Analisis: Kenapa ‘Dark Art’ Simeone Cabaran Terbesar Tactician Seperti Klopp

Jika anda diminta untuk menyenaraikan nama pengurus yang boleh mengatasi gegenpressing, ataupun juego di posicion, siapa dalam kepala anda? Diego Simeone mungkin yang pertama, paling tak pun dalam top 5 pilihan anda.

Jurgen Klopp pasukan berasaskan possession hunger dan juga counterpressing. Sama seperti Pep Guardiola mahupun Thomas Tuchel.

Simeone memang pandai mengajar pasukan pasukan dengan gaya begini. Mesti ada yang akan kata, alah hari tu Atletico tak menang pun lawan team lain.

Sebenarnya, apabila berhadapan pasukan lain, Simeone akan memiliki taktikal yang lebih terbuka.

Sebaliknya untuk pasukan seperti Liverpool ataupun Barcelona, beliau akan menggunakan dark art.

Sistem Simeone

Sistem permainan yang membuatkan lawan mereka pasrah dan kecewa dengan menutup ruang berdasarkan 2 banks of four yang kompak.

Di mana mereka akan cuba bermain secara agresif untuk menganggu permainan dan juga mood pemain.

Di bawah ini adalah bentuk 2 banks of four mereka dengan dua pemain sayap berfungsi sebagai defensive winger.

Tengok pemain LW dan RW itu, mereka akan masuk ke dalam kawasan half space untuk mengekang ancaman offensive fullback pasukan lawan.

Jadi, rumus dia sangat rigid:

  • Winger vs fullback
  • Fullback vs winger

Apabila winger lawan memberikan ancaman dan mencetuskan gol, maka pesalah utama adalah fullback mereka.

Dan jika fullback lawan berjaya mencipta peluang gol, maka pesalah utama adalah winger.

Itu bukan bermakna bertahan itu adalah individu. Maksud ayat di atas ini, pemain sudah jelas apa tugasan utama mereka.

Atletico sangat menekankan aspek bertahan secara unit. Korang tengok diorang track back serangan balas ini:

Namun dalam aksi pertama di Wanda Metropolitano, Simeone menggunakan Angel Correa sebagai extra defender yang membantu pemain di bahagian wide area.

Itu untuk melengahkan ancaman lebih awal.

Simeone menekankan aspek defending 1 v 1 walaupun kau Joao Felix.

Kenapa Klopp akan sukar?

Perkara ini sudah berlaku dalam beberapa musim lalu. Apabila pasukan itu drop deep atau parking bas, Liverpool akan bermasalah.

Namun Klopp membangunkan offensive fullback yang boleh menjadi plan B kepada serangan apabila masalah di atas berlaku.

Untuk melakukan cross dalam pasukan Liverpool, ianya memerlukan kejituan. Kerana Liverpool bukan pasukan target man klasik.

Korang selalu tengok tak macamana cross pasukan Man City yang biasanya dengan mudah pemain macam Aguero nak tap, sebab ia menuju satu ruang yang senang terhubung.

Itulah juga Liverpool.  Hantaran daripada Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson adalah cross ke space dan bukan terlalu bergantung kepada cross untuk challenge di udara.

Itu hanya akan dilakukan kalau ada big man dalam box seperti Virgil Van Dijk.

Simeone mahu memastikan dua pemain ini tidak akan melakukan cross kerap. Dalam sistem rigid yang biasa, pemain tidak kisah sangat kau nak cross daripada out wide kerana mereka ada center back yang fizikal.

Rumusan

Simeone pada hari ini akan cuba tampil dengan corak yang sama pada perlawanan pertama dan cuba menguatkan lagi ketajaman serangan balas untuk mendapatkan away gol.

Liverpool perlu waspada dengan serangan balas dan situasi bola mati daripada mereka.

Adakah Liverpool akan lolos ke next round?