Sebelum ini Frank Lampard memiliki rekod yang agak goyah dengan big six. Namun sekarang ini dalam dua derbi terakhir berhadapan pula dengan big six, Lampard menang.
Sebelum ini beliau menang ke atas Spurs yang dibimbing oleh Jose Mourinho. Hari ini menang ke atas seteru utama di bandar London iaitu Arsenal.
Arsenal bermula baik
Arsenal bermula dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Melakukan pressing yang lebih kemas dan menyukarkan aliran bola pasukan Chelsea.
Arsenal memberikan tekanan berganda dengan gol awal menerusi Aubamenyang. Ianya isu disiplin pertahanan yang lemah oleh Emerson.
Di sini anda lihat Emerson awalnya melakukan screening.
Screening ni satu perbuatan pertahanan yang mahu memastikan di mana / mengawal lawan mereka, jadi mereka menggunakan tangan untuk feel / touch.
Namun selepas Aubameyang bergerak gerak di sekitarnya, terus Emerson tak kuasa nak melayan. Inilah mistake dia.
Separuh masa pertama Arsenal jelas sekali pasukan lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang.
Lampard perbaiki tactical error
Turning point menarik adalah respon segera Frank Lampard untuk memperbaiki kesilapan taktikal mereka.
ChelseaΒ bermula dengan sistem 3-4-2-1 dalam perlawanan ini. Namun 2 wingback mereka jelas sekali tidak bermain baik dalam sistem wingback.
Mereka menjadi side back yang menampakkan Chelsea bermain back 5 dah tu. Itu memutuskan hubungan pemain di line belakang dengan attacking 3.
Emerson dikeluarkan, rasanya lebih kepada kepentingan taktikal berbanding dengan kesilapan tu tadi.
Lampard mahu bermain dengan sistem back 4 selepas itu. Dan mereka menukar formasi untuk memastikan mereka lebih stabil.
Separuh masa kedua
Arsenal membenarkan Chelsea mendapat rentak mereka ke level optimum. Chelsea mulai diberika extra yaard untuk mara lebih jauh.
Chelsea berjaya bangkit menerusi 2 gol pada 7 minit terakhir. Minit ke-83 dan ke-87. 2 gol dalam jarak 4 minit.
Arsenal bermain dengan sistem yang tidak mementingkan safety di backline. Arsenal over-commited untuk mencari gol kedua dalam perlawanan ini.
Jika anda tidak menekankan isu bertahan dengan drop deep, maka pastikan high pressing anda kuat. Ini pun Arsenal missing. Pemain jelas sekali nampak keletihan nak mengejar serangan balas Chelsea.
Kredit harus diberikan kepada Tammy Abraham yang cemerlang mencetuskan gol kemenangan pada minit ke-87. Beliau menghantar bola cepat dan Willian mengembalikan bola pada masa yang tepat.
Absolutely blockbuster. Super Frankie Lampard, you are a genius. (Abraham goal) πππππππππ pic.twitter.com/ytjIWHOYvj
β Jasper (@jaspermather26) December 29, 2019
Rumusan
Kekalahan pertama Arteta dalam debut di Emirates. Aubameyang sekali lagi menunjukkan beliau perlu menjadi penyerang utama bukannya wing attacker.
Mungkin kalau Arteta benar benar mahukan Auba Lacazette di hadapan, beliau harus menggunakan sistem twin no.9.
Lampard menang derbi sekali lagi dan membantu menjarakkan Chelsea daripada Man United. Ini selepas Chelsea keciciran beberapa mata sebelum ini.
Arsenal semakin sukar untuk mendapatkan 4 teratas dengan keputusan ini.
Tahniah Chelsea menang derbi. Lampard spot on kali ini. Melihat 3-4-2-1/3-4-3 tak jalan, cepat cepat di tukar.
Frank Lampard lives for celebrating at an away end! #ARSCHE pic.twitter.com/5vA9NXnD7z
β Football Daily (@footballdaily) December 29, 2019
Untuk Arsenal, masih banyak perkara perlu digariskan. Bukan mudah nak terus derbi sebesar ini dalam perlawanan kedua wei.
Arteta dan Arsenal bermula baik dalam game ni. Namun mereka disjointed pada separuh masa kedua.