Analisis Fabio Vieira: Dia No.10. No.8, Winger, False 9 Dan Arteta Mahu DNA Zon 14 Kembali Kukuh

Arsenal hanya selangkah lagi untuk mendapatkan khidmat Fabio Vieira dari Porto. Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai kebolehan istimewa kerana dia boleh memainkan banyak peranan dan posisi di bahagian tengah dan serangan ketika di atas padang.

Arsenal menutup musim 2021/2022 dengan berada di kedudukan ke-5 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris. Walaupun gagal melayakkan diri ke zon Liga Juara-Juara, The Gunners masih aktif dalam pasaran perpindahan dan mengejar beberapa pemain.

Kegagalan layak ke UCL musim lalu benar benar satu wake up all untuk Arsenal. Ini kerana mereka hampir ke UCL. Namun malangnya mereka mencatatkan 3 kekalah berturut turut berdepan lawan yang di luar big six.

Kali terakhir Arsenal beraksi di UL adalah pada 2017. Dan mereka benar benar terdesak mahu kembali ke pentas UCL sekali lagi.

Antara pemain yang menjadi sasaran, Arsenal sangat hampir dengan perpindahan Fabio Vieira. Arsenal telah mengadakan rundingan dengan Porto dengan tawaran 35 juta euro serta tambahan bonus.

Porto sedia menerima tawaran Arsenal. Kini, kedua-dua pasukan akan membincangkan lebih lanjut mengenai mekanisme pembayaran dan butiran perpindahan. Pemain tersebut dijangka menjalani pemeriksaan medikal sebagai salah satu proses akhir sebelum diumumkan secara rasmi.

Pemain serba boleh

Fabio Vieira merupakan pemain yang sangat versatil. Dia asasnya adalah pemain nombor 10 atau playmaker. Dia telah memainkan peranan itu lebih kerap daripada yang lain. Tetapi, Fabio Vieira juga boleh bermain peranan lebih ke belakang iaitu sebagai no.8.

Tidak terhad di zon dalam, dia juga boleh beraksi dengan baik di posisi penyerang sayap.

Jika keadaan memerlukan Fabio Vieira juga boleh beraksi sebagai false no.9.

Statistik Fabio Vieira sebagai playmaker juga agak baik. Pada musim 2021/2022, dia menjaringkan enam gol dan 14 bantuan daripada 27 perlawanan dalam Liga Portugal. Selain itu, Vieira juga telah menjadi tonggak penting Portugal U-21.

Fabio Vieira telah menjadi rebutan banyak kelab terkemuka Eropah. Tetapi, pemain berusia 22 tahun itu akhirnya memilih untuk bermain di Arsenal. Ejennya, Jorge Mendes juga dikatakan turut menyokong perpindahannya ke Arsenal demi kemajuan karier pemain itu.

Wartawan Sky Sports, Mark McAdam menegaskan bahawa beberapa pasukan scouting dari EPL telah memantau perkembangan pemain itu.

Dan beliau menegaskan sempat mendapatkan pandangan daripada mereka (mungkin daripada scouting Arsenal agaknya).

Menurut laporan tersebut, Fabio  Vieira adalah pemain yang beraksi dengan bergaya dan memiliki pergerakan yang tajam di atas padang. Dia sangat selesa dengan bola di kakinya.

Vieira menepati profil pemain yang menepati taktikal Arsenal terutama sekali Mikel Arteta.

Mikel Arteta mahu mengembalikan kekuatan DNA Arsenal satu ketika dahulu iaitu berasaskan pemain playmaker yang kreatif dan lincah.

“Imbas kembali pemain pemain yang kita [Arsenal] pernah miliki di masa lalu di posisi tersebut [playmaker].”

“Kita pernah ada Santi Cazorla kepada Thomas Rosicky dan Andrey Arshavin. Kemudian ada Mkhitaryan, bahkan Jack Wilsher juga pernah beraksi di bahagian ‘poket’ sepanjang masa.”

Istilah poket merujuk kepada zon 14 ataupun zon di belakang penyerang utama. Zon 14 adalah zon yang digelar zon emas dalam bola sepak. Ia juga merupakan zon yang paling sukar untuk dikuasai kerana ia adalah zon yang di antara DM dan CB lawan. Jadi ada sebab kenapa Zon 14 juga digelar tight zon atau tight area atau between the line.

Wengerball yang menjadi tunjang kegemilangan Arsenal di bawah Wenger adalah sistem yang menjadikan ruang poket ini sebagai nadi penting sistem mereka. Antara nama yang mahsyur pastinya Bergkamp.

Walaupun dia seorang pemain prospek yang menjadi rebutan, Vieira ada pesaing untuk posisi no.10 iaitu Martin Odegaard.

Jadi, mungkin dia akan beraksi di peranan lebih ke sayap. Atau mungkin Arteta menggunakan kedua duanya sebagai double 8 dalam sistem midfield bertiga? Namun itu akan mebuatkan pasukan Arsenal terlalu ofensif dan kurang kestabilan ketika bertahan.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan