Ramai yang beranggapan bahawa penentuan penalti itu adalah jackpot.
Namun sebenarnya, ada beberapa faktor yang mempengaruhi penalti sesuatu pasukan.
Dalam aksi antara Malaysia dan Tajikistan, sebenarnya Tajikistan mempersiapkan diri dengan lebih baik dari segi persiapan mental.
Baiklah, dalam penentuan tersebut, tiada penalti yang dianggap perfect penalty dilakukan kedua dua pasukan. Bermakna kesemua bola yang dilakukan pemain pemain Tajikistan dan Malaysia adalah ‘savable’ ataupun boleh diselamatkan.
Penalti sempurna merujuk kepada penalti yang ditembak pada 2 top corner di tiang gol. Dalam penalti kali ini korang boleh saksikan di sini.
Hijau adalah gol, merah adalah tak masuk.
Dari segi ketepatan, Tajikistan adalah lebih baik. Kerana Malaysia melakukan 1 percubaan terkena palang/tiang. Dikira off target. Sudah 1 percubaan terbazir. Sementara Tajikistan melakukan 4 penalti pada kedudukan on target. 3 daripadanya masuk.
Dari segi ratio, ratio ketepatan Malaysia adalah 66.66% berbanding 100% ketepatan oleh pasukan lawan.
Kita lihat dari segi persiapan, penganalisis penalti terkemuka Geir Jordet menyatakan bahawa persiapan awal sangat penting. Dalam kes ini, Tajikistan awal awal sudah melakukan team huddles kerana mereka sudah tahu senarai penyepak penalti mereka.
Sementara Kim Pan Gon kelihatan hanya menentukan taker beliau sebelum sepak mula. Saksikan di sini:
Perbezaan ini pernah berlaku ketika aksi penentuan penalti antara Liverpool dan Chelsea sebelum ini:
Permainan minda penjaga gol Tajikistan
Dia beberapa kali melengahkan pengadil daripada meniup wisel penalti kepada pemain pemain Malaysia. Yang sebenarnya turut menganggu sedikit fokus para pemain.
Malah ketika melintasi Syihan Hazmi dia sempat cuba menganggu fokus pemain itu dengan melintasi Syihan yang sedang cuba memberikan fokunsya.
Seterusnya, Safawi Rasid mungkin tahu bahawa helah itu harus dilawan. Dan dia cuba melawan perang saraf itu. Safawi dan Yatimov sempat bertukar tukar menyerahkan bola.
Malangnya, Pawi tak dapat skor pula lepas tu. Kerana penjaga gol itu ternyata tak kalah dalam pertarungan perang saraf itu. Sebaliknya fokus Pawi pulak yang teralih. Safawi mengorbankan accuracynya dan fokus kepada kekuatan dalam sepakan kerana dia merasai tekanan daripada situasi ini.
Ketika Nazmi Faiz mengambil sepakan kedua Malaysia, Yatimov melengahkan pemain itu daripada terus mengambil sepakan.
Dan jelas sekali dia berjaya sekali lagi dalam menghadang bola Nazmi Faiz selepas menepis bola Dion Cools.
Mungkin karakter dua penjaga gol ini sangat berbeza. Syihan terlalu fairplay. Malah siap memeluk Yatimov setiap kali penjaga gol itu berjaya menyelamatkan bola.
Seterusnya dari segi masa yang diambil. Ianya berkaitan dengan kecepatan pemain bertindak selepas wisel ditiup. Jadi, ada alasan tersendiri kenapa ramai penjaga gol suka melengahkan sepakan penalti lawan mereka.
Dalam aksi final, biasanya pemain perlu lebih cepat bertindak. Ianya berkaitan dengan faktor membuang tekanan secara segera.
Quick preparation (ball placement/reaction to whistle) associated with fewer goals. Grounded and composed is smarter. However, short wait (for the referee's signal) is linked to more goals, suggesting goalkeepers are wise to delay the referee. (8/13) https://t.co/MkSvQB375y pic.twitter.com/UI1k9L35PM
— Geir Jordet (@GeirJordet) July 6, 2021
Ada ramai penjaga gol akan membantu rakan mereka untuk menyerahkan atau meletakkan bola di titik penalti untuk mengelak ada gangguan ketika meletakkan bola ketika final menentang Chelsea. Kerana Mendy terkenal dengan reputasinya suka bermain perang saraf dengan lawannya ketika penentuan penalti.
