Analisis: Ini Cara Kejam Guardiola Matikan Unit Tengah Legenda Real Madrid

Pep Guardiola menyediakan masterclass dalam taktikalnya untuk memastikan unit tengah Real Madrid yang terkenal di dunia tidak mempunyai peluang menentang Manchester City.

Tiada pasukan yang sinonim dengan Liga Juara-Juara Eropah seperti Real dan sejak sedekad lalu dominasi itu menyaksikan mereka memenangi gelaran lima kali.

Namun pada aksi kedua di Etihad, Man City melayan juara bertahan seperti mereka hanya pasusukan pertengahan liga.

Membuatkan Real Madrid mati kutu terutamanya pada separuh masa pertama, di mana pasukan Inggeris benar-benar dominan dan pelawat agak bernasib baik kerana jaringan Bernardo Silva menjadi satu-satunya gol mereka.

City sangat bagus sehinggakan mereka tidak memerlukan Erling Haaland untuk berada di prestasi terbaik, walaupun Thibaut Courtois terpaksa melakukan beberapa penyelamatan cemerlang untuk menafikan pasukan Norway itu.

Kevin De Bruyne juga jauh daripada yang terbaik untuk pasukan Guardiola malah berakhir dengan pertengkaran dengan pengurusnya berhubung arahan untuk menghantar bola.

Walaupun gandingan tengah Real Madrid yang terkenal di bahagian tengah, Toni Kroos dan Luka Modric, dengan 10 gelaran Liga Juara-Juara antara mereka, tidak dapat mengikuti tempo ditetapkan Man City.

Kini telah dijelaskan bagaimana taktik Guardiola melucutkan senjata kedua-dua legenda di tengah padang untuk pasukan Carlo Ancelotti.

“Kuncinya? Peranan Stone. Dan Rodri,” jelas penganalisis Juez Central.

“Dalam fasa pertahanan, Stones adalah seorang lagi bek tengah, membentuk barisan empat pertahanan. Tetapi dalam fasa serangan, Stones hampir dengan posisi Rodri, bertindak sebagai pivot berganda.

Pivot merujuk kepada unit paling bawah di bahagian tengah. Disebut DM atau defensive midfielder mahupun no.6.

Pep Guardiola matikan unit tengah Real Madrid

Guardiola telah mematikan unit tengah Real Madrid dengan permainan numerical ataupun bermain dengan kuantiti pemain yang ramai.

Ianya membuatkan 2 pemain itu tidak bermaya. Ditambah dengan kedua duanya bukan pemain yang bertenaga.

Fede Valverde ternyata hilang platform apabila Kroos dan Modric ditekan dengan sistem ini. Membuatkan Real Madrid benar benar bingung di tengah. Penuh kekeliruan.

Ianya turut memberikan impak kepada Karim Benzema dan juga Vini Jr yang tidak menerima hantaran kunci lebih banyak daripada situasi serangan balas.

Juez menyambung: “Oleh itu, Rodri dilepaskan lebih ke atas dan boleh bergerak dan mempunyai lebih kebebasan untuk bermain.”

 

“Sebaliknya, apabila Stones naik, bek tengah City mempunyai sehingga enam pilihan untuk hantaran pertama: sentiasa ada seseorang yang bebas di zon serangan.”

“Ia adalah 3-6-1 dalam fasa serangan, yang membolehkan City sentiasa mempunyai keunggulan di bahagian tengah. Rodri adalah pemain yang melakukan hantaran terbanyak (113) dan yang paling banyak melakukan jelajahan atas padang (12 km). ”

Pada satu ketika Stones turut berada seperti box to box di atas padang. Ketika Rodri bermain di bawah.

Kroos hampir menyamakan kedudukan dengan merembat rembatan jarak jauh ke arah palang apabila mereka hanya ketinggalan satu gol.

Namun boleh dikatakan itulah sahaja momen Kroos paling mengancam dalam perlawanan ini.

Kroos dikeluarkan begitu juga dengan Modric.

Rudiger dan Asensio dimasukkan untuk perubahan taktikal.

Namun Man City ternyata terlalu unggul dari segenap segi termasuk kualiti pemain gantian yang memberikan impak berbanding Real Madrid.

Man City akan berdepan Inter Milan dalam aksi final 10 Jun akan datang.

Manchester City memburu gelaran Liga Juara Juara Eropah pertama kelab itu di dalam sejarah.

Terutama sekali pada era Sheikh Mansour. Man City turut berpeluang menjadi juara treble musim ini dengan ada 3 ‘final’.

Baca yang lain