Analisis: Menilai Pembelian Liverpool Di Bawah Klopp

Alisson Becker sekali lagi mencipta detik yang sungguh ikonik ketika pertemuan Liverpool menentang Manchester United di Anfield baru- baru ini.

Alisson mencipta detik yang begitu indah yang berjaya dirakam dan menjadi sebuah kenangan terbaik antara yang Liverpool miliki musim ini.

Alisson Becker telah membuat bantuan gol kepada Mo Salah dan selepas Mo menjaringkan gol Alisson terus berlari laju mengejar salah dan melakukan slide yang berhenti tepat di hadapan Mo.

Bantuan Goal Alisson

Penjaga gol utama pasukan Brazil itu membuktikan bahawa beliau adalah penjaga gol terbaik dunia ketika ini.

Beliau yang menangkap bola cubaan Juan Mata terus melakukan tendangan jauh yang tepat ke kaki Mo Salah dan Mo berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik menewaskan De Gea.

Hasil bantuan jaringan dari Alisson di waktu kecederaan itu memastikan pasukan Liverpool menang 2-0 dan terus menerajui liga dengan jurang 16 mata dan berbaki 1 perlawanan lagi.

Alisson bukan sahaja meraikan jaringan cantik Mo bah kan beliau begitu teruja dan gembira meraikan “clean Sheet” beliau yang ke 28 daripada 50 perlawanan liga.

Selepas sahaja Mo menjaringkan gol salah terus berlari meluru ke arah Mo dan melakukan slide terus ke arah Mo.

Apabila di tanya mengapa beliau melakukan aksi itu beliau menjawab kerana beliau melihat Pepe Reina melakukan hal yang sama ketika bertemu united dahulu.

Alisson Kembali Merebut Golden Glove

Kemenangan tanpa bolos itu seterusnya menjadikan Alisson kembali bersaing merebut Golden Glove untuk musim ini.

Walau beliau melalui awal musim yang sukar dengan kecederaan sekembalinya beliau ke dalam pasukan utama beliau sudah mendapat 7 perlawanan tanpa di bolosi berturut-turut.

Kehadiran Alisson ke dalam pasukan Liverpool adalah pilihan bijak dari Klopp yang sebelom ini mempunyai masalah di bahagian itu.

Selain aksi cemerlang dari pertahanan terbaik dunia yang Liverpool miliki, Virgil Van Dijk dan Joe Gomez yang kebal bertahan Liverpool bertuah kerana memiliki penjaga gol yang tangkas seperti Alisson.

Pasukan lawan sudah pasti benci dengan corak dan tektik bertahan yang ada pada pasukan Liverpool.

Mereka harus melepas bahagian tengah Liverpool yang begitu kebal di kawal oleh Hendorson, Milner atau Fabinho sebelom bertemu pertahanan Liverpool yang boleh dikatakan terlalu sukar untuk di tembusi.

Sekiranya berjaya tembusi bahagian pertahanan masalah utama pasukan lawan adalah bagaimana mahu menewaskan Alisson yang terlalu cemerlang mengungguli gawang nya.

Barisan Bertahan Paling Efektif

Seperti yang di katakan setelah bermatian melepasi bahagian tengah dan pertahanan pasukan lawan harus melepasi tembok tebal pasukan Liverpool Alisson.

Alisson kini mempunyai peratusan menyelamatkan cubaan tepat paling tinggi dalam liga.

Alisson telah menyelamatkan 29 daripada 34 percubaan tepat ke arah gawang gol Liverpool dalam kata lain beliau telah menyelamatkan 85% percubaan tepat pihak lawan.

Ini meletakkan diri beliau sebagai penjaga gol yang mempunyai rating safe tertinggi di dalam liga meninggalkan Dean Henderson penjaga gawang Sheffield United dengan 75% , Vicente Guaita penjaga gawang Crystal Palace 74% dan Kasper Schmeichel penjaga gawang Leister 73%.

Bahagian Pertahanan Banyak Membantu

Tidak terkejut dengan apa yang Liverpool ada kini. Selain mempunyai penjaga gol yang bagus Liverpool mempunyai bahagian pertahanan yang sempurna.

Arnold dan Robertson menjalankan tugas sebagai pertahanan kiri dan kanan yang cukup sempurna di bantu oleh Mo dan Mane yang sering membantu mereka ketika bertahan.

Van dijk dan Gomez juga cukup sempurna menjadi tembok tengah buat pasukan Liverpool di bantu oleh Henderson, Milner, Firmino dan Fabinho.

Jadi setiap unit pemain Liverpool akan pastinya membantu bahagian pertahanan ketika pasukan di serang.

Jika dilihat kepada kepada penjaga gawang utama pasukan Manchester United David De Gea beliau sebenarnya berada dalam persembahan terbaik beliau namun beliau kurang mendapat bantuan dari bahagian pertahanan kerana itu beliau sering di bolosi.

De Gea mempunya 68% rate menyelamatkan percubaan tepat mendahului Ederson penjaga gawang Manchester City dengan 66%.

Alisson kebiasaannya hanya menggunakan tangan sahaja untuk menyelamatkan percubaan lawan tetapi jika di lihat De Gea beliau terpakse menggunakan kaki dan tangan nya untuk menyelamatkan percubaan lawan.

Namun dari segi membuat hantaran oleh penjaga gol ini di dahului oleh Ederson dengan 87.2% hantaran tepat berbanding Alisson dengan 83% sahaja. Manakala De Gea sekadar 72.5% sahaja rate hantaran yang beliau miliki musim ini.

Apa akan jadi jika Liverpool tidak Membeli Alisson dari Roma dua musim lalu? Adakah Mignolet atau Karius boleh menjadi tembok terbaik buat Liverpool?

Dan apa berlaku jika Liverpool tidak menandatangani pertahanan seperti Van Dijk dan Pemain tengah seperti Fabinho?

Setinggi tinggi pujian harus di berikan kepada Michel Edward kerana berjaya membawa pemain emas ini ke pasukan Liverpool dan telah membantu Liverpool ke tahap ini sebagai pasukan terbaik di dunia.

Baca yang lain