ANALISIS: Fletcher Antara Punca Paul Pogba Bangkit Ke Prestasi Teratas

Paul Pogba telah menjadi pemain penting United musim ini. Saya pernah berkata sebelum ini, Pogba ni tipikal Ozil di Arsenal. Mereka kategori expensive player.

Apabila mereka world class, pasukan mereka akan world class. Namun sangat sukar untuk melihat mereka kekal begitu setiap masa.

Kenapa? Ya sebab mereka digelar pemain ‘mahal’. Mereka tipikal pemain yang selalu berjuang untuk pengurus yang mereka mahukan.

Mereka memang berbakat, namun seringkali tak beraksi cemerlang kerana jiwa mereka sendiri.

Berikut 5 sebab kenapa Pogba mencapai prestasi yang ber-KPI tinggi musim ini.

1. Ejen

Agak menarik, kebiasaannya pada Ogos atauapun Januari, Mino Raiola akan bising soal kontrak.

Dan ketika ini, selepas berperang dengan pengurusan tertinggi Man United musim lalu, Raiola lebih tenang dalam situasi Pogba.

Mungkin ada hikmah juga musim wabak ni kepada situasi Pogba. Kerana Raiola tahu sukar nak mencari pembeli harga dan tawaran pakej yahudi kepada Pogba.

Semua pasukan bergelut dengan kewangan masing masing. Jadi, tanpa gangguan daripada ejen di luar padang, Pogba fokus di atas padang. Dan Ole dengan senang hati menguruskan Pogba tanpa campur tangan ejen.

Musim lalu, Ole siap suruh Pogba beritahu ejennya untuk tidak bercakap sesuka hati. Dan bukan kebetulan masa tu, Pogba tidak menjadi pemain kesebelasan utama yang tetap.

Pogba seringkali tersepit di tengah tengah dalam isu ejen dan kelab.

2. Bruno Fernandes

Ini adalah faktor penting di dalam padang. Salah satu tujuan utama membawa masuk Bruno Fernandes adalah kerana mahu mengeluarkan aura terbaik daripada Paul Pogba.

Bukan murah mereka beli Pogba tu. Fernandes bolah bertindak sebagai serampang dua mata dalam situasi Pogba. Jika Pogba nak blah, United tak risau sebab ada Fernandes.

Namun Ole menegaskan mereka mahu Pogba kekal. Dan aspek kedua yang berlaku, Fernandes membantu Pogba mengeluarkan semula apa yang terbaik daripada dirinya.

3. Kepentingan dalam pasukan

Pemain mahal seperti ini memang ada sikap mereka mahu diberikan penghargaan lebih sikit. Dan mereka akan memberikan pulangan balik.

Di Perancis, Deschamps seringkali melakukan pembodekkan, puji pujian kepada Pogba dan tahu cara memberikan sokongan kepada pemain itu untuk memastikan dia merasakan dia penting untuk pasukan.

Dan di United, Pogba kini terasa dirinya penting dan dia suka dengan suasana di United. Jika sebelum ini Mourinho melabel Pogba ni virus dan malas bertahan.

Tindakan Mourinho itu tipikal pengurus yang klasik. Dan harus diakui Pogba ni jenis pemain yang sukar bekerjasama dengan pengurus yang mengkritik pemainnya terang terangan.

Dengan Ole Gunnar Solskjaer, Pogba musim ini bermain hampir semua posisi tengah. Ini termasuk peranan pemain sayap.

Cara pengurusan Ole menyenangkan beliau. Bak kata RvP, semua orang suka Ole. Dia manusia budiman.

4. Matang

Pogba musim ini tampil lebih matang. Mungkin pangkatnya yang sudah bergelar ayah membuatkannya menjadi insan yang lebih matang.

Beliau lebih tenang mengendalikan tekanan di bilik persalinan pasukan ye, bukan bilik persalinan di rumah dia.

Pogba pada awal musim tidak diberikan jaminan tempat beliau dalam kesebelasan utama. Pogba profesional dan sedia menyumbang kepada pasukan sama ada sebagai kesebelasan utama ataupun simpanan.

5. Kehadiran Fletcher

Darren Fletcher dilantik sebagai jurulatih di bawah naungan Ole Gunnar Solskjaer. Dan beliau telah banyak membantu Pogba dari aspek defensif.

Fletcher tidak seglamor pemain lain di era emas United dahulu, namun Sir Alex menganggap Fletcher sebagai big game player. Pemain Defensive midfielder yang tahu apa nak buat.

Sejak Fletcher menjadi jurulatih, Pogba mencatatkan statistik luar biasa dari segi memenangi semula bola, hantaran, pintasan. Dia adalah raja untuk statistik penting itu di United.

Rumusan

Bukan satu kebetulan, prestasi Man United cemerlang kerana Pogba cemerlang. Ianya menambahkan lagi kualiti yang sudah dibawakan Bruno Fernandes.

Pogba salah seorang bakat elit dalam bola sepak dunia. Namun seringkali diganggu hal pergaduhan ejen dengan kelabnya.

Alex Ferguson sendiri sudah berpesan dahulu: “Pogba seorang pemain yang sangat bagus. Cuma satu je masalah dia, memiliki ejen sampah.”

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil