Satu analisis ringkas tentang gaya permainan Man United yang dianggap tidak cukup berani dalam build up back 3 mereka.
Sebelum ini Ruben Amorim mendedahkan ada beberapa pemain yang masih ragu ragu dan takut untuk melaksanakan idea permainan mereka.
Dan dia mengakui United masih dalam fasa untuk memahami idea permainan mereka yang sebenar di bawah kendaliannya.
Dia pernah meminta pemain United agar percaya kepada proses dan mengikut sahaja arahan taktikal yang diberikan. Kerana dia akan bertanggungjawab untuk selebihnya.
Jamie Carragher dalam ulasannya sebelum ini juga merungkai apa yang dimaksudkan Amorim. Di mana Man United tidak berani untuk bergerak secara unit ke barisan serangan mereka.
Amorim dilihat tidak gembira dengan intensiti ditunjukkan pemain tengah seperti Casemiro yang dilihat kurang selesa dengan sistem tersebut. Kerana sebelum ini peranannya lebih statik.
🚨🎥 – Jamie Carraghar with a brilliant analysis of what Ruben Amorim wants from his players.pic.twitter.com/VMwmkb4bhT
— UF (@UtdFaithfuls) November 25, 2024
Sebab itulah Amorim meminta pemainnya sentiasa berlari di atas padang.
🚨 Amorim: "It’s impossible to win the Premier League without a team that fights for every moment, runs back, runs forward".
"Even with the best starting XI on the planet, without running they will not win nothing".
"If we want to win the PL, we have to run like mad dogs". pic.twitter.com/Uz53EgtW3b
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 7, 2024
Selepas aksi menentang Ipswich, Amorim kemudian menegaskan bahawa pemain United ada rasa takut ketika di atas padang dan terlalu banyak berfikir membuatkan keputusan lambat dibuat.
“Saya rasa pemain saya terlalu banyak berfikir. Kami kehilangan beberapa bola tanpa tekanan. Tetapi mereka benar-benar mencuba dan mereka mahukan ini.
“Ia adalah liga yang sukar. Anda belajar itu pada saat pertama. Pemain saya terlalu banyak berfikir dalam permainan. Anda boleh merasakannya. Bukan hanya pada bola tetapi di mana mereka sepatutnya berada. Dan itu sukar.
“Ia hanya dua hari bersama pasukan, jadi saya rasa kami memerlukan lebih fizikal pada separuh masa pertama.
“Ia perlawanan yang sukar, kami kehilangan beberapa bola tanpa tekanan. Anda perlu mengawal bola dan tempo permainan. Mereka tidak melakukannya tetapi mereka benar-benar mencuba. Mereka benar-benar mencuba dan mereka mahukan ini.
“Kami perlu mencuba dari saat pertama, kami perlu menangani idea baharu dan cuba menjadi lebih baik tahun depan pada peringkat yang sama.
“Membuat keputusan adalah satu kebimbangan untuk mereka, anda tidak perlu melatih mereka pada tahap ini. Kami melakukan beberapa perkara yang tidak tepat pada masanya dan itulah yang perlu kami tangani.
“3-4-3 bukanlah kebimbangan, pemahaman tentang permainan adalah apa yang kami perlu perbaiki.”
“Jika anda melihat separuh masa pertama, anda boleh melihat bahawa mereka agak takut. [Morsy] sentiasa bersendirian. Kami perlu pergi menekannya.
“Hutchinson sentiasa berada di ruang mati, Jonny Evans sepatutnya menekan pemainnya tetapi apabila kami tidak mempunyai latihan dan sukar untuk menyatakan semua reaksi kepada pemain.
“Kami perlu melihat data, memahami data dan melihatnya. Pertama, kami perlu memahami permainan, kami perlu menjadi lebih baik secara fizikal untuk menghadapi tekanan tinggi, jumlah larian berkelajuan tinggi, semua perkara ini, tetapi kita memerlukan masa untuk mengusahakan perkara ini.”
Abdel Beheri kemudian keluar dengan analisisnya menggariskan perkara yang hampir sama dengan Carragher sebutkan. Di mana setiap kali pasukan mereka mahu membina serangan, barisan bek bertiga tidak berani untuk naik atau push forward lebih tinggi.
Seterusnya pemain DM mereka tidak cukup fluid untuk rotasi dalam mencari ruang untuk menerima bola.
Beberapa minggu lalu, Amorim menjelaskan: “Mereka cuba untuk mencari solusi yang sempurna. Mereka harus dilatih. 2 minggu ditambah dengan fokus. Jangan hilang bola kerana hantaran lemah.
“Mereka ada lebih keyakinan untuk menerima bola dan bermain di antara garisan [zon 14 la tu]. Menentang pasukan yang bermain blok rendah, kamu harus mengambil risiko.”
Amorim on CBs holding onto ball: "They are trying to reach perfect solution. They need time to train. Two weeks + focus is, 'Don't lose the ball with sloppy passes.' They have more confidence to take the ball + play between lines. Against low blocks you have to take risks." #MUFC
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) December 7, 2024
Dalam kekalahan menentang Nottingham Forest, United masih bergelut dengan aspek binaan serangan dari bawah serta permainan di bahagian tengah.
Mereka perlu lebih cepat untuk menyerahkan bola kepada playmaker seperti Bruno Fernandes.
Saksikan analisis di sini:
….man movement. The dropping from Højlund and run from Garnacho unbalances Forest's last line and creates the opening for Ugarte's through ball.
The CBs need to be braver in breaking the lines and have more urgency. The CDMs need to either move more to create space for the…
— Abdel |🍉 (@AbdelBeheri) December 8, 2024
Namun Ruben Amorim memang sudah memberitahu bahawa pasukan ini akan menderita pada fasa untuk pembinaan pasukan di bawahnya. Dan dia meminta peminat memberikan mereka masa.