Analisis: Fluid Sungguh Kai Havertz Sebagai False Number 9

Selepas tamat perlawanan, Thomas Tuchel memuji impak Kai Havertz ketika menentang Everton. Di mana Tuchel menyatakan: “Saya sangat gembira melihat aksi Kai. Kami menujukkan betapa tingginya kepercayaan kami kepadanya. Dan dia juga menggunakan peluang pada malam ini dengan sebaiknya.”

“Dia memainkan peranannya, dia sangat fluid dan mempamerkan aksi yang cemerlang. Dia adalah pemain yang ada segala kualiti dan ada segala bakat untuk menjadi watak dominan di serangan. Dia menonjolkan dirinya dan terlibat dalam banyak serangan bahaya untuk kami.”

“Saya sangat gembira untuk dia, dan dia mampu menunjukkan aksi seperti malam ini, di mana saya rasa itu adalah highlight tentang apa yang dia boleh bawakan keapda pasukan ini. Tiada keraguan tentang kualitinya. Bakat dia dan juga karakter dia. Cuma dia perlu beradaptasi dengan EPL, dengan kelab baharu yang mahukan kamu menang setiap kali bermain perlawanan, serta kualiti tertinggi. Itu normal. Dia cemerlang hari ini.”

Peranan Havertz vs Everton

Havertz diberikan peranan sebagai false number 9 oleh Tuchel. False 9 merujuk kepada pemain yang berada paling atas dalam susunan formasi ketika tiada pemain nombor 9 tulen di atas padang.

Havertz akan banyak bermain seperti nombor 10 dengan turun ke bawah sedikit untuk terus terhubung dengan bahagian tengah. Pada masa yang sama dia akan mencipta peluang untuk pemain di serangan sisi.

Oleh sebab itu maka korang boleh lihat passmap Havertz seperti ini, di mana dia menjadi fokal.

Dan sudah pastinya tugasan utamanya adalah untuk menyerang kotak penalti dengan positioning yang bersifat ‘floating attacker’. Yang bermaksud mereka bukannya banyak menempatkan diri mereka dalam kotak penalti untuk bergasak dengan CB sepanjang masa, tetapi mereka menyerang posisi itu dari belakang. Orang kata attack the space.

Mereka juga akan berada di banyak zon di dalam padang. Ini laporan heatmap Kai Havertz.

Oleh itu sangat sukar nak mengawal false 9 sebab mereka berlegar legar di luar. Ada jurulatih keliru nak menggunakan defensive midfielder ataupun mengarahkan seorang bek tengah untuk merantai mereka. Namun tindakan ini kerap memakan diri. Kerana false 9 lincah dan mereka memang mahu menarik pemain bek tengah keluar.

Havertz memang antara false 9 terbaik di Bundesliga sebelum ini, walaupun dia banyak beraksi sebagai penyerang sokongan, seperti no.10 ataupun penyerang kedua. Beliau memiliki keupayaan mencipta ruang dan juga larian taktikal yang baik.

Dan hasil daripada positioning dia yang baik dia mencetuskan gol pertama Chelsea. Dia kemudian memenangi penalti untuk pasukannya. Tidak lupa juga, dia hampir menjaringkan gol namun sayang sekali VAR menyatakan gol itu tak sah.

Lihat kombinasi beliau dengan Timo Werner di sini:

Secara statistik, Havertz mencatatkan: 100% gelecekan melepasi lawan yang sukses, 55 sentuhan, 5 sentuhan dalam kotak penalti  (terbanyak), 5 duel dimenangi, 2 percubaan, 2 duel udara dimenangi, 1 penalti dimenangi.

Saksikan sedikit rangkuman aksi Havertz di sini:

Rumusan

Havertz bermain sangat baik dalam perlawanan ini. Adakah dia akan kekal menjadi false 9? Segalanya bergantung kepada konsistensi beliau dan apa yang dia boleh sumbangkan daripada posisi itu.

Tidak semestinya dengan jumlah gol, namun jika dia mampu menghidupkan Werner atau Odoi dengan posisi itu, maka Havertz akan kekal menjadi pemain  dengan sistem tersebut. Odoi telah menunjukkan dia akan menjadi pemain penting Tuchel ketika ini. Werner pula pembelian yang sangat mahal.

Jadi, Havertz ada peluang terbaik untuk membuktikan nilai beliau kepada dua pemain utama itu.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan