrol Bakhtiar (pemain tengah ke pemain sayap) dan Edgar Bernhardt (pemain tengah ke sayap kanan).

Ini statistik pemain sayap Kedah melibatkan 40 perlawanan dari Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

1️⃣Zaquan Adha
– 23 (9) penampilan
– 5 gol
– 3 assist
2️⃣Farhan Roslan
– 29 (2) penampilan
– 4 gol
– 5 assist
3️⃣Fayadh Zulkifli
– 2 (23) penampilan
– 3 gol
– 0
4️⃣Azamuddin Akil
– 5 (9) penampilan
– 1 gol
– 2 assist
5️⃣Syahrul Azwari
– 2(6) penampilan
– 1 gol
– 0
6️⃣N Thanabalan
– 3 (14) penampilan
– 1 gol
– 0
7️⃣Anmar Almubaraki
– 6 (1) penampilan
– 1 gol
– 0
8️⃣Hidhir Idris
– 5 (8) penampilan
– 0
– 0
.
Dalam jumlah 40 perlawanan musim ini, ternyata Kedah masih ketiadaan seorang pemain bertindak sebagai ‘priority’ diposisi pemain sayap pasukan.

Hanya 16 gol dapat diterjemahkan dari keseluruhan 77 gol pasukan Kedah.

Manakala 10 bantuan gol atau assist sahaja dari 39 assist keseluruhan.

Bagi aku, posisi ini agak kritikal untuk musim 2019, tidak dinafikan ada sumbangan pemain pemain, namun overall tidak mencapai tahap ‘perfection’ untuk pasukan khususnya.

Harapan

Harapan bagi musim 2020, sudah pasti mengharapkan pasukan Kedah dapat mempekemaskan lagi stabiliti disetiap posisi-posisi khususnya posisi yang agak kritikal seperti ini.

Kedah juga boleh merisik beberapa pemain ‘lebih klinikal’ agar department pasukan terutama pasukan utama lebih mantap diposisi berkenaan.

Tentang penulis: Don K-Rul IZham adalah penganalisis bebas dan peminat skuad Lang Merah.

Follow: FB – Don K-rul IZham

Baca yang lain