Analisis: Fabinho vs Palace – Aksi Lengkap Seorang Jeneral – 1 Gol Screamer, 1 Assist Jahat

Fabinho terus menunjukkan prestasi cemerlangnya musim ini bersama dengan Liverpool.

Pemain antarabangsa Brazil itu sekali lagi menunjukkan aksi masterclassnya menentang Crystal Palace pada aksi malam semalam.

Secara peribadi saya memilih Fabinho sebagai MOTM dalam aksi yang banyak pesaing untuk MOTM kecuali Alisson yang makan gaji buta dan balik rumah dengan baju masih berbau Downy.

Liverpool turun dalam aksi di Anfield dengan jarak hanya 5 mata daripada kejuaraan.

Dalam aksi yang penuh sensasi itu, pemain berusia 26 tahun itu melakukan hantaran lengkap untuk kesemua hantaran yang beliau buat.

Selain daripada memenangi setiap tackle yang beliau lakukan dalam tempoh sejam di atas padang.

Namun yang menjadi klimaks kepada aksi padu Fabinho adalah assist  cantik dan gol roket dari luar kotak penalti untuk meletakkan Liverpool 3 gol di hadapan.

Segalanya serba menjadi buat Fabinho. Namun biasalah pemain DM ni memang sudah biasa menjadi wira tak didendang.

Para peminat memuji aksi Fabinho yang dianggap complete / serba lengkap semalam.

Fabinho turut menjadi penjaring terbanyak – bersama TAA – bagi gol dari luar kotak penalti musim ini untuk pasukan The Reds.

Aksi semalam juga menandakan aksi ke-50 Fabinho dalam EPL. Dan beliau sudah menikmati 41 kemenangan daripadanya. Hanya Didier Drogba, Arjen Robben (semua 42), dan Laporte (43) sahaja yang lebih banyak daripada beliau.

Statistik yang dicatatkan Fabinho memang luar biasa dalam perlawanan ini. Beliau merekodkan 98% ketepatan hantaran.

Semua 5 hantaran panjang adalah tepat.

Mencipta 2 peluang gol bersama dengan satu assist.

Melakukan 2 percubaan tepat dan satu daripadanya menjadi gol.

Memenangi 7/9 duel dan 6/6 bentesan bersih, di samping 2 pintasan.

Aksi Fabinho itu sememangnya salah satu contoh terbaik prestasi jeneral di tangah padang.

https://twitter.com/i/status/1275903482286026758

2 Mata Sahaja Lagi

Liverpool turun dalam aksi menentang Crystal Palace dalam usaha mereka mengejar kejuaraan EPL ke-19 yang sudah lama dinanti.

Jurgen Klopp kembali menyenaraikan pasukan terkuatnya. Termasuk kehadiran semula Andy Robertson dan Mohamed Salah.

Liverpool memulakan perlawanan dengan intensif. Di mana, The Reds terus mengasak dan menguasai perlawanan. Malang buat Palace apabila pemain utama mereka, Wilfried Zaha terpaksa dikeluarkan awal kerana kecederaan.

Pada minit ke-23, Liverpool membuka tirai jaringan menerusi jaringan cantik Trent Alexander Arnold.

Pemain kebangsaan England itu melakukan sepakan percuma yang melencong masuk.

Sebelum rehat, Mohamed Salah meletakkan The Reds dua gol di hadapan dengan gol cantik Mohamed Salah hasil umpanan cantik oleh Fabinho dari tengah padang.

Fabinho melakukan killer pass sesedap rasa kepada Mo Salah yang menyambut bola dan memasukkannya tanpa melakukan kesalahan.

Itu merupakan gol ke-100 Liverpool pada musim ini dalam semua kompetisi.

Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 2-0.

Hanya 10 minit babak kedua bersambung, Fabinho melakukan rembatan bak peluru berpandu menewaskan penjaga gol lawan.

Gol itu seolah oleh mengesahkan 3 mata untuk The Reds.

Tidak lama kemudian, Mohamed Salah hampir menambah gol untuk Liverpool. Namun lencongannya sedikit tersasar.

Tetapi kemudian, Sadio Mane menyumbat gol keempat Liverpool menerusi serangan balas cantik dan kombinasi front 3 Liverpool.

Pada minit ke-71 Neco Williams diberikan debut EPL beliau. Neco Williams menggila dengan aksi cemerlang. Melakukan 1 ciptaan peluang, 1 percubaan tepat ketika masuk.

Minamino dan Harvey Elliot juga ternyata memberikan sengat kembali dari segi energy pasukan.

Mo Salah agak tamak dalam situasi pada minit akhir. Di mana Minamino sedia nak menyambar bola di depan gol.

Tapi tak apalah menang. Kau nak marah, suka hati kau la.

Liverpool kini hanya dipisahkan 2 mata sahaja daripada kejuaraan liga. Dekat sangat dah tu.

Liverpool boleh menjadi juara pada hari ini jika Man City kalah.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di