Lewis Hamilton telah menerima banyak kecaman di atas kemanangan beliau dalam aksi F1 minggu lalu di British GP.
Kecaman itu dihangatkan lagi oleh kenyataan Verstappen.
Verstappen Anggap Keraian Hamilton Sebagai Biadap Selepas Apa Yang Dilakukannya
Max Verstappen tidak dapat menahan kemarahannya ke atas aksi Hamilton yang menurutnya biadap, tak profesional dan tidak ada semangat kesukanan.
Hamilton meraikan kemenanangannya sedangkan Verstapen terpaksa berada di hospital untuk menerima rawatan.
Verstappen berlumba pada Ahad lalu di litar Silvestone yang merupakan ‘rumah’ kepada Hamilton. Di mana pada garisan permulaan Verstappen berada 33 mata di hadapan.
Verstappen bermula di pole position namun terbabas pada selekoh pusingan pembukaan kerana dilanggar oleh Hamilton di bahagian tayar belakang.
Verstappen melanggar penghadang ketika sedang dalam kelajuan 180mph.
Beliau segera dikejarkan ke hospital dan menonton baki perlumbaan dari sana. Dan lebih membuatkan beliau marah apabila Hamilton menjuarai perlumbaan tersebut yang menurut Verstappen sebagai kemenangan yang kotor dan tidak adil.
CEO Red Bull — Helmut Marko — bercakap kepada wartawan meminta agar Lewis Hamilton dikenakan hukuman termasuk penggantungan kerana memandu dalam keadaan membahayakan pelumba lain.
Hamilton hanya diberikan penalti 10 saat namun masih berjaya memenangi perlumbaan itu. Dia memintas Charles Leclerc pada selekoh yang sama ketika Verstappen terbabas.
Verstappen terus memuat naik status di media sosial, membantah kemenangan itu secara terbuka.
Verstappen berkata: “Mujur saya tidak apa apa. Sangat kecewa apabila tersingkir dengan cara sebegini. Penalti diberikan kepadanya langsung tidak membantu kami dan tidak langsung memberikan keadilan kepada aksi merbahaya Lewis di atas litar.”
“Melihat dia meraikan kejayaannya sementara saya berada di hospital, adalah sangat biadap dan sikap yang tidak ada semangat kesukanan, tetapi kami akan melupakannya.”
Glad I’m ok. Very disappointed with being taken out like this. The penalty given does not help us and doesn’t do justice to the dangerous move Lewis made on track. Watching the celebrations while still in hospital is disrespectful and unsportsmanlike behavior but we move on pic.twitter.com/iCrgyYWYkm
— Max Verstappen (@Max33Verstappen) July 18, 2021
Pada kedudukan semasa, secara keseluruhan Mark Verstappen masih di ranking teratas dengan 188 mata. Namun Hamilton kini berjaya merapatkan jurang, dengan 177 mata di tangga kedua.
Landon Norris dan Valeri Bottas masing masing di tangga ke3- dan ke-4 dalam carta keseluruhan.
Hamilton bangga dengan kemenangannya di hadapan penyokong sendiri selepas musim lalu tanpa penyokong.
“Ini adalah impian untuk saya hari ini, memenanginya di hadapan kamu semua. Saya sentiasa berhati hati dalam pendekatan saya di litar terutama sekali ketika bertarung dengan Max. Dia sangat agresif. Dan hari ini, saya tidak melepaskan beliau dan dia tidak memberikan ruang.”
Hamilton menjadi mangsa serangan rasis
Bukan itu sahaja, Hamilton juga menjadi mangsa seranganr rasis yang teruk di media sosial. Ramai yang mengejek dan mempersendakan kulitnya.
McLaren stands with Formula 1, the FIA, and our fellow teams and drivers in condemning the deplorable racist abuse towards Lewis Hamilton.
Racism must be driven out of our sport, and it’s our shared responsibility to unite and eliminate it.
— McLaren (@McLarenF1) July 19, 2021
Analisis Karun Chandhok nyatakan sebaliknya
Pundit F1 di Sky Sports, Karun Chandhok tampil dengan satu analisis dengan tayangan perlahan. Di mana video tersebut menunjukkan bahawa kemalangan itu sebenarnya berpunca daripada pemanduan Verstappen.
Di mana Max Verstappen dilihat ‘memancung’ mengejut ke sebelah kanan, sedangkan Hamilton kekal di laluannya yang berdekatan dengan tembok apex.
Akibatnya, Hamilton tidak boleh mengelak sama sekali dan terlanggar belakang kereta Verstappen.
Chandhok kemudian membuat perbandingan dengan detik ketika Hamilton memintas LeClerc pada fasa akhir perlumbaan. Di mana LeClerc dilihat berada dalam kedudukan yang betul berbanding Verstappen.
Namun Karun menyatakan bahawa, itu bukan bermakna Lewis Hamilton tidak bersalah langsung. Cuma untuk meletakkan kesalahan 100% padanya adalah tidak adil.
Kemalangan itu mungkin boleh dielakkan jika Max terus kekal di kedudukan wide dan Hamilton mengurangkan sedikit kelajuannya.
Karun turut menegaskan bahawa perseteruan di antara kedua duanya mungkin membuatkan mereka sangat agresif.
Saksikan analisis itu di sini: