Analisis JDT Lwn Kedah: Kenapa Permainan Skuad Benjamin Mora Lebih Baik

JDT menjuarai Piala Sumbangsih buat kali ke-6 dalam tempoh 7 tahun selepas mudah menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Skuad Harimau Selatan itu membuka jaringan pada minit ke-35 selepas Safawi Rasid melakukan rembatan menuju ke kiri gawang Kedah menewaskan Ifwat Akmal.

Jaringan berpunca dari sepakan sudut yang dikeluarkan oleh pemain Kedah. Afiq Fazail melalukan one touch passing kepada Safawi yang kemudiannya terus melakukan half turn shooting.

Sebelum itu Ifwat sudah tertewas 2 kali namun palang menyelamatkan Kedah dari dibolosi. Kedah juga hampir mendapat gol apabila Thcethce Kipre melakukan percubaan menarik tetapi palang juga menjadi penyelamat.

Pemain terbaik perlawanan Naxto Insa meranapkan peluang pasukan Aidil Sharin apabila mejaringkan gol ke-2 apabila menyudahkan gerakan luar biasa dari Lendro Velazquez dan Fernando Rodriguez.

1.NAXTO LUAR BIASA

JDT seperti biasa turun dengan formasi 4-3-3. Naxto Insa, Leandro Velazquez dan Afiq Fazail merupakan pemain tengah pasukan. Pada musim sebelumnya Naxto lebih diberi peranan di atas dan Afiq lebih kebawah.

Namun Benjamin Mora mengubah peranan tersebut dan Naxto menunjukkan kualiti permainan di tahap terbaiknya.

Pemain kelahiran Sepanyol itu dapat menstabilkan bahagian bawah dengan cemerlang dan memberi sokongan baik bahagian atas. Menjadi gandar pasukan dengan mengalirkan bola kepada setiap pemain.

Naxto menjadi hub kepada pemula gerakan bola sebelum pasukan melakukan serangan.

Walaupun banyak berfungsi di bahagian bawah namun pemain berusia 34 tahun itu masih mampu mencetak jaringan apabila meluru ke atas untuk memberi sokongan gerakan Velazquez dan melakukan percubaan selepas Rodriguez menolak bola kebelakang untuknya.

2.MATTHEW DAVIES & LAVERE CORBIN ONG SENTIASA MENYOKONG SERANGAN JDT

Apa yang tidak dapat dilakukan oleh Kedah adalah pertahanan sisi mereka tidak banyak menyokong gerakkan serangan seperti JDT. JDT banyak melakukan gerakkan serangan di bahagian sayap berbanding tengah.

Davies dan Corbin Ong sentiasa meletakkan jumlah pemain JDT cukup ketika membina gerakkan serangan tersebut. Dua pertahanan sisi ini membentuk trio serangan di bahagian sisi.

Corbin, Velazquez dan Cabrera di kiri. Matthew, Afiq dan Safawi di kanan.

Kedua-dua pemain naturalisasi ini juga cukup baik ketika bertahan. Mematikan segala kreativiti dan larian dari Rabih Ataya dan Kpah Sherman.

Terdapat satu keadaan, Ataya dikejar oleh Corbin Ong hingga ke tengah padang sehingga pemain itu hampir cedera dijaga oleh pemain kelahiran England tersebut.

3.WING ATTACKER JDT CEMERLANG

Wing attacker merupakan sumber utama jaringan JDT. Pada perlawanan pertama musim ini Rodriguez belum menunjukkan dia bakal menjadi meyumbang gol utama pasukan.

Safawi mempunyai 2 peluang untuk mencetak nama sebagai penjaring gol melalui gerakkan cut inside dan shot. Satu darinya melewati palang, namun pemain ini masih mampu mencetak gol dari situasi bola mati.

Cabrera pula sempat melakukan satu percubaan mengena palang. Dua posisi ini terus menjadi sumber percubaan utama pasukan. Safawi menyelesaikan tugasnya.

Kedah juga turun dengan formasi yang sama iaitu 4-3-3. Meletakan Baddrol Bakhtiar, Anumanthan Kumar dan Faizat Ghazli di bahagian tengan. Sherman dan Ataya menjadi wing attacker, Kipre sebagai center forward.

1.TIADA DYNAMIC PLAY DI BAHAGIAN TENGAH

Baddrol, Anumathan dan Faizat kesemuanya gagal menapilkan permainan dinamik untuk meransang pemain dibahagian atas dan bawah. Ketiga-tiganya lebih banyak bertahan daripada melakukan serangan.

Kedah gagal menguasai bola dalam tempoh yang cukup sebelum melancarakan serangan. Aidil melakukan pertukaran dengan memasukan Fazrul Danel namun tidak terlalu berkesan membaiki barisan tengah mereka.

2.RENAN ALVES TIDAK CERGAS, SYAZWAN TAJUDDIN CEDERA

Pada musm ini Kedah hanya mempunyai 4 pemain pertahanan tengah tulen. Pasukan Jelapang padi ini turun tanpa Renan Alves kerana masih belum cergas sepenuhnya.

Aidil memasukkan Amirul Hisyam Awang Kecik bagi menggantikan Syazwan yang mengalami kecederaan. Pertukaran tersebut jelas menunjukkan Kedah tidak mempunyai set pertahanan tengah yang cukup.

Kedah lebih mahukan pengalaman apabila tidak menggunakan Zulkhairi Zulkipli atau Loqman Hakim. Jaringan ke-2 JDT berlaku selepas Amirul Hisyam gagal melakukan blocking sempurna rembatan leret-jauh dari Naxto.

3.KREATIVITI ATAYA & SHERMAN TERHAD

Tidak seperti Safawi dan Cabrera yang mendapat sokongan kuat dari Davies dan Corbin Ong, Sherman dan Ataya tidak memiliki situasi itu.

Rizal Ghazali dan Fairuz Zakaria agak kurang naik keatas bagi membantu membina serangan dibahagian sayap.

Akhirnya kretiviti pasukan menjadi semakin terhad apabila Sherman dan Ataya perlu lebih kerap turun kebawah berbanding memecah masuk ke dalam kotak penalti lawan.

Menurut pandangan ramai penyokong Kedah, pasukan ini kurang memberi tekanan dibahagian tengah. Jawapanya mungkin Aidil menggunakan Baddrol dan Faizat, pemain yang berivisi dalam serangan berbanding bertahan.

Amirul dan Fazrul bermula di bangku simpanan. Bagi Baddrol mungkin tiada masalah tetapi Amirul lebih baik melakukan tugas merampas bola berbanding Faizat.

RUMUSAN

Naxto, Corbin Ong dan Davies merupakan pemain yang menjadikan JDT lebih baik sepanjang perlawanan.

Pemain tebaik perlawanan boleh diberikan kepada Naxto. Pemain ini memberi stabiliti kepada pasukan ketika bertahan dan menyerang.

Meneutralkan keadaan dengan aliran bola, menentukan kearah mana pasukan perlu menyerang, bertahan dengan baik dan dia melakukan apa yang bahagian serangan perlu lakukan iaitu menjaringkan gol.

Apa seterusnya?

Kedah akan bertemu Sabah di Darul Aman dan JDT akan tampil kali ke-2 di Stadium Sultan Ibrahim melayan kunjugan Penang.

Baca yang lain