Analisis: Ini 4 Tactical Tweaks Dilakukan Lampard Untuk Menewaskan Liverpool

Frank Lampard berjaya menewaskan Jurgen Klopp dalam aksi Piala FA pusingan kelima.

Gol oleh Willian dan Ross Barkley membolehkan Chelsea mara ke suku akhir. Manakala Liverpool pula terpaksa melupakan kempen pertandingan piala domestik mereka.

Fokus Liverpool sekarang adalah kepada Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah.

Ini yang dilakukan Lampard dalam sistem taktikal mereka.

1. Disiplin formasi

Lampard menekankan disiplin setiap pemain di dalam formasi apabila diserang oleh Liverpool.

Back 4 Chelsea dalam perlawanan ini beraksi dengan sangat baik secara teknikal dan taktikal.

Seterusnya pemain tengah mereka cepat melindungi barisan pertahanan akhir.

Liverpool tak diberikan ruang banyak dalam perlawanan ini. Setiap gerakan Liverpool tersekat kerana fokus dan disiplin Chelsea yang menutup ruang dan komited untuk menekan lawan.

Dari minit pertama sehingga minit ke-90, fokus para pemain Chelsea sangat baik.

2. High pressing

Walaupun Chelsea bukannya menekan lawan mereka di high line sepanjang masa, namun apa yang mereka lakukan pada awal separuh masa pertama mendesak Liverpool untuk melepaskan bola awal.

Liverpool turut tertekan dan melakukan kesilapan. Memang ini tujuan high press. Di mana mereka akan cuba destroying gerakan dan aliran bola pasukan lawan.

Gol pertama Chelsea adalah kerana high pressing mereka lakukan dan Liverpool didesak untuk melakukan kesilapan.

Misalnya Fabinho tergelincir ketika cuba mengekalkan bola di kakinya, dan dia ketika itu ditekan.

3. Counter attack

Pada separuh masa kedua, Chelsea lebih fokus kepada bertahan, sebab mereka sudah ada gol pendahuluan.

Namun mereka memiliki sistem serangan balas yang sangat baik. Gol kedua Barkley adalah daripada serangan balas.

2 peluang keemasan Pedro dan Giroud juga daripada fast break attack yang mereka lakukan.

Liverpool yang kerap meghantar unit pemain yang ramai ke zon serangan kerapkali diexpose dalam perlawanan ini.

4. Menutup sumber crosses

Liverpool ada pelan B yang kadangkala menjadi pelan A di dalam sistem mereka iaitu active crossing apabila free flowing football mereka gagal.

Namun dua sideback Liverpool dikekang dengan sebaiknya oleh pemain sayap dan juga pertahanan sisi pasukan Chelsea.

Mereka sentiasa bergerak dalam satu unit.

Kesannya Liverpool banyak melakukan crossing yang tidak berkualiti dalam perlawanan ini.

Rumusan

Frank Lampard berjaya membentuk pendekatan taktikal yang baik. Dan kredit kepada para pemain beliau yang melaksanakannya dengan disiplin dan perhatian.

Chelsea bukannya pasukan yang possession hunger dalam perlawanan ini. Mereka hanya cuba memastikan Liverpool melakukan kesilapan dan melancarkan serangan kilat.

Oleh itu, pasuka Liverpool boleh dikatakan bernasib baik untuk tidak tewas dengan jumlah gol yang lebih besar.

Selain daripada itu, Chelsea juga tidak melakukan kesilapan yang membunuh diri seperti mana dilakukan Liverpool.