Alisson Becker completely denied Chelsea's Mendy any chance to repeat his AFCON penalty shootout antics by grabbing the ball after facing each Chelsea penalty taker to hand the ball to each Liverpool penalty taker and calm them. Great thinking, Alisson! YNWA. pic.twitter.com/RMVbgh9d1x
— Azri Ahmadᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠ (@AzriAhmad9696) May 15, 2022
Jika dalam perlawanan sebenar ramai pemain akan shield rakan mereka daripada gangguan penjaga gol. Misalnya Azpilicueta pernah mengelirukan lawannya dengan menerima permainan psiko keeper lawan. Padahal yang ambil penalti itu pemain lain.
Chelsea's sneaky penalty tactic 👇
1. Azpilicueta picks up the ball to giving the impression he is the PK taker
2. Palmeiras players harass him in an attempt to distract him
3. In the last second he hands the ball over to Havertz
4. Havertz converts the penH/T: @GeirJordet pic.twitter.com/Wek7HZqSMX
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) February 13, 2022
Baiklah. Bercerita tentang masa yang diambil oleh Malaysia dan Tajikistan. Geir Jordet menjelaskan analisisnya tentang penalti Marcus Rashford ketika England kalah Euro. Di mana pemain itu mengambil masa 11 saat daripada wisel.
Analisis Penalti 11 Saat Rashford oleh Geir Jordet
11 saat. Itulah masa yang diambil Marcus Rashford. Tidak ada pemain yang pernah berdiri begitu lama sebelum tendangan penalti dalam kejohanan besar dilakukan (selama 45 tahun)!
Masa apakah yang dihabiskan setelah wisel pengadil — adakah itu merujuk kepada prestasi di bawah tekanan?
Dari segi sejarah, kecepatan mengambil penalti boleh dikaitkan dengan usaha untuk melepaskan tekanan dan meluru untuk mendapatkan hasil sepakan yang berkualti. Dalam 3 penentuan penalti sebelum perlawanan final dalam Euro kali ini: Pemain yang mengambil masa lebih lama akan menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain yang sebaliknya.
Namun dalam aksi final antara Itali dan England ianya terbalik! Di mana pemain pemain yang miss adalah lebih banyak mengambil masa selepas wisel ditiup oleh pengadil.
Ianya jelas sekali menunjukkan bahawa, di final, pemain yang lebih cepat mengambil penalti mencatatkan peratusan kejayaan lebih tinggi.
Jadi apa yang telah mengubah pola ini?
Pemain yang menjaringkan gol mengambil masa 2.5 saat secara purata. Harry Kane mengambil masa 5 saat manakala Harry Maguire 4.5 saat – dua pemain ini merupakan pemain paling lama mengambil masa dari kalangan pemain yang menjaringkan gol.
Seterusnya untuk mereka yang gagal pula, Rashford mengambil 11 saat, Belotti 7 saat — menjadikan mereka berdua sebagai pemain paling lama mengambil masa selepas wisel.
Rashford merupakan pemain yang sentiasa mengambil masa lama untuk melakukan sepakan penalti. Beliau melakukan 12 penalti menjelang Euro dan menjaringkan 10 daripadanya. Dia melakukan purata sekitar 5.7 saat. Paling cepat 3 saat dan paling lambat 8 saat.
Final tekanan berbeza
Namun dalam aksi final adalah yang paling lama dengan 11 saat. Itu rekod dunia yang baru! Kenapa dia menunggu begitu lama?
Satu jawapannya adalah TEKANAN! Tekanan final. 55 tahun penantian yang menyakitkan. Di Wembley! Dimasukkan sangat lewat dalam perlawanan. Di mana Alan Shearer sendiri menyatakan bahawa Southgate memberikan tekanan tambahan yang tidak sepatutnya kepada Rashford dan Sancho.
Rashford terlalu banyak mengambil masa untuk membuang tekanan sehingga menjadi overthinking!
Di mana dia sukar mendapat tempat dalam perlawanan sebelum ini. Dia mungkin berkata dalam hati: “Penalti ini mungkin satu satunya perkara yang orang nak saya sumbangkan kepada pasukan ini.”
Rakan dia yang lain sudah melakukan tugasan mereka sebelum ini [mara sehingga ke final. Ini termasuk contohnya, Pickford yang menyelamatkan penalti Jorginho untuk menafikan kemenangan Itali lebih awal]. Sekarang bergantung kepada Rashford, sama ada beliau akan memastikan semua orang akan mendapat habuan atas usaha mereka.
Ini mungkin sepakan paling penting dalam hidup Rashford. Dia tahu ada sesuatu yang kurang menyenangkan iaitu tekanan. Dia mengambil masa untuk menyerap tekanan tersebut. Ketika melakukan larian, dia mahu membuang tekanan itu, dan malangnya dia tidak mendapat hasil yang dia mahukan.
Malaysia v Tajikiskan
Kita berpegang kepada analisis Geir Jordet menyatakan purata masa terbaik pemain menjaringkan gol dalam penentuan penalti final adalah sekitar 2.5 saat.
