Rakaman Lionel Messi “mengimbas” atau ‘scanning’ semasa Argentina menang 2-0 ke atas Poland pada hari Rabu telah menjadi viral. Rakaman itu menunjukkan betapa istimewanya pemain bintang Paris Saint-Germain itu.
Messi gagal menyempurnakan sepakan penalti separuh masa pertama yang dimenanginya sendiri. Wojciech Szczesny berjaya meneka dengan betul dan menyelamatkan bola sepakan Messi.
Namun begitu, walaupun dia gagal menjaringkan gol melakukan assist, pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu masih mempamerkan aksi menakjubkan termasuk menggelecek dengan skil luar biasa dan hantaran membelah pertahanan (killer pass) yang memukau.
Akauin Twitter @BeYourBest_pro telah menganalisis secara mendalam ciri lain permainan Messi. Mereka menghabiskan masa penuh 90 minit mengira dan mengkaji imbasan Messi.
Apakah itu scanning dalam bola sepak?
Pada asasnya, ia adalah apabila pemain meninjau dan memerhati keadaan sekeliling ketika mereka tidak mempunyai bola supaya mereka benar-benar menyedari persekitaran mereka.
Dan ketika menerima bola, mereka sudah ada gambaran tentang situasi di sekeliling mereka.
Arsene Wenger pernah menekankan bahawa aspek scanning adalah perbezaan penting yang membezakan pemain yang bagus dengan pemain berkelas dunia.
Beberapa tahun lalu, Guardiola pernah menjawab persoalan tentang kenapa Messi kelihatan malas dan tak banyak berlari di atas padang ketika off ball situation.
Lionel Messi antara pemain yang genius dalam bola sepak. Di sebalik rekod 7 Ballon mikiknya, pemain itu tetap tidak lari daripada kritikan.
Pernah beberapa kali dia dikritik kerana dianggap malas di atas padang. Hanya berjalan jalan dan melenggang.
Been watching Messi vids since he signed a 2yr deal to play with Paris St. Germain (up to $75m/year).
Messi is known for walking leisurely on the pitch. Many think it's to conserve energy. There's a more strategic reason and it's the epitome of "work smart, not hard."
THREAD🧵 pic.twitter.com/UwimRxLHkR
— Trung Phan (@TrungTPhan) August 19, 2021
Adakah ianya membuktikan bahawa Messi memang pemain yang malas? Sebenarnya andaian itu tak tepat
Seorang penganalisis bebas telah menjelaskan kelakuan Messi tersebut. Di mana analisis tersebut menyatakan bahawa Messi berjalan di atas padang bukan kerana dia malas.
Pertama, ia adalah salah satu caranya untuk menjimatkan tenaga di atas padang. Dan, kedua ianya berkaitan dengan fungsi kecerdasan taktikalnya.
Pep Guardiola sebenarnya pernah menejlaskan perkara tersebut. Ketika Messi sedang berjalan jalan seperti tengah mencari kasut di Pavilion, dia sebenarnya turut memerhatikan pergerakan lawan, arah bola, dan celah-celah yang boleh ditembusi.
Ini dipanggil scanning. Aspek permainan yang sangat penting yang dalam setiap pemain bola sepak profesional.
Scanning
Arsene Wenger pernah menjelaskan bahawa seorang pemain yang bagus akan melakukan scanning secara purata 7 hingga 8 kali dalam seminit.
Mereka sentiasa mengimbas keadaan di sekeliling seperti komputer berdasarkan persepsi, pengalaman, dan juga untuk membuat langkah seterusnya iaitu membuat keputusan.
Wenger juga menambah, pemain yang bagus akan mengimbas untuk mendapatkan seberapa banyak informasi ke dalam diri mereka. Informasi tersebut adalah yang berkualiti dan boleh memberikan manfaat.
Scanning dan pembangunan bakat muda
Scanning seharusnya menjadi salah satu silibus penting dalam pembangunan bakat muda.
Wenger sendiri menyatakan perkara ini boleh dibentuk. Namun kena dibuat pada peringkat akal umbi.
Wenger berkata: “Masalah besar dalam bola sepak apabila kamu belajar perkara yang salah. Bola sepak sepatutnya diajar melalui proses: Pertamanya, eksekusi; kemudiannya, keputusan yang mahu diambil: dan ketiha adaah persepsi.”
“Saya hilang ramai pemain muda [bakat gagal menjadi pemain berkualiti], kerana kepala mereka hanya melihat bola dan tidak ‘melihat’ apa yang di sekitar mereka.”
“Pemain yang hebat, mereka mampu bekerja dengan memisahkan otak mereka dengan bola. Kepala mereka seperti radar.”
“Apabila ada satu litar yang sudah mencetak data di dalam kepala mereka, sangat sukar untuk mengubah mereka selepas itu.”
“Namun saya tak galakkan kita membentuk otak [pemikiran] untuk mereka yang masih pada usia masih kanak-kanak. Ini kerana pada usia 5 – 12 tahun adalah tahun untuk para pemain belajar tentang penyudah [execution] yang betul.”
