Arsenal dilaporkan sedia membayar klausa pelepasan €51 juta yang terkandung dalam klausa kontrak Martin Zubimendi.
Pemain itu akan menyertai Arsenal pada musim hadapan. Zubimendi sebelum ini dikaitkan dengan Liverpool, namun perpindahan gagal dimeterai setelah pemain memutuskan untuk terus kekal di kelab itu.
Beberapa bulan kemudian, Zubimendi dilaporkan kecewa dengan tindakan kelab yang tidak menunjukkan cita cita kesukanan seperti yang mereka janjikan kepada pemain itu.
Kelab malah menjual beberapa pemain penting termasuk Mikel Merino, tanpa membeli pemain pengganti yang sesuai.
Arsenal sebenarnya sudah lama memantau Zubimendi. Terutama sekali selepas kelab itu berdepan dengan kesukaran di bahagian tengah dari sudut taktikal.
Tactical Fit
Zubimendi thrives as a defensive midfielder in Sociedad’s system. His ability to dictate tempo, shield the backline, and control the midfield aligns perfectly with Arteta's preference for a progressive, possession-based setup. pic.twitter.com/9bzuKfpq0g— 256 GOONER🇺🇬 (@IsaacAFC_) January 14, 2025
Zubimendi adalah deep lying playmaker di bahagian tengah. Dia seorang pemain yang memiliki gaya permainan yang sangat bertenaga.
Memiliki ketenangan yang luar biasa apabila di dalam tekanan. Satu faktor yang sangat diperlukan Mikel Arteta di dalam pasukannya.
Ketika ini Arsenal memiliki Thomas Partey yang merupakan pemain sangat tenang ketika ditekan lawan. Namun pemain itu seringkali tidak tersedia beraksi kerana isu kecergasan.
Gaya permainan Zubimendi adalah, dia suka menjadi pemain dominan di bahagian tengah. Mengawal ‘shape’ tengah untuk pasukannya dan kemudian mempengaruhi perlawanan.
Dia pemain yang memiliki visi permainan yang sangat baik. Membuatkan dia tidak perlu menyimpan bola lama. Dia akan sentiasa menghantar bola segera kepada pilihan yang ada.
Oleh sebab itu Xabi Alonso pernah memuji kualitinya dengan berkata: “Dia ada kemampuan untuk menjana permainan, menjadikan pemain di sekelilingnya lebih bagus dan sentiasa menawarkan penyelesaian, serta memperbaiki gerakan.
“Dia faham apa langkah seterusnya sebelum dia menerima bola. Dan dia ada kemampuan untuk merencana, menjadi fokal.”
Xabi Alonso on Zubimendi
“He has that ability to generate play, to make those around him better, always offering solutions; to improve the move. He understands what the next step is before the ball gets to him. He has that ability to organise, the axis.”pic.twitter.com/zRZ8DGpcnE
— MT (@MT_Analysis) January 24, 2024
Kehadiran Zubimendi akan memberikan manfaat kepada pemain seperti Declan Rice atau Mikel Merino. Di mana pemain itu boleh fokus kepada serangan dengan lebih banyak. Zubimendi juga akan memberikan perlindungan kepada back 4 Arsenal.
Secara asasnya, Mikel Arteta sebenarnya masih mahukan seorang pemain tengah seperti Granit Xhaka yang mampu melancarkan hantaran bahaya lebih awal dan mampu mendominasi di bahagian tengah. Walaupun Xhaka kadangkala kurang disiplin ketika tertekan.
Namun dari sudut taktikal, Xhaka antara pemain yang sangat penting dalam pembentukan skuad Arteta sebelum ini. Menjadi alasan kenapa Arteta meminta dia kekal dahulu di Arsenal ketika pengurus itu mengambil alih pasukan, dan Xhaka ketika itu dah mahu pergi.
Xhaka harus diakui antara salah seorang organizer yang sangat baik di bahagian tengah. Lihat bagaimana dia mengendalikan sesi latihan ini ketika dia mengambil lesen UEFA A.
Granit Xhaka coaching for his UEFA A License badge – The session focus was to 'built around the defensive block'.
Some key insights:
• double 6 close to defenders
• use back passes to buy time
• pass & move/ open body shape
• more stability in own half
• central movements pic.twitter.com/rGzbdk0wwc— Gaurav (@GauravAnlyst) March 9, 2024
Zubimendi akan menjadi pemain yang boleh mengubah Arsenal kepada pasukan yang lebih berkualiti di bahagian tengah. Dia juga akan mampu meningkatkan kualiti pemain di sekitarnya.