Analisis: Menjelaskan Peranan Harvey Elliot Di Koridor Kanan vs Burnley

Semalam Harvey Elliot diturunkan dalam kesebelasan utama. Di mana beliau diletakkan dalam posisi tengah bertiga, bergandingan dengan Naby Keita dan Jordan Henderson.

Namun sepanjang perlawanan, Harvey Elliot banyak sekali bermain di wide space. Jarang sekali dia benar benar benar berada di tengah seperti Naby Keita.

Ini adalah heatmap Naby Keita:

Bandingkan pula dengan Harvey Elliot yang sangat dominan di wide area terutama sekali half space:

Secara tak langsung Elliot menjadi ‘senjata rahsia’ sebenar Liverpool dalam perlawanan ini.

Burnley ada reputasi yang kuat dalam usaha mereka memusnahkan pemain penyerang utama lawan dengan merantai mereka ketat.

Dalam kes ini, Mohamed Salah adalah sasaran utama permainan defensif mereka.

Jadi, dengan overload seorang pemain di channel tersebut, ianya akan membantu Salah untuk melepaskan diri daripada perhatian ataupun menerima sokongan dengan lebih aktif.

Harvey Elliot membuatkan Mohamed Salah boleh menjadi penyerang kedua di belakang Jota dan kadangkala Liverpool bermain seperti dalam formasi 4-4-2.

Selain itu, Harvey Elliot sendiri akan menggunakan ruang yang ada ketika pemain lawan mengejar Salah ataupun merantai Salah di wide area.

Ini adalah situasi di mana Mohamed Salah berada dalam poket pertahanan lawan. Kelihatan Elliot benar benar mengambil posisi itu. Perhatikan juga bagaimana Burnley turut merantai Trent Alexander Arnold dengan man marking kerana pemain itu adalah sumber hantaran lintang.

Selain daripada peranan ketika menyerang, Harvey juga pemain yang ada tenaga yang bagus ketika bertahan. Beliau akan turun segera apabila ruang di belakang Arnold diserang.

Ini adalah situasi di mana Arnold sekali lagi bertindak seperti false fullback untuk membiarkan ruang di sayap milik Harvey Elliot.

Jadi berlaku pertukaran role yang tinggi antara Trent dan Harvey serta antara Salah dan Harvey.

Dan ini adalah kemuncak kepada sistem ini apabila Trent Alexander Arnold berada di half space dan Salah pula menarik bek lawan ke tepi dengan marking. Melepaskan Sadio Mane dengan ruang besar di tengah:

Rumusan

Pendekatan taktikal ini sebenarnya banyak memberikan Liverpool alternatif dari segi gerakan menembusi pertahanan yang kental.

Namun ada beberapa ketika Harvey Elliot kerapkali tidak bertindak cepat kerana dia keliru sama ada mahu meneruskan larian, hantaran ataupun shooting apabila ada Mohamed Salah berdekatan dengannya.

Aspek ini biasalah dalam taktikal apabila pemain muda bermain dengan bintang senior. Jika perkara ini dilakukan dengan lebih semulajadi, maka ianya akan lebih laju dan segera.