Analisis Ini Mendedahkan Bahawa Gol Bayern Sepatutnya Sah Dan Tidak Ofsaid

Analisis BeIN Sports mendedahkan bahawa gol Bayern Munich yang dijaringkan pada masa kecederaan seharusnya diberikan pengadil.

De Ligt ketika itu berjaya menyamakan kedudukan utnuk Bayern ketika pasukannya ketinggalan 2-1.

Namun penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid di tepi padang. Pengadil kemudian membatalkan gol tersebut.

Kem Bayern bengang dengan keputusan pengadil. Di mana De Ligt sendiri menyatakan bahawa penjaga garisan akui dia membuat kesilapan.

“Saya tak nak cakap yang Real Madrid ni selalu dikaitkan dengan pengadil yang berpihak kepada mereka. Namun hari ini itu yang berlaku,” tegas De Light.

Tuchel menambah: “Penjaga garisan sudah meminta maaf di atas kesilapannya, namun itu tidak mengubah apa apa keadaan.

“Ianya keputusan pengadil dan penjaga garisan yang teruk. Ia seperti satu pengkhianatan. Kami berjuang bermati matian, kami melakukan semua yang kami ada di atas padang dan hampir berjaya sampai. Dan sekarang kami harus ucap tahniah kepada Real Madrid.”

Thomas Muller dengan terbuka mengkritik pengadil selalu memihak Real Madrid menurutnya.

“Ianya pelik di mana Real Madrid selalu mendapat bantuan pengadil. Namun kami tak boleh katakan itu sebagai punca utama kali tewas. Pengadil pula malah tidak menyemak VAR.”

Carlo Ancelotti membidas kem Bayern dan menuduh Bayern turut menerima bantuan VAR ketika pengadil membatalkan gol sendiri De Ligt setelah Kimmich dituduh Ancelotti sebagai diving.

Ramai peminat menganggap pengadil membuat keputusan tepat. Namun analisis BeIN menyatakan bahawa gol seharusnya diberikan.

Hal ini kerana ada dua pemian berada di garisan ofsaid tersebut. De Ligt ofsaid. Namun pemain yang menerima bola pertama iaitu Mazraoui tidak ofsaid.

De Ligt kemudian menerima bola dalam keadan dia sudah kembali onside.

Lihat analisis di sini:

Real Madrid akan menentang Borussia Dortmund pada aksi final Liga Juara Juara Eropah 2024 yang akan dilangsungkan di Wembley.

Bayern Munich rasminya menamatkan musim tanpa sebarang piala buat pertama kali sejak 2012.

Real Madrid yang sudah mengesahkan kejuaraan La Liga kini boleh menamatkan musim dengan satu lagi piala iaitu UCL ke-15 dalam sejarah kelab mereka.