Analisis Ini Menjelaskan Bagaimana ‘Dancing-Keeper’ Ini Masuk Dan Membawa Australia Ke Piala Dunia

Seorang pakar kajian sepakan penalti, Geir Jordet merungkai tentang perang psikologi dan tarian oleh penjaga gol gantian Australia dalam penentuan penalti antara Australia dan Peru.

Australia membuat pertukaran minit ke-120, memasukkan Redmayne yang ditugaskan untuk menjaga gol ketika penentuan penalti.

Penjaga gol tersebut telah menari nari dengan lincah membuatkan dia digelar Dancing Keeper.

Berikut analisis Geir Jordet.

Penentuan sepakan penalti merupakan permainan pertarungan psikologi. Andrew Redmayne memberikan perang saraf yang paling padu ketika Australia menewaskan Peru dalam penentuan penalti untuk layak ke Piala Dunia 2022. Apa yang dia telah lakukan dan kenapa ianya berkesan?

Jelas sekali, tariannya di atas garisan gol sudah dirancang, luar biasa dan kelihatan berkesan. Kajian menjukkan bahawa kelakuan penjaga gol yang menganggu tumpuan akan menyumbang kepada berkurangnya gol sebanyak 10% oleh pelaksana penalti.

Ini bukanlah kali pertama Redmayne menari. Dia menggunakan teknik yang sama ketika menyelamatkan dua sepakan dalam penentuan penalti yang memberikan Sydney FC kejuaraan A-league menentang Perth pada 2019.

Selain itu, pengalaman dia dalam penentuan penalti adalah terhad dan kadar purata penyelamatan penaltinya sangat rendah iaitu 13% sahaja.

Berdepan dengan Peru, Redmayne dimasukkan pada minit ke-120 dan jelas sekali ianya untuk penentuan penalti. Walaupun tak sentiasa berjaya [misalnya Kepa ketika aksi final Piala Carabao menentang Liverpool], pertukaran seperti ini adalah power play yang membuatkan lawan sedikit risau dengan kualiti yang dihadirkan oleh penjaga gol yang baru masuk.”

Selepas setiap sepakan, Redmayne menyerahkan sendiri bola kepada rakan sepasukannya. Ini untuk memberikan permulaan yang mesra dan biasa dalam rutin sebelum sepakan.

Teknik ini dipelopori England pada Piala Dunia 2018, dan kemudian digunakan dengan berjaya oleh Liverpool, antara yang berjaya musim ini.

Selepas menyerahkan bola, Redmayne bertindak menjadi bodyguard kepada pelaksana penalti, melindungi rakannya daripada perang saraf oleh penjaga gol Peru.

Ini memudahkan lagi rakannya fokus untuk penalti mereka. Pertama kali saya melihat penjaga gol melakukan peranan sebegini dalam penentuan penalti.

Redmayne juga terlibat dalam lebih banyak permainan saraf yang berbentuk konfrontasi. Ketika berdepan Alexander Callens, Redmayne awalnya menawarkan untuk menyerahkan bola kepada pemain itu dan kemudian menggolekkannya ke tempat lain.

Aksi yang agak biadap ini sangat terang dan nyata.

Untuk penalti terakhir, Redmayne mengambil masa sangat lama untuk tiba di garisan gol, memaksa pengadil melengahkan wisel dan lawan harus menunggu 18 saat untuk mengambil sepakan penalti selepas bola diletakkan pada titik penalti.

Kajian kami mendapati bahawa, tindakan penjaga gol melengahkan permainan seperti ini membuatkan kurang 20% gol dihasilkan selepas pelaksana penalti menunggu terlalu lama.

Penentuan penalti tidak ditentukan oleh seorang pemain  ataupun satu jenis kelakuan sahaja. Ada jurang perbezaan kecil, banyak faktor dan kebetulan juga memainkan peranan.

Dengan itu, boleh dikatakan,  Redmayne berjaya mengawal penentuan penalti mengikut kehendaknya.

Itulah kisah Redmayne yang digelar penjaga gol penari yang membantu negaranya mara ke Piala Dunia.

Selain itu Redmayne juga telah membuang botol penjaga gol Peru yang mengandungi informasi tentang penalti lawan.

Baca yang lain