Lionel Messi dan rakan rakannya gagal untuk menang dalam aksi el clasico yang berlangsung pada semalam. Ini adalah pertama kali mereka tewas dalam persaingan el clasico selepas 7 perlawanan.
Pasukan Barcelona tewas 2-0 di Santiago Bernabeu di tangan musuh tradisi dan juga seteru utama mereka Real Madrid.
Gol gol Real Madrid adalah menerusi Vinicius Jr dan juga Mariano pada separuh masa kedua.
Barcelona bergelut sepanjang perlawanan ini. Dan sememangnya sukar untuk mereka menang dengan corak permainan yang agak lemah.
Seperkara lagi yang menarik untuk digariskan daripada perlawanan ini adalah heatmap Lionel Messi ini.
Jika anda perhatikan peta haba Lionel Messi itu, anda akan dapati beliau seolah-olah beroperasi seperti box to box Midfielder.
Perkara ini sebenarnya menunjukkan bahawa sistem Barcelona dalam aksi ini terlalu mengerah kudrat pemain penyerang seperti Messi.
Tambahan pula beliau sudah berusia. Pastinya bukan mudah. Dan kita dalam pada masa yang sama harus menghargai apa yang beliau lakukan.
Namun kita sebenarnya boleh menyatakan bahawa sistem tengah pasukan Barcelona agak rosak. Di mana bahagian tengah tidak memberikan sokongan yang lebih baik kepada serangan.
Ianya asas penting di dalam bola sepak di mana setiap bahagian membekalkan support play yang baik sesama mereka.
Barcelona semalam beraksi dengan sistem 4-4-2/4-4-1-1 dengan Lionel Messi dan Antoine Griezmann di bahagian serangan utama.
Manakala di tengah berempat pula dimainkan oleh Sergio Busquets, Arthur, Vidal dan Frenkie De Jong.
Berdasarkan susunan formasi, Vidal dan de Jong diturunkan di luar posisi utama mereka. Ini juga antara faktor kepada permasalahan ini.
Pemain struggle memberikan impak di weaker position dalam aksi berprofil tinggi. Ini bukan aksi biasa vaksa. El clasico bang.
Dalam banyak kes, perkara ini berlaku apabila Lionel Messi cuba memperbaiki kerosakan di tengah.
Di mana beliau terlalu kurang bola. Dah terpaksa mengutip bola daripada belakang. Pemain seperti Lionel Messi merupakan pemain yang perlukan banyak bola untuk beliau menjelmakan peluang gol ataupun dia sendiri yang menjaringkan gol.
Rumusan
Ianya bukan satu permainan yang baik dipamerkan oleh Barcelona dan juga fokal mereka Lionel Messi.
Quique Setien pula tidak ada pelan B dalam perlawanan ini. Ini merupakan el clasico pertama Setien dan beliau pastinya banyak belajar daripadanya.
Zinedine Zidane pula tersenyum lebar karangan percaturannya menjadi.
Barcelona seolah olah membuatkan Real Madrid mara lebih berani ke dalam kawasan mereka.
Kekalahan ini sebutkan Barcelona dipintas Real Madrid dalam persaingan di atas liga.
Ini merupakan kekalahan kelima dialami oleh pasukan Barcelona pada musim ini dalam saingan liga.
Oleh itu Barcelona pastinya perlu memperbaiki kelemahan – kelemahan seperti ini.