Analisis: Graf Prestasi De Gea Ini Sangat Merisaukan, Merudum Selepas Peak Terbaik

De Gea dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dalam generasinya. Walaupun fizikalnya agak kecil berbanding dengan penjaga gol terkemuka yang lain, namun De Gea ada kekuatan refleks kucing yang sukar untuk dijelaskan.

Selain itu David De Gea turut dikenali dengan satu keupayaan unik iaitu menyelamatkan bola dengan kakinya.

Beliau berpindah ke Man United selepas aksi cemerlang bersama dengan Atletico Madrid. Di United De Gea menjadi pemain utama dalam pasukan Sir Alex Ferguson.

Sejak hari itu beliau terus menstabilkan namanya di United dan pasukan kebangsaan Sepanyol selepas itu menggantikan Iker Casillas.

Terlalu banyak jumlah perlawanan dan aksi De Gea menyelamatkan United di atas padang. Sehingakan Dave Save menjadi salah satu banner yang sentiasa berkibar.

De Gea menjadi penjaga gol dengan gaji tertinggi di dunia ketika ini selepas menandatangani kontrak baharu pada 2019. Beliau menjadi sasaran kelab seperti Real Madrid dan PSG kerana kehebatannya.

Teknik Save Dengan Kaki De Gea

Dari segi ball playing, De Gea bukanlah keeper yang ada footwork yang baik untuk perkara seperti itu.

Namun apabila masuk ke isu defensif, iaitu aksi menyelamat, kakinya sangat baik. De Gea seakan akan terlalu semulajadi dengan gaya seperti itu.

Ada situasi kekadang De Gea lebih memilih menggunakan kakinya berbanding tangan. Betapa bagusnya De Gea dengan gaya seperti ini.

Ianya bukan sahaja berkaitan dengan reaksi ataupun ketangkasan tetapi pentingnya teknik yang betul. Seterusnya antisipasi ataupun keupayaan mengagak tindakan lawan dan situasi.

Kekuatan tambahan ini membuatkan mereka ada senjata tambahan nak berkawal di depan gawang ataupun dalam situasi satu lawan satu dengan pemain penyerang.

Ianya sukar dijelaskan. Sama dengan Arjen Robben melakukan Cut inside and shot. Benda ni sangat semulajadi.

Manuel Neuer antara penjaga gol yang sangat bagus dengan kakinya dan banyak melakukan save dengan kakinya.

De Gea melakukan latihan yang berterusan dengan kakinya. Ini kerana beliau memiliki fizikal yang agak kecil berbanding penjaga gol Eropah yang lain.

Dengan keupayaan kaki yang baik, beliau ada elemen tambahan dari segi jarak capaian save beliau. Penjaga gol yang hebat akan sentiasa diingati dengan bakat dan juga skil unik mereka.

De Gea pastinya akan diingati dengan kelebihan luar biasa ini sampai bila bila oleh peminat yang pernah menyaksikan kehebatan beliau.

Prestasi De Gea merudum

Namun dalam beberapa tahun ini, prestasi De Gea sangat merisaukan dan merungsingkan. Daripada kehilangan tempat sebagai no.1 tetap di Man United, beliau kemudian kehilangan tempat sebagai no.1 di dalam pasukan Sepanyol.

Dalam Euro yang lalu, Unai Simon menjadi penjaga gol no.1 Sepanyol. Ini selepas De Gea memiliki minit perlawanan yang kurang. Dalam pasukan seperti Sepanyol, memang minit perlawanan sangat penting kerana mereka ada ramai pemain berbakat dan liga mereka antara liga utama dunia.

Satu analisis tentang prestasi De Gea digrafkan. Dan ternyata prestasi beliau sejak 2018 memang agak melemaskan.

Prestasi terbaik De Gea dianggap pada musim 2017/18. Walaupun ketika itu kepalanya turut memikirkan Real Madrid.

Prestasi terburuknya adalah pada musim lalu, dengan berada di bawah graf sederhana sekalipun.

Ramai yang percaya, isu De Gea ini berkaitan dengan mentalitinya. Dia berdepan dengan isu keyakinan dirinya. Tidak pasti sebab apa. Nak kata homesick, dia dah lama dah duduk di England tu.

Selepas mencapai peak terbaik dalam kariernya, dia merosot dengan mendadak. Mungkin juga diganggu oleh insiden mesin faks rosak? Di mana dia kemudian mendapat tahu peluangnya ke Real Madrid sudah tertutup apabila Real mendapatkan Courtois.

De Gea kemudian berubah menjadi dari Mr Reliable kepada penjaga gol yang kurang stabil. Beliau mulai melakukan beberapa kesilapan yang dianggap tidak menunjukkan karakter sebenar dia.

Pada 2019, Man United yang masih percaya De Gea akan mendapatkan semula prestasinya telah mengurniakan pemain itu dengan kontrak bonanza. Di mana De Gea diberikan gaji GBP375k seminggu.

Namun prestasinya tetap tidak sama seperti sebelum ini dan menjadi semakin teruk. Beliau malah merasai pengalaman duduk di kerusin simpanan, melepaskan tempatnya kepada Dean Henderson.

Adakah peminat United masih merasakan De Gea akan bangkit dan menjadi no.1 yang utama di United?

Kerana Dean Henderson sudah berikrar mahu terus menjadi no.1 di United dan tidak mahu ke mana mana.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil