Analisis : Bagaimana Impak Kad Merah Renan Alves Rosakkan Rancangan Kedah

Perlawanan yang dinantikan bagi seluruh penyokong Kedah. Beraksi di pentas ACL menentang kelab hebat seperti Seoul FC sudah semestinya memberikan satu pengalaman yang berharga kepada pemain Kedah.

Kedah turun dengan skuad terbaik mereka, walaupun Shakir Hamzah tidak dapat beraksi kerana masih lagi dalam pengantungan ketika dia bersama Home United.

Lineup Kedah – Kredit : FB KFA

Formasi

Skuad yang hampir sama ketika menentang Woo Foo Taipo FC. Hanya menukarkan Zaquan Adha kepada David Rowley.

Kedah menurunkan skuad dengan formasi 4-3-3. Dengan menggunakan David Rowley dan Baddrol Bakhtiar sebagai pivot berkembar.

Double Pivot

Tujuan utama Kedah menggunakan pivot berkembar adalah untuk memberikan lebih banyak tekanan di bahagian tengah dan menjadikan kawasan tengah lebih kompak.

Dengan formasi ini, Kedah akan membentuk pertahan yang lebih padat dan mengurangkan ruang di tengah. Pemain seperti Hadin dan Amin akan turun ke bawah untuk mencipta formasi 4-4-1-1 ketika bertahan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, FC Seoul mereka sangat bagus dalam hantaran pendek. Malah mempunyai penguasaan bola yang baik di tengah.

Aidil mahukan tengah lebih kompak dan ingin menyukarkan pergerakan bola Seoul FC untuk memasuki final third mereka.

FC Seoul menggunakan formasi 3-5-2, jelas mereka mahu mendominasi Kedah dengan formasi ini. Merek akan membentuk formasi 3-1-4-2 ketika menyerang. Taktikal yang sangat ofensif ditampilkan FC Seoul.

Nasib baik aku belajar bahasa Korea dulu

Dengan menggunakan pemain seperti Park Chu Young dan Alibaev, mereka memiliki kepantasan dan kreativi yang baik. 2 pemain ini sudah pasti memainkan peranan mereka untuk memecahkan defensif blok Kedah, yang telah dijangka lebih padat dan kompak.

Kad Merah Renan Alves Merencatkan Perlawanan

Jelas pada 20 minit pertama, Seoul FC mendominasi perlawanan. Kedah kekal dengan perancangan mereka, kekal dalam posisi dan shape mereka.

Taktikal Kedah lebih rigid kali ini, pemain mereka cuba kekal untuk berdisiplin dalam posisi mereka. Mereka bermain dengan bentuk “two bank of four”. Membentuk 2 lapis pertahanan untuk bertahan.

Kedah ‘sitting deep’ dan menunggu peluang untuk melancarkan serangan balas. Dengan menggunakan pemain yang lebih fizikal seperti Kipre dan Kpah Sherman.

Kredit : FB KFA

FC Seoul jelas dengan corak mereka yang tersendiri. Mereka kekal dengan pemainan mereka. Bertukar-tukar hantaran dan melakukan beberapa hantaran yang berbahaya untuk memecah blok defensif Kedah.

Kesilapan Renan Alves jelas memberi masalah kepada Kedah. Tindakan mengangkat tangan dengan tinggi di kawasan penalti box adalah sangat tidak diperlukan.

Sebelum kad merah Renan, Kedah hampir menyesuaikan diri dengan permainan mereka. Kedah mencipta satu peluang keemasan dan gagal disudahkan oleh Kipre.

Tindakan itu telah merugikan Kedah, Seoul FC mendapatkan penalti dan Renan telah dilayangkan kad kuning kedua.

Dengan itu, Kedah terpaksa untuk beraksi kurang seorang pemain dengan berbaki 50 minit lagi.

Kedah terpaksa mengeluarkan David Rowley dan pertahanan tengah, Zulkhairi untuk mengisi kekosongan Renan.

Kedah bermain dengan 4-4-1 selepas Renan dikenakan kad merah. Kpah turun untuk bermain di sayap kanan dan Kipre sebagai penyerang tunggal.

Kedah bernasib baik pada separuh masa pertama, kerana Shahril Shaari penjaga gol Kedah dalam form terbaiknya.

Beliau melakukan beberapa save penting untuk menyelamatkan Kedah dari dihukum lebih teruk. Pada separuh masa pertama sahaja Shahril melakukan 9 saves.

Kredit : page ROTP

Corak Tekanan Tinggi Seoul Sukarkan Kedah

Seoul FC jelas menunjukkan kualiti mereka yang tersendiri. Mereka tidak terikut-ikut dengan corak permainan Kedah.

Mereka kekal progresif dalam melancarkan serangan dan mencipta peluang. Kualiti pemain yang mereka perolehi telah memberi masalah kepada Kedah.

Seoul FC bermain dengan ‘high pressing’,mereka menyedari tentang keupayaan Kedah untuk melakukan serangan balas dan corak permainan Kedah untuk melakukan sedemikian.

Seoul FC, akan segera memenangi bola di tengah dan tidak membiarkan pemain Kedah selesa memegang bola. Dengan itu, pemain Kedah akan rasa tidak selesa dan akan kehilangan bola.

Apabila sistem dan tengah Kedah berjaya ditekan dan didominasi, Kedah akan gagal untuk mencipta peluang untuk melakukan serangan balas.

Pemain Kedah akan segera melepaskan bola apabila diasak dan ditekan. Keadaan itu akan membuatkan Kedah melakukan kesilapan dalam hantaran dan hilang ‘shape’.

Mengikut statistik Amin Nazari hanya melakukan 20 touch sepanjang perlawanan. Bagi seorang pemain tengah, jumlah itu sangat sedikit. Dari sini kita dapat lihat, Kedah sangat terkesan dengan corak permainan yang ditampilkan Seoul FC.

Kredit : FB KFA

Kualiti yang dipamerkan Seoul FC adalah sangat ketara. Mereka adalah bermain dengan satu standard yang tinggi untuk pentas tertinggi Asia.

Pengalaman Berharga Kedah

Harus diingatkan, pengalaman beraksi di pentas tertinggi Asia adalah sangat berharga bagi mana-mana pasukan.

Bagi Kedah, mereka kembali ke pentas Asia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2009. Ini merupakan aksi pentas Asia pertama Kedah selepas 11 tahun.

Walaupun kehilangan seorang pemain, semangat pemain Kedah harus dipuji. Mereka kekal fokus untuk bermain walaupun peluang sangat tipis.

Mereka berjaya merapatkan jurang, melalui gol sendiri pemain Seoul. Jangan tengok bagaimana gol tersebut terhasil.

Kita lihat bagaimana pemain Kedah berusaha untuk mencari gol walaupun harapan yang sangat tipis.

Gol tersebut jelas tidak dapat menghentikan Seoul FC yang jelas berada di kelas mereka yang tersendiri.

Satu pendedahan dan perlawanan yang baik untuk Kedah, kalah 4-1 ditangan Seoul FC bakal menjadi satu pengajaran yang berguna buat Kedah menghadapi Liga Domestik yang bakal bermula bulan hadapan. Tiada apa yang perlu dikecewakan dalam perlawanan ini.

Tahniah Kedah atas semangat anda, dan tahniah Seoul FC diatas kejayaan mara ke peringkat kumpulan ACL.

Sekali lagi masih belum ada pasukan dari Malaysia yang berjaya mara ke ACL melalui play off. Malah setiap dari pasukan dari Asia Tenggara akan menghadapi kesukaran untuk mara melalui play off ini.

Bagi man of the match, untuk Kedah aku pilih Shahril Shaari, melakukan 14 save untuk perlawanan ini. Kalau dalam fpl ni meletup bonus point dia ni.

Bagi pemain Seoul FC aku pilih Alibaev. Siapa Alibaev ni? Haaa tu tengok la video dia skor gol tadi.

Baca yang lain