Cadiz semalam mengaplikasikan cara menghalang sepakan percuma Lionel Messi dengan membentuk dua lapisan benteng pertahanan.
Lionel Messi tanpa ragu, antara pelaksana sepakan percuma yang digeruni di Eropah. Pada ketika ini, Messi sudah menjaringkan 36 gol daripada sepakan percuma sejak 2013.
Dua kali ganda lebih tinggi daripada pemain kedua di belakangnya, Hakan Calhanoglu yang melakukan 18 gol daripada situasi sepakan percuma.
Mantap bukan?
18 – Since the start of the 2013/14 season, only Lionel Messi (36) has scored more direct free-kicks in all competitions than Hakan Calhanoglu (18) among players in the top-five European leagues in that time. Specialist. pic.twitter.com/Sujpp8jHtJ
— OptaJoe (@OptaJoe) December 3, 2020
Barcelona tewas mengejut 2-1 di tangan Cadiz. Di mana gol tunggal Barca sendiri adalah sumbangan own goal pemain lawan.
Cadiz mendahului seawal minit kelapan lagi. Dan gol kemenangan mereka hadir menerusi pemain veteran Alvaro Negredo yang menghukum blunder oleh Ter Stegen, hanya 44 saat selepas beliau dimasukkan.
No way Ter Stegen has done it again, barca fans need to learn not to come for Neuer😭😭 pic.twitter.com/6CcTNwHRbr
— mö (@ffzmo_) December 5, 2020
Cadiz mencipta satu sistem defensive wall berteraskan zonal marking untuk berdepan dengan sepakan percuma La Pulga ini.
Mereka mengarahkan kesemua pemain untuk bertahan di belakang bola.
Lapisan pertama adalah wall yang bisa kita tengok di mana para pemain berdiri rapat rapat.
Sementara di belakang wall utama itu ada satu lagi lapisan pertahanan yang berdiri kira 2 meter antara mereka.
Dua pemain berada di tiang gol serta seorang lagi berada di tepi wall utama.
Triple barriers wall
Ini adalah anatominya.
Secara asasnya ia adalah triple barriers defensive wall. Di mana barrier pertama adalah garisan A dan B.
Lapisan kedua adana C
Dan ketiga adalah D dan E.
Wall utama (A) adalah untuk menghalang bola daripada terus ke sudut sukar penjaga gol.
Sementara B pula untuk menghalang lencongan mendatar ataupun untuk menghalang permainan permainan kombinasi yang mungkin wujud. Pemain B boleh melakukan pressure terus ke hadapan juga Messi tidak melakukan direct free kick.
Sementara bagi lapisan C pula, pemain berada dalam zonal marking. Untuk menghadang sama ada bola rendah ataupun memenangi bola kedua jika berlaku situasi itu
Sebelum ini Sevilla menggunakan taktik seperti ini untuk menghadang bola rendah:
Namun Cadiz menggunakan zonal marking 4 pemain.
Dua pemain di tiang gol pastinya untuk menghadang rembatan yang menuju ke sudut gol.
Kontra kepada taktikal bertahan seperti ini pastinya situasi kelam kabut akan mudah wujud dengan pemain terlalu ramai terutama sekali kepada penjaga gol yang mungkin akan bertembung dengan dua pertahanan di kiri dan kanan tiang. Jadi sangat perlu untuk pemain fokus dan berkomunikasi secara telepathic.
Namun dalam aksi ini, Cadiz boleh dikataka melakukan tugas mereka denganb baik sekali.
Ini bukan pertama kali pasukan La Liga menggunakan sistem zonal marking dengan dua lapisan wall itu. Sebelum ini Real Sociedad pernah melakukannya.
Di mana mereka meletakkan kesemua pemain di belakang bola.
Curious La Real setup to defend Messi free kick pic.twitter.com/whBKUilMBd
— Samuel Marsden (@samuelmarsden) March 7, 2020
Dalam aksi berdepan Alaves, para pemain Barcelona cuba memberikan tekanan kepada pemain yang mengenakan zonal marking ini.
Ini adalah satu lagi contoh daripada perlawanan yang sama, di mana Messi mendapat satu lagi peluang sepakan percuma.
Cadiz menggunakan pendekatan yang sama:
@FCBarcelona when LEGEND was take a free kick. The opponent team will scare about that . If they have good goal let's keep free post why the goal keeper scared about messi shem on @Cadiz_CF i think you dont have good goal keeper 🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/8QsptkVoyO
— IBRAHIM IBR (@IBRAHIMIBR12) December 5, 2020
Rumusan
Bola sepak adalah sukan yang terus berevolusi. Kini defensive wall bukan sahaja defensive wall yang hanya berdiri dengan 4 ataupun lebih pemain di hadapan.
Namun ianya sudah menjadi salah satu aspek dalam analisis taktikal pasukan.
Satu perkembangan yang sangat baik.
Di mana pelaksana sepakan percuma selepas itu tidak akan menggunakan barriers selapis je di pusat latihan. Lebih banyak akan diperlukan.
Apa sahaja taktikal itu tidak akan menjamin ianya pasti menjadi untuk menghalang sesuatu ancaman. Namun itu bukan alasan untuk tidak mencuba inovasi baharu untuk mengurangkan impak.