Agak lama pikirkan apa nak tulis mengenai ‘Double K’ pasukan Kedah ini.
Mungkin masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran atau expectation kepada mereka namun laporan penyampaian disini berdasarkan situasi semasa mereka berdua.
– 2K Miliki 82 gol dalam Liga Malaysia,
Selepas menamatkan saingan dengan jumlah 77 gol dalam pertandingan musim 2019, Kedah nyata belum ampuh dan kini membawa 2 baka penjaring yang memiliki rekod agak baik dalam saingan domestik dalam lebih kurang 3 musim terakhir.
Kedua dua berjaya meletakkan ‘tag’ mereka adalah pemain ‘import’ yang proven dalam pentas domestik. Ledakan bersama mencecah 82 gol,
Kipre Tchetche
44 gol
Kpah Sherman
38 gol
– Keluar Dari Era ‘Poacher’
Sedar tak sedar, 3 musim pasukan Kedah menggunakan khidmat penyerang type poacher.
Poacher sejenis baka penyerang lebih dingin/sejuk dan kurang agresif. Penyerang yang memerlukan sokongan sepenuhnya rakan sepasukan bagi membantu beliau. Erti kata permainan beliau dipengaruhi atau bergantung kepada aksi pemain lain.
Kedah mulanya agak bermasalah dalam kaedah ini, kita imbas kembali musim 2017 sehingga 2019. Kemudian perlahan lahan, Kedah mendapat rentak bagaimana cara ‘approach’ masalah itu.
Kedah menggunakan khidmat Ken Ilso, Pablo Pallares, Paolo Rangel sehingga ke Fernando Rodriguez. Jumlah gol poacher Kedah, 57 gol dalam 3 musim. Hanya Ken dan Nando memiliki rekod agak baik sedikit.
– Mahu Baka Trequartista dan Targetman,
Apa itu trequartista dan targetman?
Trequartista – Pemain yang mempunyai ‘instinct’ memburu gol. Lebih kepada penyerang kedua dibelakang top attacker, contohnya pemain No9. Juga mencipta peluang, drop deep sekiranya perlu.
Targetman – Penyerang yang lebih agresif, gemar menggunakan kekuatan fizikal secara kompetitif. Alert apabila berada dikoridor paling tinggi dalam cubaan penghasilan gol.
Jika kita kembali ke permulaan Liga musim ini, Kedah jelas mengubah DNA pasukan. Kita tahu DNA adalah cara bola sepak anda dimainkan.
Aidil nyata lebih gemarkan konsep menyerang dalam method beliau. Bagi kita pula sebagai peminat, sudah pasti kita mengharap perubahan ini dapat memperkasakan pasukan.
Kecepatan dan kesegeraan (urgency) antara faktor baka ini lebih sesuai dipilih Kedah. Kedah juga menekankan aspek kelangsungan (directness) dalam sisi serangan.
Sebagai contoh, baka seperti ‘Targetman’ adalah type lebih agresif walaupun tidak selalu berada digarisan paling tinggi, begitu juga dengan baka ‘Trequartista’, lebih liar dikawasan (three quarter).
Kedah kini memiliki Kipre, mampu bertindak sebagai trequartista atau penyerang kedua. Kipre juga boleh adaptasi penyerang sayap jika perlu. Bagi Kpah, ketajaman beliau dalam menghasilkan gol sebagai pemain No9 tidak boleh disangkal.
Jadi gabungan kedua pemain ini pasti menarik dan tak salah jika kita katakan ia antara ‘template’ kebanyakkan pasukan Liga Malaysia.
Rumusan
Bagi menjayakan segala perancangan, Kedah juga membawa masuk pemain-pemain ‘match fit’ seperti Jafri Chew, Zulkhairi Zulkeply, Irfan Zakaria, Hadin Azman selain khidmat 2K ini. Hanya tinggal kekosongan kelibat seorang ‘general’ padang bagi melengkapkan pasukan.
Bab general padang ini Kedah perlukan pemain yang memiliki mobiliti sangat baik samada transisi bertahan atau menyerang.
Bagi musim 2019, mungkin Aidil Sharin memperkenalkan dulu asas bola sepak beliau dan kali ni masanya untuk pengadaptasian taktikal beliau.
Pandangan Peribadi penulis, Kembali ke topik serangan, kekuatan atau kaedah pastinya cara bagaimana sistem serangan dibekalkan kepada mereka.
Mungkin memperbaiki lagi teknik ‘supplier’ dari pemain sayap menerusi kesegeraan bekalan ke kotak penalti serta larian lewat pemain bek sisi bagi bekalan ‘width’ di zon tinggi antara perkara perlu dititik beratkan.
Selain itu, Kedah juga boleh mencorakkan lagi pembangunan sistem sayap seperti aktif ‘exchange flanker system’.
Akhir kata, Double ‘K’ adalah gandingan impian masa kini.
Bagi peminat Hijau Kuning, kedua pemain ini antara perkara positif dan ‘big signing’ dari pengurusan jika penilaian aksi di domestik diambil kira. Tidak juga terlalu mendongak bermimpi kejayaan namun bersikap positif, sesuatu usaha boleh membuahkan hasil.
Tentang penulis: Artikel ini adalah milik Don KRul Izham. Peminat setia Lang Merah.
Ikuti penulisan beliau menerusi: