Per Metesacker membentangkan analisis betapa menngerunkan pasukan Sepanyol pada fasa serangan balas serta counterpressing pasukan Sepanyol.
Mereka memiliki ramai pemain laju dan pemain muda yang bertenaga. Mereka membentuk unit dengan sangat cepat untuk memenuhkan [overloading] kotak penalti. Dia mengambil contoh gol Rodri ketika menentang Georgia.
Dalam analisisnya, Mertesacker menggariskan tentang larian progresif yang dibuat oleh Nico Williams dan sokongan yang hadir daripada pemain lain pada fasa menyerang.
Dalam sekelip mata mereka menghantar 5 pemain ke final third. Dan kemudian melakukan counterpressing untuk memenangi bola.
Ketika pasukan lawan cuba menyerang balas mereka, counterpressing ini berfungsi untuk memenangi semula bola di zon tinggi dan mencetuskan gelombang serangan kedua yang lebih ramai dan pemain mara lebih tinggi ke serangan.
Terdapat 8 pemain di final third untuk berdepan dengan 10 pemain Georgia di belakang bola pada masa itu. Dan akhirnya mereka berjaya mencetak gol menerusi Rodri.
Mertesacker berkata: “Mereka sangat sangat laju pada fasa gerakan transisi dalam masa 25 saat. Mereka ada pemain yang luar biasa dalam situasi 1 lawan satu.
“Kita harus berjaga seperti nak mati berdepan dengan mereka yang mendominasi zon serangan dengan pendekatan mereka di dalam kotak penalti.”
@axello_tacts Mertesacker mengingatkan Jerman betapa bahayanya Sepanyol dalam transitional play dan counter-pressing. baca artikel di bio 🔗
Mertesacker memberikan amaran kepada Jerman tentang counterpressing dan serangan balas Sepanyol ini. Kerana selepas ini Jerman akan berdepan dengan Sepanyol.
Sepanjang Euro 2024 kali ini, Sepanyol menjadi pasukan yang konsisten beraksi cemerlang dalam kesemua aksi mereka.
Jerman pada satu ketika agak merosot tahap intensiti mereka di dalam permainan. Dan pastinya Julian Nagelsmann harus mencari formula terbaik untuk berdepan dengan Sepanyol yang sangat bertenaga.
Jerman dan Sepanyol antara dua pasukan pilihan untuk menjuarai Eur0 2024. Namun salah satu pasukan harus akur di peringkat suku akhir.
Adakah tuan rumah akan berjaya mara ke separuh akhir? Atau Sepanyol berjaya mengatasi cabaran sengit itu? Kedua duanya dalam proses untuk bangkit semula selepas kempen Piala Dunia yang tidak menggembirakan.
Kedua dua pasukan mempertaruhkan ramai bintang lama dan bakat baru luar biasa dalam skuad mereka.