Jika sebelum ini Frank Lampard meraikan kejayaan Chelsea berjaya memenangi rayuan di atas dua penggantungan daripada jendela perpindahan.
Lampard turut menyatakan bahawa beliau akan cuba mendapatkan pemain pada Januari untuk menguatkan pasukan.
Kenapa Chelsea perlukan perpindahan Januari?
Chelsea sebenarnya beriya nakkan perpindahan Januari kerana mereka nak cover beberapa pemain yang sudah pergi seperti Eden Hazard.
BREAKING: Eden Hazard will join Real Madrid for €100m. Official announcement will be made in a few hours. pic.twitter.com/6rvRkzOOPu
— Transfer News (@TransfersLlVE) June 5, 2019
Dan seterusnya, musim lalu mereka tidak dapat membentuk pasukan yang benar benar bagus. Masih dalam fasa transisi.
Sepatutnya musim kedua ini, adalah musim untuk Sarri melakukan rombakan sedikit. Namun terhalang kerana mereka tak dapat beli pemain pada pre season.
Lebih barai, apabila Sarri pula nak ke Juventus kerana tak suka dengan dasar recruitment di Chelsea yang menurutnya tidak memberikan kawalan di tangan pengurus.
Polisi recruitment Chelsea yang kompleks
Hal yang sama pernah diluah Antonio Conte yang menyindir pengurusan Chelsea ketika mendapatkan Ross Barkley dan Drinkwater.
Dia berkata, dia cuma menerima pemain sahaja. Siapa yang masuk ke dalam pasukan dia akan latih.
Sambil dia menegaskan dia sedia menerima Andy Carroll, walaupun dia tak pernah bercadang mahukan pemain itu.
Lampard terdesak mahukan perpindahan Januari
Chelsea sebenarnya sudah dikira over performed pada separuh musim dengan pasukan yang mereka ada.
Dibentuk daripada ramai pemain akademi yang dibawa masuk. Mujur pemain macam Tammy Abraham, Mason Mount dan Fikayo Tomori musim lalu banyak minit ketika di loan.
Tammy Abraham has put @ChelseaFC ahead 8️⃣ times in the #PL this season – no other player has put their team in front more#CHEMUN pic.twitter.com/AUZ8wWa5b6
— Premier League (@premierleague) February 17, 2020
Mereka juga bernasib baik kerana ada klausa pembelian tetap pada kontrak pinjaman Kovacic. Uefa membenarkan Chelsea mendaftarkan Kovacic kerana perjanjian melibatkan pemain itu sudah dibuat musim mereka dibenarkan membeli pemain.
Chelsea turut berjaya mendaftarkan Christian Pulisic kerana pemain itu dibeli musim lalu, cuma tidak didaftarkan terus.
Perpindahan Januari tidak digunakan
Lampard merancang untuk mengeluarkan beberapa pemain termasuk Giroud, Pedro dan juga beberapa pemain yang dilihat mungkin tak akan melanjutkan kontrak.
Willian masih dalam rundingan kontrak. Pedro pula sudah sah tak akan dilanjutkan kontrak.
https://twitter.com/TheChelseaUK/status/1231986359990022144
Namun usaha itu gagal kerana Chelsea tidak mahu membeli sebarang pemain. Lampard mahukan pemain seperti Cavani. Yang ni kita faham sebab dia memang minta pakej terlalu mahal, kerana Cavani nak ke Atletico.
Seterusnya, Lampard mahukan pemain seperti Dries Mertens ataupun Piatek.
Kesiannya si Giroud, sudah diberikan kebenaran bercakap dengan Inter Milan. Namun Giroud sangat profesional.
Kerana ada perjanjian verbal / cakap mulut dengan Lampard. Di mana Lampard mahu dia kembali ke Chelsea jika mereka gagal mendapatkan sebarang penyerang.
Tamat jendela perpindahan, seorang pun tak ada penyerang masuk. Giroud kembali semula ke Chelsea dengan tanpa merungut.
Lampard meminta Chelsea mendapatkan beliau Nick Pope, atau Dean Henderson untuk memberikan persaingan kepada Kepa Arrizabalaga.
Namun Marina enggan, kerana tindakan Lampard itu boleh membuatkan Kepa hilang tempat dalam kesebelasan utama. Marina tak melihat ada jaminan Kepa akan jadi kesebelasan utama jika nama seperti Nick Pope ataupun Dean Henderson dibawa masuk.
Lampard wants to replace Kepa Arrizabalaga with Burnley goalkeeper Nick Pope.
(Via: Express) pic.twitter.com/bHjnTK9HPA
— Transferchanger (@TransferChanger) February 4, 2020
Lalu Lampard cuba offload Kepa untuk mendapatkan penjaga gol baharu. Marina pula memberikan syarat, kalau bawah harga mereka beli dulu, Chelsea tak nak.
Lampard tak dapat mencari pembeli Kepa Arrizabalaga dengan nilai £75 juta kerana prestasi semasa dia merosot.
Apa berlaku selepas itu
Jendela perpindahan pun tutut. Dan Lampard dengan geramnya macam terlepas cakap menyatakan; “Chelsea sebenarnya telah melemahkan diri mereka sendiri untuk persaingan ke top 4.”
“Ini kerana Chelsea tak menggunakan peluang membeli pemain pada Januari untuk menguatkan pasukan. Sedangkan pasukan seperti Spurs dan Man United mendapatkan pemain yang sangat baik.”
Selain itu Arsenal turut membawa masuk 2 pemain pertahanan pada Januari.
Bayern berikan Chelsea reality check
Pada sidang media selepas perlawanan. Lampard menyatakan Bayern Munich telah memberikan reality check kepada Chelsea.
Mungkin selama ini ada pihak yang merasakan Chelsea sudah cukup kompetitif bersaing dengan pasukan besar seperti Bayern.
Frank Lampard Reflects on ‘Sobering Reality Check’ After Bayern Munich Defeat pic.twitter.com/Dzxy8512u1
— Lantan Sport (@Lantansport) February 26, 2020
Ini kerana kedudukan mereka di dalam liga adalah top 4. Itu sebenarnya silap.
Lampard berkata, peringkat kalah mati UCL adalah berbeza dengan peringkat kumpulan.
Dan beliau sebelum sepak mula dengan Bayern sudah sedar bahawa pasukannya adalah underdog.
Selepas tamat perlawanan, Lampard menegaskan, pasukan mudanya diajar oleh Bayern Munich.
Dan apa yang mereka boleh pelajari:
- Pasukan Chelsea jauh bezanya dengan pasukan elit seperti Bayern
- Lampard mengandaikan jarak untuk Chelsea mengejar kualiti Bayern adalah 3 tahun
- Lampard juga menegaskan pasukannya tidak ada pengalaman untuk peringkat sebesar itu
Rumusan
Jelas sekali Chelsea kini telah masuk ke separuh kedua musim dengan cabaran yang berbeza.
Lampard enggan menyalahkan bahagin rekrut pemain Chelsea dengan menyatakan: “Tak ada gunanya melihat benda yang dah jadi, fokus sekarang adalah cuba pergi ke Allianz Arena dengan rasa bangga.”
RT @soccerMeraki: #Soccer Frank Lampard wants Chelsea players to restore pride against Bayern Munich with home record now worst since 1985/86 season https://t.co/lJTSC0Bc7G
— news.socc (@news_socc) February 26, 2020
Selain itu beliau juga menegaskan bertanggungjawab di atas pemilihan pemain. Walaupun Kepa Arrizabalaga tak dijual dan tiada penjaga gol baharu masuk, itu bukan jaminan pemain itu automatik menjadi no.1 walaupun prestasi merudum.
Lampard menegaskan bahawa: “Pemilihan pasukan saya tidak akan sesekali melihat nilai harga pemain.”
https://twitter.com/BPLAfrica_/status/1228353086185492481
Jika Marina memberikan Lampard sekurang-kurangnya penjaga gol, beliau secara tak langsung mendapat penjaga gol kedua yang lebih baik daripada Willy Caballero yang sudah berusia.
Dan pada masa sama mewujudkan persaingan lebih kuat dengan Kepa Arrizabalaga.
Jadi, fokus Chelsea pastinya cuba sedaya upaya untuk tidak melepaskan top 4. Kalau top 5 bergantung kepada keputusan rayuan Man City di CAS.