Analisis Henry Tentang Jesus: “Saya Teringin Bermain Dengan Dia, Sumbangannya Kepada Pasukan Tiada Tolok Banding”

Ikon Arsenal, Thierry Henry, memuji The Gunners selepas kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara di Sepanyol menentang Sevilla. Gol daripada Gabriel Jesus dan Gabriel Martinelli meletakkan pasukan pelawat mengawal sebelum 30 minit terakhir yang menggerunkan dalam permainan selepas Nemanja Gudelj menyamakan kedudukan untuk Sevilla.

Martinelli mempunyai peluang awal diselamatkan tetapi dia tidak tersilap pada saat akhir separuh masa pertama apabila dia menyambar bola daripada Jesus selepas satu putaran / turn hebat daripada pemain antarabangsa Brazil itu.

Jesus kemudiannya dengan gol ketiganya dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini, merembat dari kedudukan sudut sempit lapan minit memasuki babak kedua.

Tandukan Gudelj dari sudut Sevilla hanya beberapa minit kemudian menyaksikan The Gunners agak cemas kerana Sevilla sudah merapatkan jurrang gol. Namun The Gunners kenta bertahan.

Henry memuji prestasi Arsenal terutama sekali Gabriel Jesus. Arsenal kini menjadi pedahulu kumpulan B.

Henry membuat analisis tentang pemain itu dan berkata, dia kalau boleh dapat merasa peluang bermain di samping Gabriel jesus.

“Jauh dari halaman sendiri, ada sesuatu yang dipanggil all-around play dan itu juga berlaku apabila anda bercakap tentang pemain,” katanya.

“Jika anda ingin membandingkan permainan dengan perlawanan Man United, ia adalah jauh lebih sukar untuk menentang Sevilla di tempat lawan berbanding Copenhagen di tempat sendiri. Anda perlu memberikan Arsenal banyak kredit kerana memenangi perlawanan di tempat lawan di Eropah terutamanya menentang Sevilla.

“Saya fikir pada akhirnya kita [Arsenal] menjemput mereka terlalu banyak di kotak kita, membenarkan mereka menyeberang terlalu awal. Pemain sayap bermain sebagai bek sisi. Namun kita akhirnya bermain 6-3-1 pada penghujungnya, itulah sebabnya. mereka melakukan hantaran lintang kerana tiada siapa yang akan memberi tekanan untuk menghentikan hantaran.”

“Raya bertuah, saya rasa kita semua melihatnya apabila dia menumbuk bola dan semua orang melihatnya dan bola melepasi palang. Apabila anda menang di tempat sendiri di Eropah, ia sentiasa keputusan yang baik terutamanya menentang pasukan seperti Sevilla .”

Henry kemudian memberikan komen tentang Gabriel Jesus yang menjadi roaming attacker.

“Saya pasti suka bermain dengan dia. Dia adalah penyerang yang hebat bermain di sekitar zon serangan.”

“Jika kamu tanya sesiapa sahaja, mereka pasti akan kata mereka mahu bermain bergandingan dengan Gabriel Jesus.”

“Adakah dia seorang penyerang yang akan menjaringkan 25-30 gol semusim? Itu saya tak pasti. Namun saya nak je berfikir dia mampu.”

“Namun gol yang dia jaringkan hari ini memberikan kemenangan kepada pasukan. Hantaran dia berikan memberikan kemenangan kepada pasukan. Ya awal tadi kita bercakap tengan all round play / pemain serba boleh.”

“Namun dua peluang itu adalah sangat hebat, di mana itulah cara kamu harus bermain.”

“Adakah dia boleh menjadi penjaring terhebat dalam pertandingan ini? Kita tahu dia tidak begitu dalam senarai itu. Namun apa yang dia tawarkan dan apa yang dia lakukan kepada pasukan, tiada siapa boleh menandinginya.”

“Lihat gol dia malam ini, kadangkala kamu berada dalam situasi sudut sangat sukar untuk menjaringkan gol, dengan tekanan yang ada, kawalan pertahanan dan sebagainya. Namun dia melakukannya dengan baik.”