Analisis: Lihat Xhaka Organizing Sebagai Half Back Untuk Gol Aubameyang

Granit Xhaka telah menjadi antara pemain yang telah banyak meningkat naik sejak Arsenal diambil alih oleh Mikel Arteta.

Beliau merupakan antara pemain yang hampir meninggalkan Arsenal ketika Arteta baru menduduki kerusi pengurus.

Xhaka dikaitkan dengan kepulangan semula ke Liga Jerman / Bundesliga. Namun Arteta telah memutuskan untuk menyertakan nama Xhaka dalam projek beliau.

Pada awalnya ianya bukanlah keputusan yang popular pada ketika itu memandangkan segelintir penyokong Arsenal masa bengang dengan apa yang beliau lakukan ketika perlawanan berdepan Crystal Palace.

Arteta menyatakan bahawa Granit Xhaka adalah nadi penting dalam pembentukan DNA pasukan Arsenal yang baru di bawah pimpinannya.

Namun ramai juga berpandangan bahawa Granit Xhaka hanyalah pelan jangka masa pendek untuk Arteta memandangkan pasukan tersebut tidak ada defensive midfielder yang bagus.

Torreira masih cedera dan Guendouzi pula berdepan masalah konsistensi.

Salah satu perkara yang ada pada Xhaka yang sangat penting untuk Arteta adalah laser pada ataupun hantaran jauh yang mencipta ancaman dari belakang.

Kepercayaan Arteta terbalas

Xhaka telah menjadi salah seorang pemain sistem dalam Arsenal di bawah Arteta. Beliau malah beberapa kali bermain di bek tengah ketiga dalam sistem back 3.

Xhaka menjadi nadi penting Arsenal dalam taktikal ketika ini.

Cuba korang lihat apa yang beliau lakukan di sini, di mana beliau turun sebagai half back.

Apa yang berlaku sangat menarik. Xhaka menjadi organizer dalam padang. Jelas sekali Arteta memberikan kuasa kepadanya untuk mengorganisasi pasukan.

Anda selalu melihat half back seperti Busquets ataupun Xavi Alonso menunjukkan arah kepada rakannya.

Ini kerana ketika berada dalam tekanan pemain akan kurang visi. Fokus mereka akan terpecah kepada tekanan.

Pada ketika inilah organizer menunjukkan arah di mana safe zone untuk menghantar bola.

Organizer Akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada situasi. Kerana rakan mereka biasanya akan terus menghantar sahaja bola ke sana.

Saksikan:

Jadi, dalam semua mata tertumpu kepada Willian dan Aubameyang, sanfat sedikit yang memberikan perhatian kepada Granit Xhaka.

Adakah Xhaka akan kecewa?

Sudah tentunya tidak!

Ini kerana Arteta sendiri pernah memainkan peranan tersebut ketika bermain dulu. Dan kesemua pemain yang beraksi sebagai nombor enam akan tahu hidup mereka sentiasa menjadi Unsung hero.

Lihat aksi Xhaka vs Fulham.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.