Analisis Dr. Geir Jordet
Arsene Wenger bekerjasama dengan Dr. Geir Jordet di Sekolah Sains Sukan Norway. Jordet memiliki tesis master dan juga pemegang PHD dalam subjek peranan dan visi [vision] dalam sukan.
Beliau juga pakar dalam kajian persespsi dan antispasi oleh atlet. Beliau menganalisis sekurang-kurangnya 250 pemain. Mengkaji apa yang mereka lakukan sebelum menerima bola.
Kajian beliau mendapati pemain seperti Steven Gerrard adalah sangat luar biasa dengan melakukan 0.61 carian (searches) dalam setiap saat. Namun Frank Lampard lebih baik dengan 0.62 carian dalam sesaat.
Buat masa ini, paling tinggi dalam kajian Dr. Geir Jordet ialah Xavi dengan 0.83 carian sesaat.
Menariknya pada 2011, Xavi pernah memberitahu wartawan: “Saya adalah pemain yang sentiasa mencari-cari di dalam padang.”
Jordet membahagikan 118 pemain tengah dan penyerang kepada 3 kumpulan kekerapan pengimbasan:
1. Pengimbas tinggi
2. Pengimbas medium
3. Pengimbas rendah
Pemain daripada kumpulan 1 (tinggi) melakukan purata 81% hantaran tepat berbanding hanya 64% untuk kumpulan 3 [rendah].
Kajian kedua pula, berdasarkan 55 pemain high scanner, mereka melakukan 75% hantaran ke hadapan yang tepat berbanding hanya 41% untuk yang jnis low scanners.
Jordet memberikan contoh, aksi Lampard menentang Blackburn 2009 sebagai aksi ‘scanning’ terbaik dalam fail kajian beiau. Lampard menoleh ke pelbagai sudut sebanyak 10 kali dalam masa 7 saat sebelum menerima bola.
Lihat di sini:
Beliau kemudian memperdaya beberapa pemain dengan mudah kerana sudah ‘melihat’ apa tindakan yang akan dilakukan para pemain itu ketika proses ‘scanning’. Jordet menggelar aksi Lampard ini sebagai definisi kepada pemain yang ada deria ke-6.
Messi dan scanning
La Pulga yang dituduh suka melenggang sebenarnya sedang memikirkan tentang menentukan cara paling sesuai untuk memecah masuk ke gawang lawan. Jelas sekali, apabila dia mendapat bola, sukar untuk menghalangnya. Kerana dia sudah ‘mapping’ benda tersebut dalam kepala otaknya.
🇦🇷 Lionel Messi en la Finalísima.
¿La magia? No tiene fin con él. pic.twitter.com/Lxjr3kZn2q— Luciana⚽️ (@LuliAriasL) June 7, 2022
Analisis itu ternyata selari dengan komen Pep Guardiola beberapa tahun lalu dalam dokumentari mengenai Messi di Amazon Prime.
“Dia tidak berlari. Tetapi dia sentiasa melihat apa yang berlaku. Dia melihat di mana titik lemah berada di bahagian belakang empat. Selepas lima atau 10 minit melakukan itu dia mempunyai peta di matanya untuk mengetahui dengan tepat di mana jurang itu, ” kata jurulatih Manchester City itu.
“Ia seperti berada di dalam hutan, dan saya perlu bertahan. Dia tahu di mana dia harus berada dan berpindah untuk memastikan dia dapat menyerang mangsanya dengan lebih bahaya.”
Jadi jelaslah bahawa Messi adalah pemain yang suka scanning lawannya. Ada sesetengah pemain memang mereka harus dikecualikan daripada tugasan bertahan sepanjang masa.
Messi creates spaces for his teammates just by standing still 🙂 pic.twitter.com/Z8vSTvKIuH
— Captn (@CaptnGuardiola) January 31, 2019
Messi vs Poland (Piala Dunia 2022)
Ketika menentang Poland, Messi melakukan imbasan sebanyak 680 kali. Bermakna dia memikiki ratio kekerapan imbasan yang mengejutkan semua iaitu sebanyak 0.38.
Secara purata, penyerang Liga Perdana Inggeris mempunyai kekerapan imbasan 0.28 – dengan Messi 35.7% lebih baik daripada itu.
Dia juga menyempurnakan 21 “imbasan kritikal” – ini bermakna pada saat terakhir sebelum bola berada diterimanya – dengan meminta bola dimainkan kepadanya 73 kali
Saksikan video ini:
Scan Frequency: 0.38
Messi's had a scan frequency of 0.38 last night. That means in the last 10 seconds before receiving the ball he made 0.38 scans per second. How does that compare to other players? 3/9 pic.twitter.com/jb9rngv5lO
— Be Your Best (@BeYourBest_pro) December 1, 2022
Ini adalah imbasan saat kritikal:
Critical Scans
The critical scan is the last scan a player makes as the ball is travelling towards them. In last night's game, Messi received the ball 73 times, making a critical scan on 21 occasions – 28% of the time. 6/9 pic.twitter.com/Q6TtdsG2j6
— Be Your Best (@BeYourBest_pro) December 1, 2022