Analisis: Man United Drop Too Deep, Liverpool Struggle Dengan Fluiditi

Ini adalah pertemuan yang sangat panas di England. Digelar Derbi Barat Laut di England.

Antara 2 bandar yang paling rebel di England.

Ok kita sembang bagaimana binaan asas permainan mereka.

Asas

Manchester United tampil dengan formasi 3-4-1-2 dan ia akan membentuk chain of five apabila bertahan.

Liverpool mengekalkan sistem 4-3-3 dalam perlawanan ini. Tiada alasan nak pakai formasi lain sebab mereka menang berderet dengan sistem ini.

Pertarungan di tengah

Dalam perlawanan ini, dalam korang bercerita dari siang ke malam pasal Daniel James, korang kena cerita juga pasal Fred.

Dia berjaya membuatkan bahagian tengah Liverpool disorganized dan tidak dapat mendominasi bahagian itu. Fred laju untuk support, sama ada ke pertahanan ataupun ke serangan.

Aku tak jumpa stats Fred kat twitter. Ni je aku jumpa. Boleh la, asal ada gambar Fred.

Dia menjadi 1st pressurer kepada Fabinho yang merupakan deep lying playmaker untuk Liverpool.

McTominay lebih kepada, offer dia punya fizikaliti di central. Fred pula lebih kepada space marking, mematikan passing lane, dan kesemua benda yang lebih taktikal.

Fluiditi Liverpool

Ini perkara paling penting dalam sistem Jurgen Klopp. Apabila tiada kelancaran maka mereka akan struggle teruk.

Pada separuh masa pertama, Liverpool tak fluid. Ianya kerana United agresif dan juga Liverpool sendiri yang lambat menggerakkan bola di antara pemain.

Aspek ini diperbaiki pada separuh masa kedua. Namun masih struggle dengan fluiditi. Sebab tu Klopp masukkan Chamberlain dan Adam Lallana yang lincah.

Kemasukan Lallana ni gamble sebenarnya. Sebab dia tak match fit sebelum ni. Namun mereka berdua memperbaiki aspek dinamik Liverpool.

Chamberlain diarahkan bermain peranan no.10 dalam 4-2-3-1 selepas itu. Ini memang banyak memperbaiki aspek teamplay Liverpool.

Man United drop too deep

Ok, aku tahu Man United memang defensif. Ole sebenarnya buat mistake 1 benda ni sahaja malam tadi.

Mereka hampir tapau 3 mata dengan sistem menyerap tekanan di bawah dan cuba counter attack.

Isu utama United – dah beberapa perlawanan sebelum ni – apabila leading, cara mereka bertahan tu sebenarnya mengundang bahaya.

Kita tahu mereka nakkan 3 mata dalam beberapa perlawanan dan cuba bertahan. Tetapi isu dia adalah mereka drop terlalu ke bawah.

Pada separuh masa kedua, pada fasa 15 minit terakhir ke apa, lebih kurang pada ketika Rashford dapat warkah dari Ole, pada ketika ini dia mengarahkan pemain dia drop too deep.

Kesannya, apabila drop too deep, pasukan yang guna taktik ini akan menjemput perkara-perkara seperti:

1. Lawan mara lebih jauh

2. Mengundang ancaman rembatan jarak jauh

3. Melakukan kesilapan di dalam box kerana sesak/congesterd

Daripada 3 masalah di atas, Man United mengundang aspek 1 tu. Sebab Liverpool ni tak ada shooter yang sangat konsisten dari luar box.

Ole mungkin tahu Liverpool tiada benda kedua tu. Sebelum ni Man. United masa lawan Wolves kena kerana benda 1 dan 2 tu sebab team tu ada shooter luar box.

Trent dan Robertson mara sangat advance di extra yards ke dalam kawasan United. Ini mengudang bahaya kerana 2 fullbacks tu sangat kreatif.

United menggunakan 5-4-1 yang sangat deep.

Kesannya United melepaskan gol penyamaan minit ke-85 kerana isu drop too deep ni. Bukan pertama kali mereka gagal protect mereka punya pendahuluan.

Salah satu sebabnya, drop too deep. Ole sebelum ni pernah cakap team ni kekadang tak cukup berani. Namun pendekatan ini tidak membantu sebenarnya.

Isu wingback United

United kalau main back 3 biasanya akan bermasalah dengan wingback. Perkara sama berlaku semalam. 2 wingback mereka sangat baik ketika bertahan, namun ketika menyerang sangat kurang impak.

Wan-Bissaka misalnya, dia bertahan dengan baik, namun decision makin dia di final third banyak kali lemah.

Rumusan

Pandangan saya, United cuma frust tak menang sebab mereka lead sehingga minit ke-85. Yang pasti 1 mata daripada perlawanan ini, mereka boleh raikan sebagai good result.

Jika tak mereka memberikan Liverpool kesakitan berganda kalau menang tadi.

Liverpool pula terlalu lambat nak dapatkan fluiditi pada taktikal.  Aspek kreativiti menjadi isu terbesar mereka dalam perlawanan ini untuk memecahkan zon 14.


 

Baca yang lain