Manchester United sah mendapatkan Jadon Sacho sebagai pemain baharu mereka. Sancho dibeli dengan harga diskaun GBP72 juta, masih juga dia menjadi pemain Inggeris kedua termahal.
Posisi
Sancho merupakan wide attacker. Dia boleh bermain di sayap kanan dan sayap kiri.
Beliau merupakan lebih kepada pemain sayap kiri berbanding dengan kanan. Kerana posisi itu membolehkan beliau bermain sistem inverted winger untuk mencetak gol dari kedudukan cut inside.
104 penampilan dalam Bundesliga dalam 4 musim. Sancho mencetak purata 1 assist atau gol dalam setiap 90 minit. Itu purata yang sangat gila untuk pemain baru berusia awal 20-an.
Selain itu Sancho seorang pemain yang sangat fleksibel. Ketika debut di bawah Lucien Favre pada 2017, beliau bermain dalam sistem wide attacker dalam formasi 4-2-3-1. Di mana 10 kali beliau bermain di sayap kiri dan hanya 2 kalai sebagai sayap kanan dalam 12 penampilan pertamanya dalam liga.
Selepas gagal mendapat tempat di Man City, Sancho meminta dijual ke Dortmund pada ketika itu. Dan ternyata usahanya itu sangat berbaloi untuk dirinya.
Terus fleksibel
Pada musim kedua di Bundesliga, Lucien Favre menjadikan Sancho lebih fleksibel. Bermain dalam banyak sistem dan formasi termasuk 3-4-3. Sancho mulai merasai pengalaman bermain di sayap kanan dan penyerang utama / false 9 lebih kerap.
Dalam aksi berdepan dengan Paderborn dia menjaringkan hatrik profesional pertamanya, ketika itu dia bermain sebagai false 9.
Musim 2018/19 dan 2019/20 merupakan musim Sancho meletus. Dia semakin banyak beroperasi di sayap kanan dan membuatkan Ole Gunnar Solskjaer mahu mendapatkan beliau.
Solskjaer menyatakan dia memerlukan pemain sayap kanan yang stabil untuk membentuk serangan tiga serangkai.
Dalam 10 aksi terakhirnya bersama Dortmund di Bundesliga musim 2020/21, dia kembali mengganas di sayap kiri.
Prolifik
Sancho menjaringkan keseluruhan 38 gol dalam karier Bundesliga. Musim penuh pertamanya, dia menjaringkan 12 gol dalam 34 penampilan menjadikan beliau ketiga terbanyak di belakang Paco Alcacer (18) dan Marco Reus (17) dalam pasukan Borussia Dortmund.
Beliau mencatakan pencapaian terbaik dalam kariernya pada 2019/20 dengan 17 gol pada musim penuh dengan 2 perlawanan kurang daripada sebelumnya. Menjadikan beliau hanya berada di belakang Lewandwoski (34) dan Timo Werner (28) — kedua dua pemain itu merupakan pelaksana penalti utama untuk pasukan mereka.
Musim 2020/21, Sancho terlepas 7 perlawanan kerana kecederaan. Masih mencertak 8 gol termasuk enam gol di antara perlawanan ke-14 sehingga perlawanan ke-23. Dan menjadi pemain paling muda menjaringkan 36 dalam Bundesliga.
Satu rekod yang luar biasa dicipta Sancho, beliau menjaringkan 36 gol daripada 38 gol Bundesliga adalah daripada permainan terbuka. Dan hanya 2 daripada situasi bola mati.
Kaki kanan berbisa
Dari segi impak kaki kanan atau kiri, Sancho menjaringkan 33 gol menggunakan kaki kanan dan 5 sahaja dengan kaki kiri.
Cuma agak mengejutkan, Sancho tidak pernah menjaringkan gol dengan kepalanya, untuk pemain dengan ketinggian 5 kaki 9 inci, ia agak mengejutkan untuk pemain yang prolifik.
11 gol adalah dari arah sebelah kiri, 9 dari kanan, manakala 17 lagi dari zon tengah. Ini amaran jelas kepada pertahanan dan penjaga gol lawan, betapa sukarnya untuk mengekang corak ancaman Sancho.
Bola sepak dan nasib sentiasa menjadi topik menarik. Di mana Sancho ni ada nasib yang bagus ketika dia menjaringkan gol. Dortmund tak kalah mana mana perlawanan liga yang dia menjadi penjaring dalam perlawanan itu. Menang 26 kali dan seri 6.
Kreativiti
Daripada 38 aksi Bundesliga, Sancho melakukan 45 assist. Assist tertinggi adalah pada 2018/19 dengan 14 assist.
Dari segi ciptaan peluang, Sancho mencipta 28 assist menggunakan kaki kiri untuk musim 2019/20 dan 20/21. Itu angka yang luar biasa untuk pemain berkaki kanan.
Walaupun dia bermain di posisi sayap kiri sekalipun, dia tetap mampu beroperasi sebagai traditional winger dengan mencipta peluang direct kepada penyerang. Haaland adalah pemain paling beruntung kerana Sancho. Di mana Sancho menyumbang 14 assist kepada Haaland dalam dua musim terakhir.
Seterusnya, Sancho merupakan pemain yang lebih prolifik pada separuh kedua musim. Di mana 23 daripada gol serta 60% assist beliau adalah selepas masuk ke babak kedua musim.
Ini mungkin kerana lawan Dortmund pada separuh kedua musim lebih terbuka, terutama sekali pasukan bawahan yang mahu mengelak penyingkiran.
Sancho pemain yang lincah dan suka membuli lawannya dengan gerakan penuh muslihat.
Sayap kanan atau kiri?
Jadi, jika sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer menyatakan dia mencari wing kanan yang stabil, dia harus memikirkan bahawa impak Sancho lebih baik di kiri.
Beliau akan lebih all rounder di posisi tersebut dan lebih tajam dan lebih kreatif.
Idea Ole mungkin kerana dia merasakan sayap kiri sudah menjadi milik Rashford. Di serangan beliau ada Cavani dan juga Greenwood mahupun Martial. Di kanan beliau ada Sancho.
Jika Ole memutuskan mahu meneruskan usaha membentuk Sancho sebagai pemain sayap kanan, maka peminat United harus sedikit bersabar untuk melihat hasil terbaik.