Pemain ini membuktikan bahawa dia boleh bermain sebagai center back dalam Liga Perdana Inggeris. Walaupun dikritik sebagai pembelian yang salah kerana dianggap tak cukup tinggi untuk menjadi bek tengah di EPL. Kritikan itu paling lantang disuarakan legenda Man United sendiri iaitu Gary Neville.
Bekas kapten Manchester United, Gary Neville menyatakan bahawa dia tidak bermain bek tengah pada era Sir Alex Ferguson kerana dia tak cukup tinggi. Dia menyampaikan kritikannya selepas United dimalukan Brentford.
Neville berkata: “Tetapi selalu ada satu ketika di mana secara fizikal ia menjadi terlalu berat untuk saya dan dia [Ferguson] terpaksa mengeluarkan saya dari bek tengah dan meletakkan saya di bek kanan kerana saya secara fizikal tidak dapat menangani penyerang 6 kaki 2 inci yang menentang saya.”
“Saya bermain dalam 40-50 perlawanan daripada 150 aksi pertama saya sebagai bek tengah pada ketika itu. Di mana saya melihat Paul Parker menjadi bek tengah yang sangat baik.”
“Namun sentiasa ada isu apabila melibatkan fizikal dan ianya menjadi sangat sukar buat saya. Mereka akhirnya mengeluarkan saya daripada posisi bek tengah dan meletakkan saya di bek kanan.”
“Saya di dalam kotak penalti pada set-piece dan hantaran lintang. Saya terpaksa akur bahawa saya akan menjadi bek tengah dan bos Sir Alex Ferguson mencubanya selama kira-kira tiga atau empat tahun di mana dia terus meletakkan saya di situ.”
“Tetapi secara jujur, ia akan menjadi sangat sukar dalam liga ini untuk benar-benar berjaya, tidak kira betapa baiknya anda.”
Martinez, yang telah menandatangani kontrak lima tahun di United dengan pilihan 12 bulan lagi, juga boleh beroperasi sebagai bek kiri dan sebagai pemain defensive midfielder – posisi yang masih lagi bergelut untuk Man United isi setakat ini.
Ditanya di mana Martinez boleh menyesuaikan diri di Old Trafford, Neville berkata: “Mungkin di sebelah kiri dalam sistem tiga bek – itu berpotensi berkesan.”
“Mungkin bermain di bahagian tengah [DM], kerana kita tahu dia boleh melakukannya. Saya fikir dia mempunyai ketabahan dan, untuk berlaku adil, saya tidak akan menilai dia sama sekali pada masa ini.”
“Tetapi untuk mengatakan dia boleh bermain di tempat lawan di Brentford menentang Toney dan Mbeumo – dia secara fizikal tidak boleh bersaing dengan mereka.”
Neville dan rakan punditnya, Carragher mungkin harus menelan kata kata mereka melihat persembahan Martinez menentang Liverpool.
Martinez tunjukkan prestasi beast
Gandingan beliau dengan Raphael Varane sangat cemerlang.
Sumbangan dari segi distribusi, Martinez melakukan ketepatan hantaran 82% dalam perlawanan ini. Dan sempat melakukan 3 hantaran berjaya ke final third.
Dari segi bertahan, Martinez melakukan 1 bentesan bersih. 2 pintasan. 4 kali dia merampas bola daripada lawan. Selain itu dia turut melakukan 8 clearances.
Paling penting 1 block depan De Gea untuk menafikan percubaan lawan dan 1 block di belakang De Gea menafikan sepakan Fernandes daripada own goal.
Lisandro Martínez has been so good so far that he had to stop Bruno Fernandes from scoring his own goal post pic.twitter.com/EBkTfSJOKp
— Rashford 𓃵 McTominay (@McRashfordd) August 22, 2022
Lisandro Martinez fokus sepenuhnya dalam perlawanan ini. Beliau sentiasa membantu pemain lain yang berdekatan.
Keupayaan dia bertahan di dalam kotak penalti adalah luar biasa.
Lisandro Martinez vs Liverpool | Premier League
That was a towering performance by Lisandro for most parts. He wasn't necessarily poor in the first 2 games but today he was exceptional, especially defending the box. He used his body well & was aggressive in closing down options. pic.twitter.com/5d56tD8VW8
— Yash (@Odriozolite) August 22, 2022
Ini merupakan salah satu persembahan individu terbaik daripada bek tengah Manchester United sejak sekian lama terutama sekali ketika berdepan dengan Liverpool.
🇦🇷 Lisandro Martinez against Liverpool:
➜ Saved on the line
➜ 1st in interceptions [3]
➜ 2nd in clearances [7]
➜ 2nd in header clearances [2]
➜ 18/22 passes completedAn absolute rock solid defensive masterclass from Lisandro Martinez 🔪
pic.twitter.com/TA8xmyYixY— BD Albiceleste 🇧🇩💙🇦🇷 (@bd_albiceleste) August 22, 2022
Walaupun akhirnya United bolos dengan 1 gol, namun tak banyak pasukan yang boleh mengelak daripada bolos berdepan pasukan Jurgen Klopp. Bolos itu orang akan lupakan kerana kemengan 2-1 dengan persembahan cemerlang Lisandaro Martinez bersama dengan unit pertahanan Man United yang lain.
Jadi, tiada alasan untuk Ten Hag tidak mengekalkan gandingan Martinez dengan Varane selepas ini.