Analisis Penuh Skuad Piala Eropah England: Muda, Berbakat Dan Seimbang

Pasukan Eropah sedang berada di minggu terakhir menjelang sepak mula kejohanan Piala Eropah yang akan berlangsung pada hujung minggu hadapan.

England akan bertemu Austria dan Romania dalam persiapan akhirnya. Gareth Southgate telah mengesahkan senarai 26 pemain yang akan membawa cabaran negaranya pada edisi kali ini.

Bagaimanapun senarai ini masih boleh diubah jika mempunyai sebab yang dibenarkan seperti cedera atau kena Covid. Jika berlaku pertukaran, nama yang dikeluarkan tidak boleh disenaraikan semula.

Selepas sepak mula bermula, tiada lagi pertukaran pemain dibenarkan.

Aaron Ramsdale (G), Ben Godfrey (D), Ben White (D), Jesse Lingard (M), James Ward-Prowse (M), Mason Greenwood (F) dan Ollie Watkins (F) antara 7 nama yang digugurkan oleh Southgate.

GARISAN BAWAH

Keputusan Southgate memilih 3 penjaga gol tidak terlalu sukar. Tiada penjaga gol lain pernah digunakan Southgate sejak 3 tahun lepas melainkan Jordan Pickford dan Nick Pope.

Southgate mengekalkan Pickford dan memberi peluang kepada penjaga utama West Brom, Samuel Johnstone. Dean Henderson yang tampil 13 kali di Liga Perdana melengkapkan senarai.

*Jordan Pickford (Everton), Dean Henderson (Man Utd) dan Sam Jonstone (WBA)

Cerita yang paling mendapat perhatian dunia termasuk di Malaysia tentang 4 nama pertahanan kanan. Southgate menyenaraikan John Stones, Trent Alexander-Arnold, Kieren Trippier dan Reece James.

Kecuali Arnold kesemua adalah pertahanan kanan pasukan juara. Sebenarnya ia bukanlah satu isu besar kerana Walker lebih kerap digunakan sebagai pertahanan tengah oleh pengurus itu.

Walker dijangka akan kekal berada diposisi itu disamping bakinya akan menjadi pilihan untuk mengisi tempat di pertahanan sisi.

Pada awalnya nama Alexander-Arnold diramalkan akan dikeluarkan, namun Southgate mengekalkannya dan ianya wajar.

Walaupun Liverpool tidak mempunyai musim baik, Alexander-Arnold tetap menjadi pilihan baik kepada Southgate.

Alexander-Arnold menyahut cabaran melalui twitter ‘sentiasa percaya pada diri anda. Tutup mulut yang ragu-ragu’

Pemain berusia 21 tahun ini menyumbang 2 gol dan 7 bantuan di Liga Perdana, satu angka lebih baik dari 5 lagi nama pertahanan sisi yang dipanggil.

*Kieran Trippier (Atl.Madrid), Alexander-Arnold (Liverpool) dan Reece James (Chelsea)

Sumbangan Ben Chilwell sepanjang musim di Chelsea meletakkan pemain ini pilihan utama dibahagian pertahanan kiri. 3 gol dan 5 bantuan juga angka yang baik bagi pemain pertahanan sisi.

Bukayo Saka juga mempunyai statistik sama dan dia bersama Luke Shaw, pemain yang menyingkiran Alex Telles di Manchester United untuk menjadi pemain utama kelab.

Shaw terlibat dalam 32 perlawanan liga dan juga mempunyai statistik bantuan jaringan yang baik iaitu 5. Saka lebih berkemampuan menjaringkan gol jika berada di defensive midfielder left.

*Ben Chilwell (Chelsea), Luke Shaw (Man United) dan Bukayo Saka (Arsenal)

Jika ditambah nama Walker, Southgate mempunyai 5 pertahanan tengah. Memadai buat pengurus tersebut mahu bermain dengan sistem pertahanan bertiga atau berempat.

Bermula tahun ini Southgate kembali mengunakan pertahanan berempat, kembali kepada apa yang dilakukannya pada 2 tahun lepas.

Sistem pertahanan bertiga tidak terlalu berjaya terutamanya sepanjang perlawanan UEFA Nation League yang dihadapi England. Namun sistem ini masih releven apabila bertemu pasukan kuat.

Harry Maguire akan terus mengemudi garisan akhir pasukan, Southgate kerap menggunakan Stones untuk mengatasi ketiadaan Michael Keane.

