Analisis: Kenapa Lampard Perlu Jadikan Pertahanan & Penjaga Gol Sebagai Keutamaan Berbanding Kai Havertz

Frank Lampard dikaitkan dengan perpindahan Kai Havertz. Dan pemain itu dilaporkan dalam radar pasukan Chelsea.

Namun berikut adalah sebab kenapa Lampard perlu mengutamakan penjaga gol dan pertahanan berbanding Havertz.

1. Prestasi Kepa Arrizabalaga

Bukan rahsia lagi Frank Lampard memang sudah lama mahu menggantikan penjaga gol itu.

Dan sudah beberapa kali musim ini Lampard mengambil tindakan berani menyisihkan Kepa.

Kepa sudah gagal untuk fokus di atas padang berbanding sebelum ini. Terdapat masalah putus cinta yang mempengaruhi prestasinya.

Kepa menjadi penjaga gol dengan rekod peratusan saves paling rendah untuk penjaga gol utama.

Pasukan yang bagus adalah pasukan yang memiliki penjaga gol yang bagus.

2. Prestasi pertahanan Chelsea

Boleh dikatakan Chelsea tidak memiliki back 4 yang benar benar solid pada musim ini.

Mereka masih mencari gandingan bek berempat yang benar benar mantap. Azplicueta mungkin sudah ada pengganti iaitu Reece James.

Marcos Alonso masih lagi menjadi bek sisi utama, walaupun beliau bukan pemain yang bagus secara defensif dalam sistem Lampard.

Paling penting, pasukan seperti Liverpool, Man United, City antara yang sudah memiliki gandingan bek tengah yang stabil. Tetapi bukan Chelsea.

Mereka masih bergelut untuk mencari gandingan terbaik di backline.

Musim ini Chelsea adalah pasukan top 10 dengan rekod bolos paling buruk iaitu bocor 54 kali. Bermakna mereka melepaskan bolos 1.4 gol setiap perlawanan secara ratio.

3. Chelsea sudah memiliki kualiti serangan yang bagus

Dengan prestasi menyerlah oleh Christian Pulisic dan kehadiran Werner serta Ziyech, Chelsea dilihat tinggal nak mengadun sahaja barisan serangan mereka.

Kestabilan di barisan pertahanan dan kemudian di tengah adalah lebih penting untuk mereka buat masa ini.

Jika bahagian ini sudah diselesaikan, barulah keutamaan kepada serangan.

4. Jendela perpindahan yang mencabar

Dengan inflasi dan juga tempoh perpindahan yang agak pendek, kerana liga akan bermula dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, Chelsea pastinya berdepan dengan kesulitan untuk fokus kepada membeli pemain serangan dan pertahanan serta penjaga gol.

Jadi, Lampard perlu menguatkan bahagian paling penting dahulu.

Rumusan

Havertz telah membangun menjadi bakat yang luar biasa. Dan beliau akan menjadi tambahan yang sangat bagus untuk serangan pasukan Chelsea.

Mungkin ada yang kurang faham dengan isu dibangkitkan dalam artikel ini. Dengan mengambil kira isu pertahanan pasukan Chelsea.

Tak salah mereka nak mendapatkan Havertz namun keutamaan haruslah isu pertahanan.

Baca yang lain