Analisis: Menjelaskan Taktikal Bek Sayap Tak Simetri Chelsea Yang Meyusahkan Liverpool

Chelsea sekali lagi menggunakan sistem back 3 dengan wingback. Sebelum ini Tuchel pernah menjelaskan tentang sistem wingback mereka yang tak simetri.

Bermakna, jika sebelah wingback itu ditolak jauh lebih advance, yang sebelah lagi akan lebih ke bawah.

Sistem ini untuk mengelakkan ruang yang besar di kedua dua sektor membuatkan mereka kehilangan jumlah pemain dari segi numerikal apabila diserang balas.

Dalam perlawanan menentang Liverpool, Marcos Alonso menjadi masalah besar Liverpool.

Dia bermain di peranan jauh lebih advance berbanding dengan Reece James.

James adalah pemain wingback yang ofensif. Namun dia tidak diarahkan terlalu ofensif berbanding Alonso.

Secara asasnya, ini adalah kedudukan Chelsea ketika menyerang Liverpool.

Alonso akan dengan pantas menyertai garisan serangan untuk  membentuk 3-3-3-1 yang memang tak simetri.

Ini adalah gambaran ringkas tentang kedudukan dia bek sayap Chelsea tersebut pada fasa serangan.

James hanya akan naik apabila berlaku pertukaran arah ke sebelahnya. Fokal utama serangan mereka adalah di sebelah kiri. Ketika James naik ke atas, Alonso akan mengimbangi James dengan turun sedikit. Seperti mana separuh masa kedua, di mana James lebih banyak berada lebih tinggi daripada Alonso.

\

Sebelum ini Tuchel pernah menjelaskan tentang sistem taktikal wingback beliau.

“2 wingback tak semestinya berada di garisan sama tinggi pada setiap masa. Kerana saya perlukan pemain yang membantu di bawah untuk memenuhkan kawasan ini [kawasan lebih bawah] bagi permainan kombinasi.”

“Dan di sebelah lagi [wingback lebih tinggi] adalah untuk pertukaran bola secara diagonal,” kata Tuchel merujuk kepada posisi yang seperti dimainkan Alonso dalam menentang Liverpool.

Korang boleh buka link ni nanti: https://streamff.com/v/2ab566

Idea utama Tuchel adalah mewujudkan ancaman di half space terutama sekali di sebelah Trent Alexander Arnold yang lebih lemah ketika bertahan berbanding Andy Robertson.

Alonso akan membentuk gerakan yang sangat banyak variasi dengan Pulisic di sekitar Arnold.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana Alonso memiliki beberapa peluang gol daripada sistem ini.

Konate perlu fokus kepada Lukaku. Jadi dia tidak boleh bertindak terlalu agresif ke arah Pulisic.

Pada masa inilah, Trent berdepan beban kerja yang sangat banyak. Chelsea lebih cepat cuba menyudahkan peluang sebelum semmpat pemain seperti Mo Salah atau Jota turun membantu Arnold.

Sistem yang sama mereka gunakan ketika menentang Real Madrid. Di mana James akan sentiasa di bawah Alonso.

Namun itu bukan bermakna mereka menggunakan sistem ini sepanjang masa. Kerana ada kalanya Chelsea juga akan tampil dengan sistem ultra offensive menolak dua wingback sama sama naik tinggi ke atas.

Ianya bergantung kepada lawan mereka dan situasi semasa.

Menentang Liverpool Chelsea tampil dengan pendekatan lebih defensif dan cuba melukakan Liverpool dengan Alonso.

Alonso salah seorang pemain yang paling bagus dalam diverting run. Salah satu sebab kenapa dia juga sangat efektif dalam sistem Conte satu ketika dahulu.

Alonso pemain yang bijak mencari ruang dalam kotak penalti. Berada di tempat yang tepat. Perkara ini adalah satu naluri bukannya perkara yang boleh dilatih.

OIeh sebab itu Alonso seringkali mendapat peluang menjaringkan gol kerana positioning dia dalam kotak penalti.

Off ball movement Alonso lebih bahaya daripada on the ball movement dia. Bahasa mudahnya, Alonso lebih bahaya ketika dia berlari tanpa bola berbanding dengan melarikan bola.

Pada separuh masa kedua, Alonso tidak dapat menggerakkan lebih banyak off ball running. Mungkin faktor keletihan?

Dia banyak menerima bola dari bawah dan melarikan bola itu. Ketika ini korang boleh nampak impak dia tidak begitu bagus.

Lalu Tuchel mulai mengarahkan James mengambil peranannya. Dan Liverpool sudah bersedia dengan mengarahkan Diaz sebagai pemain yang akan sentiasa merantai pergerakan James.

Diaz bagus sekali dalam membayangi gerakan James. Antara sebab kenapa Diaz kelihatan agak gugup pada awal perlawanan. Kerana dia diberikan nota taktikal tambahan dalam final sebesar ini. Dia tak begitu kenal dengan lawannya.

Rumusan

Taktikal Tuchel dengan wingback tak selari ini memang bahaya. Ianya memberikan banyak ancaman kepada Liverpool.

Malangnya Alonso dan Pulisic gagal menyempurnakan peluang mereka yang terhasil daripada corak taktikal ini.

Klopp sendiri mengarahkan pemain seperti Milner untuk masuk separuh masa kedua untuk cuba membendung sistem ini dengan lebih agresif dan fizikal.

 

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan