Analisis: Patrick Dorgu Ball Progressor Wingback Baharu Amorim

Manchester United menandatangani pemain pertama di bawah era Ruben Amorim. Dan pemain tersebut ialah Patrick Dorgu yang dibeli dari Leece.

Dorgu baru berusia 20 tahun. Dan dia setuju kontrak sehingga 2030 di Manchester United dengan tambahan pilihan setahun lagi.

Latar belakang

Dorgu merupakan produk akademi of FC Nordsjaelland, yang melahirkan bakat seperti Mohammed Kudus, Kamaldeen Sulemana, Simon Adingra dam Ibrahim Osman.

Dorgu lahir di Copenhagen dari keluarga berbangsa Nigeria. Di mana keluarganya sangat aktif bersukan. Abangnya, Gabriel dan Ifenna bermain bola sepak di Denmark dan Itali. Sementara kakaknya bermain bola baling.

Dikesan kelab Itali

Dorgu menunjukkan pembangunan luar biasa sejak dipantau oleh Leece pada 2022. Ketika itu dia masih lagi di akademi Nordsjaelland.

Dia kemudian menyertai skuad B-19 Lecce. Dan tidakk lama selepas itu terus diserap masuk ke dalam pasukan senior. Dorgu menjadi pemain senior sepenuhnya pada musim 2023/24 di bawah kendalian Roberto D’Aversa.

Pengurus itu kagum dengan gaya permainan serba boleh pemainn iitu.

Jadi di mana Dorgu akan bermain di United? Dia adalah pemain yang bermain di bek kiri ketika di Lecce. Dia bermain 24 kali sebagai bek kiri dan 11 kali sebagai bek sayap kiri.

Bek sayap kiri

Amorim mencari bek sayap yang sesuai dengan taktikalnya. Jadi Dorgu dianggap pilihan terbaik ketika ini. Dia juga bermain di posisi sayap kiri dan boleh bermain di bek kanan jika dalam keadaan darurat.

Pada musim lalu, dia bermain 32 perlawanan liga termasuk 17 kali sebagai kesebelasan utama dan menjaringkan 2 gol. Musim ini dia sudah menjaringkan 3 gol dan 1 assist dalam Serie A.

Salah satu aset utama Dorgu adalah kemampuan menggerakkan bola dari bawah ke atas. Dia juga sangat tenang menerima bola di zon serangan.

Dia tipikal pemain ball progressor dan pada masa yang sama memiliki kekuatan untuk berlari turun bertahan mengejar pemain lawan.

Dorgu menjadi pemain paling tinggi jelajahan dalam padang untuk Lecce musim lalu.

Dorgu seorang pemain yang sangat suka melakukan percubaan dan mencipta peluang di zon serangan. Dia sudah melakukan 17 percubaan dan 10 ciptaan peluang musim ini. Paling tinggi di kalangan pemain tengah Leece. Dia juga melakukan 36 percubaan daripada permainan terbuka secara keseluruhan. Bermakna dia melakukan 1.76 percubaan per 90 minit. Dalam ranking ke-35 tertinggi dalam Serie A musim ini.

Ball progressor

Menurut laporan taktikal oleh Ninad Barbadikar: “Salah satu kekuatan utama Dorgu, pemain ini sangat selesa dengan kedua dua kakinya. Musim ini di bawah kendalian Marco Giampaolo dia juga kerap bermain sebagai pemain sayap kanan. Ini membolehkan dia memintas ke dalam / cut inside untuk melakukan percubaan.”

Secara keseluruhan, pemain ini boleh bermain banyak posisi. Dan dia sangat seimbang dari segi serangan dan pertahahanan, tegas Alexander Riget yang merupakan Pengarah Sukan Nordsjaelland, yang sebelum ini mengetuai proses memantau bakat Dorgu sejak dia berusia 12 tahun.

“Dia sangat teknikal dalam zon kecil, sangat sukar menekannya kerana dia sangat tenang dan sangat bagus di ruang sempit. Dia seorang penggelecek yang bagus juga, dan sudah menjadi cap dagangnya untuk melarikan bola jauh daripada lawannya,” tegas Riget lagi.

Dorgu kini boleh menjadi pemain penting Amorim dalam sisten 3-4-3. Dia sebelum ini mengakui menjadikan Eden Hazard sebagai idolanya.