Penalti pertama Tajikistan adalah dalam jarak 2.45 saat daripada wisel. Namun mudah diselamatkan kerana panenka yang lemah.
Kemudian Dion Cools jelas mengambil masa agak lama untuk melakukan sepakan selepas wisel. Dia hanya melakukan shot selepas 5.95 saat daripada wisel. Hasilnya, bola dia diselamatkan.
Vakhdat Konanov kemudian tampil sebagai second taker. Dan dia mengambil masa agak lama. Paling lama antara pemain Tajikistan. Dia mengambil masa 4.86 saat daripada wisel dan bolanya menuju ke kanan terus masuk.
Nazmi Faiz tampil untuk sepakan ketiga. Yatimov melengahkan sepakan penalti Nazmi untuk beberapa saat dan kononnya dia tidak melakukan apa apa kesalahan. Nazmi mengambil masa 4.89 saat selepas wisel dan bolanya diselamatkan.
Tursunov tampil sebagai penyepak ketiga untuk Tajikistan. Dan dia hanya mengambil masa 2.45 saat. Masuk.
Safawi Rasid tampi sebagai penyepak keempat untuk Malaysia. Dan dia diganggu dengan psywar Yatimov. Safawi membeli psywar itu. Dan mungkin harus memikirkan untuk fokus kepada bola dan membeli psywar itu selepas penalti. Misalnya ini:
Virgil Van Dijk called Kepa's bluff and then stared him down 🥶
(via @LFC)pic.twitter.com/dkHXsr32YM
— B/R Football (@brfootball) February 28, 2022
Safawi mengambil masa 3.85 saat untuk menyepak selepas wisel dan terkena palang. Pawi menekankan aspek shot power berbanding accuracy.
Pemain keempat Tajikistan memastikan kemenangan milik mereka dnegan mengambil masa 2.63 saat terus masuk.
Purata masa diambil 3 pemain Malaysia mengambil penalti adalah 4.90 saat. Manakala Tajikistan pula cuma 3.01 saat.
Mengambil kira analisis Jordet, Tajikistan berada pada kedudukan hampir dengan 2.5 saat. Malaysia jauh lewat.
Tekanan lain
Dalam satu kajian menyebut pasukan pertama yang memulakan penalti akan beroleh kelebihan mental jika mereka menjaringkan gol dahulu. Kerana ianya akan membuatkan pasukan lawan berada dalam kedudukan mesti menjaringkan gol.
Tetapi selepas kegagalan Tajikistan pada penalti pertama, Malaysia seharusnya lebih tenang berada dalam tekanan untuk menang berbanding tekanan akan kalah.
Maksud di sini: Tekanan akan kalah kalau tak skor untuk penalti berikutnya adalah, tekanan yang dihadapi pasukan yang gagal skor dan memberikan kelebihan kepada lawan mendahului.
Tetapi Cools terkesan dengan tekanan daripada penjaga gol dan dia membuang kelebihan itu.
Selepas Tajikistan mendapat semula kelebihan mereka, Malaysia pula gagal menyamakan kedudukan. Jadi ianya meletakkan:
Tajikistan dalam tekanan untuk menang. Di mana peratusan penalti akan masuk adalah 92%. Berbanding hanya 62% untuk pemain yang berada dalam tekanan akan kalah jika tak skor.
Oleh sebab itu Rashford sebelum ini dilabel overthinking kerana dia seharusnya memikirkan soal tekanan positif iaitu untuk menang.
Tekanan jelas terpancar pada wajah Safawi Rasid yang biasanya sangat boleh harap untuk mana mana tugasan bola mati.
Rumusan
Banyak yang kita boleh pelajari daripada perlawanan ini. Penalti adalah berkaitan dengan teknik. Dan dari segi teknik, tiada masalah daripada pemain pemain kita. Cuma bezanya pada tekanan.
Dan perbezaan kecil itu sangat besar maknanya. Penjaga gol Tajikistan bukanlah bermain psywar terlalu teruk seperti mana Emi Martinez ketika membantu Argentina memenagi Copa America:
Atau dancing keeper dari Australia ini:
Namun ia sudah cukup dalam perlawanan ini.
[VIDEO] Pemain Ini Menganjing ‘Dancing Keeper’ Akhirnya Mendapat Malu, Pasukkannya Tersingkir
Apa yang pasti, Kim Pan Gon dan kejururulatihannya mungkin boleh menggunakan kesempatan penentuan penalti ini untuk masa hadapan. Kerana fokus utama minggu antarabangsa ini adalah aksi 90 minit. Di mana Malaysia berjaya bermain baik berdepan pasukan ranking lebih tinggi.