Analisis: JDT vs Selangor (2-1) – Space Besar Dibiarkan Kedua-Dua Pasukan

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara JDT dan Selangor di Larkin. Ini adalah aksi terakhir JDT di gelanggang keramat mereka.

Separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermula dengan positif. Namun selepas itu, JDT menguatkan tempo mereka. Selangor memilih untuk lebih defensif.

JDT mendahului dengan gol Syafiq Ahmad. Ianya kesilapan kombo Fandi Othman (secara taktikal – poor track back) dan kesilapan teknikal, Khairul Azhan yang gagal memenangi bola.


Killer pass Hariss tu pun cantik.

Namun menariknya, Selangor terus membalas dengan jaringan Ifedayo.

Korang tengok space yang JDT berikan kepada Selangor ketika gol ni,

Perlawanan separuh masa pertama melihatkan kedua-dua pasukan membiarkan ruang yang sangat besar di semua bahagian. Cuma masalahnya, kedua-dua pasukan tidak memanipulasi keadaan dengan sebaiknya.

BACA MATCH REPORT:

JDT ada masalah dengan movement dan aliran bola. Selangor pula bertahan dengan baik namun mereka bermasalah dengan counter attack yang tak sharp. Banyak bola tiba di final third hancur macam tu sahaja.

Separuh masa kedua, JDT terus skor gol kedua. Ianya adalah keupayaan Afiq untuk kekal tenang dalam keadaan dia ditekan – ada closing down daripada pertahanan lawan. Afiq masih berjaya melakukan lay off.

Dan kemudiannya technical brilliance oleh Leandro yang melakukan rembatan deras dan ada curler sedikit pada fasa akhir.

Nah lihat kat sini, ada swing kan.

Selepas gol ini, JDT ada beberapa peluang namun gagal disudahkan.

Selangor terus gagal untuk mendominasi mana-mana bahagian dalam perlawanan. Namun mereka menghadirkan ancaman dengan beberapa siri direct movement. Tetapi mereka gagal mencipta lebih banyak peluang berkualiti.

2-1 adalah keputusan yang sebaiknya untuk perlawanan ini. Menariknya, JDT hanya membawa bekalan 1 gol dan Selangor berjaya membawa 1 away gol.

Baca yang lain