Pertarungan Mikel Arteta vs Marcelo Bielsa ini memang aku tunggu. Kedua duanya memiliki asas scholar permainan sama. Bielsa merupakan rujukan Pep Guardiola di dalam taktikal beliau.
Arteta pula murid kepada Pep Guardiola sejak beberapa musim di Man City. Jadi, ada alasan kuat nak berjaga 4 pagi kan?
Leeds kuasai 45 minit pertama
Perlawanan ini separuh masa pertama adalah milik total Leeds United. Mereka lebih intensif dan lebih kreatif dalam mencipta peluang.
Kelihatan ini bukan perlawanan yang mudah untuk Arsenal.
Marcelo Bielsa jelas sekali mengekalkan corak permainan mereka walaupun lawan mereka adalah pasukan Arsenal.
Tiada isu rendah diri ataupun menghormati lawan dalam aksi mereka kali ini.
Leeds United bermain dengan sistem yang intensif dan sangat yakin. Support play mereka menjadi masalah Arsenal.
Kalvin Phillips’ first half vs. Arsenal by numbers:
89% pass accuracy
16 forward passes
4 tackles won
3 key passes
3 long ballsThe best midfielder on the pitch. 🙌 pic.twitter.com/sR8r0y0jmq
— Statman Dave (@StatmanDave) January 6, 2020
Leeds menguasai separuh masa pertama lebih 60%. Leeds turut meluahkan 15 percubaan ke arah gol dengan 5 percubaan tepat.
Arsenal 0-0 Leeds HT:
Possession: 37%-63%
Shots: 3-15
Chances Created: 3-12
Passes: 174-289
Open play crosses: 0-10
Pass Accuracy: 71%-86%
Attacks: 34-64Absolutely outstanding first half from the Marcelo Bielsa's side. Completely dominance. Deserve to be 2 or 3 ahead. #LUFC
— LUFCDATA (@LUFCDATA) January 6, 2020
Martinez ada malam yang sibuk pada separuh masa pertama. Tanpa kecemerlangan beliau, Arsenal sudah ketinggalan.
Masalah utama Leeds adalah penyudah yang tumpul, mereka memiliki lambakan peluang gol namun tidak satu disudahkan.
Arsenal pula banyak hilang bola dan juga aksi gugup ketika bertahan, terutama sekali Rob Holding.
Mesut Ozil dan Lacazette gagal terhubung dengan barisan belakang.
Improvisasi Arsenal
Separuh masa kedua adalah Arsenal yang berbeza. Mereka lebih agresif dan lebih berani.
Leeds mulai bermasalah dengan asakan dan dominasi Arsenal. The Gunner lebih laju dalam mengalirkan bola di antara pemain.
High pressing oleh Arsenal lebih baik. Membuatkan Leeds tidak lagi terlalu tenang ketika build up.
Hasilnya, pemain yang banyak mempersiakan gerakan, Reiss Nelson meletakkan mereka di hadapan, hasil umpanan Lacazette.
4️⃣ in 4️⃣@ReissNelson9 is coming to life at Emirates Stadium! 🔥#EmiratesFACup pic.twitter.com/wrouubS4XJ
— Arsenal (@Arsenal) January 6, 2020
Arsenal terus mengekalkan intensiti mereka. Bukannya nak memikirkan drop lebih ke belakang.
Mesut Ozil mulai memberikan pengaruhnya di dalam perlawanan ini. Arsenal banyak memenangi bola segera di kawasan Leeds. Sama ada bola pertama atau kedua.
Memang ianya satu improvisasi sangat signifikan dilakukan Arsenal.
Arsenal shots
First half 3
Second half 13Leeds shots
First half 15
Second half 3— Orbinho (@Orbinho) January 6, 2020
Rumusan
Arsenal berjaya menyelamatkan kempen mereka dengan improvisasi pada separuh masa kedua selepas Leeds tak menggunakan kesempatan yang mereka ada pada separuh masa pertama sebaiknya.
🎶 One-nil… to The Arsenal! 🎶#EmiratesFACup
— Arsenal (@Arsenal) January 6, 2020
Arsenal masih dengan masalah mengekang asakan lawan. Musim ini Arsenal antara pasukan yang paling banyak berhadapan dengan percubaan lawan. Malam ini mereka tetap ada masalah itu.
Namun separuh masa kedua Arsenal mengurangkan serangan lawan dengan counterpressing yang lebih baik.
Arteta juga telah mengenakan aspek hantaran lebih pantas dan gerakan off ball yang lebih aktif. Syabas kepada Arsenal yang memperbaiki kerosakan separuh masa pertama dan terus positif.
Tak tau ubat apa Arteta bagi kat diorang masa half time. Tetapi ia memang berimpak tinggi.
Kredit juga kepada Leeds. Aksi yang sangat baik dengan kualiti skuad mereka ada. So boleh expect apa mereka lakukan musim depan, jika diorang mara ke EPL.
Young Gunner 🔴#EmiratesFACup pic.twitter.com/c4INbV2YGR
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) January 6, 2020