Tyrone Mings dan Conor Coady masing-masing tampil sekali dalam 3 perlawanan kelayakan Piala Dunia lepas. Walker pula menjadi option 2 posisi.

*Harry Maguire (Man United), John Stones (Man City), Conor Coady (Wolves), Tyrone Mings (A.Villa) dan Kyle Walker (Man City)

GARISAN TENGAH

Apa yang kita jangka tentang formasi Southgate di Piala Eropah?

Dalam 3 perlawanan terakhir Southgate menggunakan sistem kebiasaan dunia iaitu 4-3-3.

Atas sebab itu England perlukan lebih pilihan di bahagian tengah. 6 nama dalam senarai 26 pemain merupakan pemain tengah. Ia cukup seimbang untuk melakukan pilihan kesebelasan utamanya nanti.

Declan Rice dan Kalvin Phillips merupakan pilihan defensive midfielder. Mason Mount dan Phil Foden, 2 pemain muda berbakat England merupakan attacking midfielder dan Jordan Henderson berada diantara 2 fungsi ini.

Cerita yang mencuri tumpuan adalah tentang Juke Bellingham. Selepas Jadon Sancho, Borrusia Dortmund sekali lagi melahirkan pemain muda berbakat kelahiran England.

Bellingham baharu sahaja berusia 17 tahun. Bellingham telah diuji oleh Southgate dalam 1 perlawanan kelayakan Piala Dunia lepas.

Pemain ini tampil 29 kali dalam saingan Bundesliga mengumpul 4 gol dan bantuan jaringan.

*Declan Rice (West Ham), Kalvin Phillips (Leeds), Jordan Henderson (Liverpool), Mason Mount (Chelsea), Phil Foden (Man City) dan Jude Bellingham (Dortmund)

GARISAN ATAS

Sejak 2 musim kebelangan ini England mempunyai beberapa center forward yang menunjukkan prestasi cemerlang di liga.

Nama seperti Ollie Watkins, Patrick Bamford dan Danny Ings seperti layak berada dalam skuad Southgate.

Namun Southgate hanya mahukan 2 center forward. Dominic Calvert-Lewin yang mencetak 16 gol liga menjadi pilihan untuk bersama Harry Kane.

Pada tahun lalu, Kane tidak menjaringkan sebarang gol untuk England tetapi penyerang berusia 27 tahun ini menyumbang 37 gol dan bantuan dalam 35 perlawanan domestik musim ini.

Sentuhannya bersama England kembali apabila merakam 3 gol dan bantuan ketika bertemu Albania dan Poland. Ia berlaku pada 2 perlawanan terakhir England.

Raheem Sterling, Jadon Sancho dan Marcus Rashford adalah nama yang tidak diragui kemampuannya untuk beroperasi di sisi Kane.

Southgate terus memberi ganjaran kepada prestasi Jack Grealish melalui kreativinya bersama Aston Villa. Kombinasi 4 pemain ini menghasilkan 71 gol dan bantuan sepanjang kempen liga berlansung.

*Raheem Sterling (Man City), Marcus Rashford (Man United), Jadon Sancho (Dortmund), Jack Grealish (Aston Villa)

*Harry Kane (Tottenham), Calvert-Lewin (Everton)

RUMUSAN

England bukanlah sebuah pasukan pilihan kuat pada setiap kejohanan besar. Bagaimanapun, pasukan ini mempunyai populariti tinggi kerana produknya iaitu Liga Perdana Inggeris.

Sejak 3 tahun lepas England tiada masalah jika bertemu pasukan sederhana dunia namun agak bergelut apabila menentang pasukan besar.

Mereka tewas kepada Belanda dalam perlawanan UEFA Nation League. Mereka berjaya mengatasi Belgium namun kembali tewas dengan pasukan sama pada November lepas.

Kekalahan yang mudah diingat mereka tewas kepada Denmark, sebelum itu mereka juga tumbang di tangan Republik Czezh.

Pada kejohanan kali ini England akan turun menentang Croatia kemudian Scotland dan Republik Czech. England hanya perlu menjadi lebih baik dari Scotland untuk layak ke pusingan kalah mati.

Skuad Southgate mempunyai 1 keistimewaan yang dipersetujui ramai peminat bola sepak.

Mereka mempunyai ramai pemain muda berbakat. Dalam skuad kali ini, 8 darinya boleh bermain dalam skuad B23. 13 pemain berada dalam umur B25. Hanya Walker dan Jordan Henderson berusia 30an.

Atas faktor ini, perlawanan England antara tontonan wajib bagi peminat bola sepak dunia.