Analisis Henry Tentang Peranan Messi: ‘Pasukan Ini Bermain Pada Tempo Berbeza’

PSG gagal untuk memenangi Le Classique walaupun memiliki Lionel Messi di dalam pasukan mereka.

Kemarau gol Messi dalam Ligue 1 berterusan lagi selepas gagal untuk menembusi gawang musuh tradisi, Marseille dalam aksi Ahad lalu.

Kedua dua pasukan mencatatkan keputusan seri tanoa jaringan dan Thierry Henry tampil dengan analisis taktikal beliau berkenaan dengan peranan Lionel Messi.

Menurut Henry, Pochettino harus menukar posisi Messi kalau mereka mahu melihat pemain itu menyerlah di PSG. Walaupun sudah mencetak beberapa gol dalam kempen UCL sebelum ini namun Messi masih bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya dalam liga domestik.

Kini sudah 4 perlawanan Messi beraksi dalam Ligue 1, dan masih belum menemui gol. Ianya adalah rekod permulaan terburuk Messi dalam liga sejak 2005 dari segi kemarau gol.

Pemain berusia 34 tahun itu bergandingan dengan Mbappe dan Neymar musim ini. Beliau bermain di psosisi sayap kanan. Malangnya Henry merasakan posisi itu tak sesuai untuk Messi di PSG.

Messi dan Henry pernah bergandingan di Barcelona. Dan beliau merasakan bahawa Messi sekarang bukan konduktor utama taktikal pasukan PSG.

Henry berkata: “Messi terputus [isolated] dan tidak banyak menyentuh bola. Saya tak kata aksi dia menyedihkan, cuma saya katakan bahawa posisi dia ini terputus dengan yang lain.”

“Saya lebih memilih dia untuk bermain di tengah berbanding dengan peranan sayap kanan, di mana dia tak akan memberikan banyak impak dari posisi itu.”

“Dia bergelut dengan posisi sayap kanan, namun dia boleh menemui rentaknya kalau diarahkan bermain di posisi penyerang tengah.”

Seterusnya, Thierry Henry menjelaskan, Messi sebelum ini menyerlah dengan posisi sayap kanan di Barca kerana dia menjadi asas kepada sistem dan dia bergerak bebas.

Namun di PSG, Henry menganggap Messi sekarang sedang bermain dalam ‘pasukan Kylian’ yang menjadi ‘wajah’ utama permainan PSG ketika ini.

Jadi, dalam keadaan sekarang ini, lebih baik Messi beraksi di posisi lebih ke tengah iaitu penyerang tengah atau false 9.

“Messi adalah pemain yang tak banyak bercakap, tetapi dia bercakap menerusi bola. Buat masa ini, pasukan ini adalah pasukan Kylian. Bola akan banyak terus pergi kepada Kylian.”

“Dan pada masa yang sama, hanya boleh ada seorang je konduktor atas padang, kalau tidak, kamu tidak boleh bermain dengan tempo yang sama.”

“Dalam pasukan ini terlalu ramai konduktor pada ketika ini,” kata Henry merujuk kepada Neymar dan Mbappe turut mahu bermain dengan cara mereka sendiri dan mahu sistem mengikuti mereka.

Apa pandangan anda tentang analisis Henry?

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil