Denmark 1 Belgium 2
Yussuf Poulsen m2; Kevin de Bruyne m55, 70
Denmark telah kehilangan pemain tunjang, Christian Eriksen yang mengejutkan para peminat pada perlawanan pertama dengan insiden serangan jantung.
Belgium juga kehilangan Timothy Castagne yang mengalami kecederaan dan perlu melupakan baki saingan.
Denmark lebih tertekan untuk mengutip mata selepas dikejutkan Finland 0-1, Belgium menang mudah menewaskan Rusia 3-0.
Kasper Hjulmand dan Roberto Martinez menggunakan formasi sama iaitu 343 (3421/3212) membolehkan pasukan meletakkan pemain 1 lwn 1 di setiap posisi.
FUNGSI DENAYER AGAK BAHAYA, KJAER JAGA LUKAKU SEPENUH MASA
Pada 30 minit pertama, Denmark lebih baik terutamanya ketika Belgium mahu membina permainan dari bawah.
Barisan atas Denmark yang dibarisi oleh Yussuf Poulsen, Martin Braithwaite dan Mikkel Damsgaard akan melakukan pressing kepada trio center back Belgium Toby Alderwired, Jason Denayer dan Jan Vertoghen.
Tekanan tersebut menyukarkan Belgium melakukan build up game dari bawah ketika rakannya Youri Tielemens dan Leander Dendoncker juga dijaga 1 vs 1 oleh Thomas Delaney dan Daniel Wass.
Sementara itu Belgium lebih mengamalkan zon marking ketika pasukannya tidak menguasai bola tanpa memberi tekanan kuat kepada back 3 Denmark.
Namun gol pembukaan Denmark lebih kepada serangan mengejut sebelum kedua-dua pasukan mendapat rentak permainan. Serangan bertali arus tersebut membuahkan hasil.
Kesilapan Jason Denayer yang membuat hantaran lemah kepada Tielemens dipintas oleh Pierre-Emile Højbjerg kemudian melorongkan kepada Poulsen dan dia melepaskan percubaan menewaskan Thibaut Courtois. (1-0)
Dalam tempoh 5 minit -awal permainan- Denmark berjaya melepaskan 3 percubaan berbahaya yang perlu diselamatkan oleh Courtuis.
Fungsi Denayer lebih bebas walaupun dia pemain yang berada di tengah antara Vertoghen dan Alderweired. Bergerak ke kiri, kanan dan lebih keatas ketika lawan melakukan serangan.
Ruang yang ditinggalkan menjadi titik bahaya ketika Denmark melakukan hantaran ke arah itu, dan ia menjadi antara masalah besar Belgium sepanjang babak pertama.
Berbeza dengan rakannya di Denmark, Simon Kjaer menjadi last man di backline dan sentiasa marking Romelu Lukaku.
Back 3 Denmark lebih fukos menjaga trio serangan Belgium dan wingback Denmark lebih kuat menjaga wingback Belgium ketika mereka diserang.
Tugas tersebut lebih mudah apabila Dries Merten, Yannick Carrasco dan Lukaku hanya bergerak dalam ruangnya sahaja.
Belgium menghadapi tugas sukar apabila Lukaku dijaga sepenuh masa oleh Kjaer disamping ruang dibelakang Denayer perlu diperbaiki kerana kerap tidak berada di tempat betul ketika mereka diserang.
45 minit: Denmark (49%) Belgium (51%)
DE BRUYNE SELESAIKAN MASALAH SERANGAN
Fungsi Denayer tidak improved terutamanya ketika bertahan namun Belgium mendapat nafas baharu apabila rentetan kesilapan Kjaer dan genius Kevin De Bryune.
De Bruyne dibawa masuk bagi memperbaiki masalah kreativiti serangan Belgium yang cukup terdesak pada babak pertama.
Kjaer membuat keputusan berani mati apabila meluru kepada Lukaku (pemain jagaanya) jauh dari posisinya, lebih malang dia melakukan failed tackle.
Situasi itu memberi ruang kepada Lukaku melalukan larian melepasinya dan melorongkan bola kepada De Byrune.
That run from Lukaku 🔥
Will there be a winner in this game?#EURO2020 pic.twitter.com/sPrdW4Qgcf
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 17, 2021
Pemain yang mempunyai otak pintar ini mudah memperdayakan pertahanan lawan (tanpa Kjaer) melorongkan kepada Thorgan Hazard. Hazard tidak mempunyai masalah melakukan tapping yang menerjah jaring. (1-1)
Percaturan Martinez menurunkan De Bruyne menyelesaikan masalah Belgium berkesan, pemain ini menjaringkan gol pendahuluan minit ke-72 menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti. (1-2)
Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pemain Denmark untuk menghalang gol tersebut.
Minit ke-74, Denayer sekali lagi melakukan marking buruk, Braithwaite menewaskannya sebelum melakukan percubaan bahaya namun sempat dihadang Alderweired.
Momen Thomas Munier yang hampir menjaringkan gol ke-3 selepas Kasper Schmeichel naik ke atas untuk membantu pasukan mencari gol penyamaan menutup aksi perlawanan Denmark lawan Belgium.
Percubaanya sempat dihalang oleh pertahanan lawan.
90 minit: Denmark (47%) Belgium (53%)
RUMUSAN
Denmark melakukan serangan baik pada awal pertahanan, menghuru harakan blok pertahanan Belgium.
Denayer menjadi pemain paling buruk selepas melakukan beberapa kesilapan.
Frontline dikawal dengan tight marking dan tidak dapat melakukan apa-apa.
Kemasukan de Bruyne babak ke-2 menyelsaikan masalah Belgium di unit serangan.
Roberto Martinez tidak memperbaiki pertahanannya (Denayer) tetapi membaiki unit hadapan (De Bruyne) dan ianya berkesan.
Pemain terbaik: Kevin de Bruyne (Belgium)