Analisis: Kenapa Arsenal Bergelut Teruk Musim Ini ? Ini 6 Sebabnya

Arsenal bergelut teruk pada musim ini. di mana mereka hanya 14 mata daripada 14 perlawanan setakat ini.

Setiap pasukan pasti akan berhadapan dengan isu prestasi.  Namun agak sukar untuk menerima pasukan yang ada ramai pemain berkualiti pada kedudukan liga di mana mereka berada sekarang.

Berikut adalah 6 sebab yang saya rasa membawa kepada masalah Arsenal.

1. Rekrut pemain

Arsenal antara pasukan yang banyak membeli pemain dalam beberapa musim ini.

Namun beberapa pembelian dan signing mereka adalah berimpak rendah daripada diharapkan.

Nicolas Pepe misalnya, pemain yang seringkali gagal mempamerkan aksi terbaik.

Dan tiba tiba dia bermain bagus dalam satu dia perlawanan. Seterusnya dia gagal untuk memberikan impak serupa.

Seterusnya mereka mendapatkan Willian yang hanya cemerlang dalam satu dua perlawanan. Lepas tu bergelut dengan prestasi.

2. Pemimpin

Pierre Emerick Aubameyang adalah kapten mereka. Namun untuk skuad sebesar Arsenal, mereka memerlukan kepemimpinan yang lebih besar.

Mereka ada sejarah kapten yang hebat termasuk Patrick Vieira dan Thierry Henry.

Di setiap bahagian mereka juga bergelut dengan pemimpin. Di barisan pertahanan misalnya. Nak tak nak mereka bergantung kepada David Luiz ada dasar senioriti.

Di tengah pemain seperti Xhaka sepatutnya menjadi pemimpin sebenar.

Mereka ada pemain berkualiti seperti Thomas Partey, namun bola sepak adalah sukan yang lebih daripada sekadar pemain yang berkualiti secara teknikal.

3. Kreativiti

Masalah ini berkait rapat dengan kegagalan untuk bermain secara berpasukan secara konsisten.

Seperti mana kata Jamie Redknapp, mereka boleh mencipta peluang dalam setiap perlawanan. Namun mereka kurang spot pass seperti mana yang mereka miliki sebelum ini daripada Ozil.

Jika mereka tak mahukan Ozil atas sebab tak cukup bagus. Mereka harus mencari pemain pengganti yang lebih bagus daripada Ozil.

4. Pertahanan

Arsenal antara pasukan yang bergelut dengan isu pertahanan dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Di mana mereka ada isu kebergantungan kepada Bernd Leno.

Mereka mendapatkan pemain pertahanan seperti William Saliba, Pablo Mari serta Gabriel Magalhaes.

Namun hanya Gabriel yang dilihat berjaya menjadi pemain utama. Pablo Mari bergelut dengan isu kecergasan sejak tiba.

Manakala Saliba pula dinilai oleh Mikel Serta sebagai tak cukup bagus.

5. Taktikal Mikel Arteta

Nak tak nak perbincangan kita terarah kepada taktikal beliau.

Imbas kembali ketika beliau memenangi Piala FA sebelum ini dan memenangi beberapa big game termasuk menang Perisai Komuniti dengan Liverpool.

Arteta seringkali menggunakan pendekatan negatif dalam permainan..

Untuk aksi dalam liga perdana Inggeris, ianya musim panjang. Dan memerlukan Arteta membentuk taktikal yang menunjukkan mereka adalah Arsenal.

Jika korang dengar analisis Tony Adams semalam, dia kecewa kerana menurutnya Arsenal pada separuh masa pertama bermain terlalu negatif dan seringkali meletakkan ramai pemain berada di belakang bola.

Arteta perlu membentuk Arsenal kembali kepada asas DNA mereka iaitu free flowing football. Kerana ini adalah Arsenal.

Beliau menyatakan bahawa masalah utama mereka ketumpulan penyerang dan bukannya taktikal.

Harus diingat beliau ada Pierre Emerick Aubameyang dan Lacazette yang berada di dalam pasukan.

6. Prestasi Aubameyang

Aku rasa Arsenal sudah menunjukkan simptom bawa mereka seperti One man team dalam beberapa musim kebelakangan ini. Ataupun bergantung kepada seorang pemain.

Tapi lebih tepat, mereka kerap bergantung kepada Aubameyang dan Bernd Leno.

Bahkan kita selalu mendengar, Arsenal kalau tak ada Auba atau Leno, mereka dalam masalah.

Auba: Baik tukar satu team terus hanat

Ini merupakan satu isyarat yang kurang bagus untuk sebuah pasukan besar. Squad depth mereka jelas gagal menampung impak jika pemain bintang utama mereka off form.

Musim lepas mereka berjaya mengatasi impak ketiadaan Bernd Leno yang cedera dengan prestasi cemerlang Emi Martinez.

Namun musim ini mereka ada masalah besar ketika Aubameyang off form. Mereka tak ada Squad depth Yang cukup bagus untuk menampung lompong tersebut.

Lihat sahaja pasukan seperti Liverpool ataupun Man City apabila mereka hilang pemain utama di serangan.

Baca yang lain