Tidak pasti apa yang berlaku kepada pertahanan Pulau Pinang ketika berdepan dengan Kedah semasa aksi derbi Utara semalam.
Mereka ternyata ada satu masalah yang terus berulang mereka lakukan iaitu kegagalan dalam mengekang offball running.
Kita tahu, offball running ni sukar untuk dibanteras namun pada masa yang sama, secara taktikal, mereka boleh bergerak secara berpasukan.
Ubat mujarab untuk mengekangnya adalah dengan track back yang aktif ataupun perangkap ofsaid.
Mungkin sukar untuk membuat perangkap ofsaid secara berterusan kerana ianya melibatkan kecerdasan taktikal yang lebih tinggi.
Sebelum gol pertama oleh Kipre, Kedah sudah mengesan masalah Pulau Pinang ini. Di mana beberapa siri offball running terutama sekali daripada Kipre akan mencetuskan ancaman secara terus sehingga situasi 1 lawan 1.
Peranan Kipre
Peranan Kipre sangat besar dalam perlawanan ini. Dia menjadi masalah utama Pulau Pinang. Dibantu oleh Rabih Ataya dan juga Kpah Sherman.
Secara asasnya, Kipre bermain second striker dengan roaming lebih ke bahagian kanan.
Jadi beliau banyak bergerak di half space berbanding dengan berada di belakang Sherman sepanjang masa.
Ini gambaran bagaiman Latiff dan Azwan berterusan keliru dengan apa yang mereka harus lakukan kepada posisi floating attacker Kedah itu di bahagian half space. Siapa harus ambik dia? Kalau Azwan pergi, Rabih dapat ruang, kalau Latiff keluar awal, Shermann akan bermaharajalela.
Dalam situasi ini, pentingnya DM yang bagus untuk shield back 4 dengan aktif. Di mana itu tidak berlaku malam tadi. David Rowley dan Fadhil Idris tak membantu sangat dalam mengekang Kipre.
Rabih Ataya menunjukkan masterclass beliau dengan peranannya yang fluid bersama Kipre.
Kipre memang gemar dengan peranan yang lebih roaming dan bebas ini. Sama seperti ketika dia form gila gila satu ketika dahulu di bawah Irfan Bakti. Namun selepas itu dia banyak ditukar peranan kepada target man.
Off ball running
Dia bermain sebagai second striker dalam perlawanan ini, dan banyak bertukar posisi dengan Rabih Ataya.
Satu perkara yang jelas dengan meletakkan Kipre sedikit ke half space kanan membuatkan side back kiri Pulau Pinang kerapkali tak tahu siapa yang patut pin ataupun pick up Kipre, sama ada dia ataupun DM? Lihat situasi ini sebelum gol dihasilkan, di mana pemain side back Penang dengan mudah memberikan ruang kepada Kipre.
Apabila situasi ini berlaku, pemain kena tahu bahawa Kipre bertukar ke half space dan marking secara taktikal terus berubah. Tiada lagi sistem right back vs left midfielder lawan (Ataya).
Di bawah ini adalah situasi ketika gol terhasil, sebenarnya pemain sideback Penang melakukan track back yang baik. Ini sepatutnya berlaku. Namun Latif Suhaimi miss kick dalam keadaan dia harus memenangi bola pertama.
Bila track bak yang bagus dilakukan anda akan melihat, walaupun Latiff Suhaimi melakukan miss kick awal tadi, tetap mereka ada covering untuk kesilapan itu.
Namun konsentrasi pertahanan kemudian mudah dimakan dalam situasi 1 v 1. Kipre acah sikit terus dapat ruang dan dia merembat dari luar dalam keadaang pandangan penjaga gol terhalang. Kipre menggunakan pemain Penang sebagai shield kepada rembatan dia.
Pada gol kedua, Kipre sekali lagi melancarkan off ball running untuk menerima bola rakannya. Latiff terlalu mudah ditewaskan oleh Kipre dalam situasi ini dalam duel fizikal.
Kipre melihat Kpah di zon menerima bola dalam kotak penalti. Dan dia dengan bijaknya cuba melengahkan sedikit situasi itu untuk membolehkan Baddrod naik ke atas dan mencipta ruang dia sendiri. Langsung tiada pemain yang pick Baddrol pada kali ini.
Dan hasilnya, gol. Tiada masalah untuk goalscoring midfielder melakukan gol.
Ini pula gol ketiga, juga menerusi larian off ball Kipre yang menyambung hantaran Kpah Sherman.
Ini sebenarnya gol yang mungkin secara taktikal tak terbayang oleh Kipre dia akan mendapat bola semudah itu di tight area.
Pertahanan Pulau Pinang awalnya cuba melakukan bentesan namun Kipre melalukan sentuhan cantik melarikan diri daripada bentesan itu
Dan gol keempat adalah off ball running daripada bek sisi Kedah. Yang tidak dirantai oleh pemain sayap Pulau Pinang. Ya tugasan itu patut jadi tugasan pemain sayap Penang kerana secara taktikalnya, sideback Penang mengawal Rabih Ataya.
Seterusnya lebih menyedihkan, bola itu terlalu mudah sampai ke kaki Sherman sedangkan ada seorang pertahanan yang cuba mengawalnya. Sherman drag pertahanan itu ke bawah dan kemudian mencipta ruang sedikit di belakangnya. Sangat basic football dan jarang pemain penyerang dapat melakukan perkara itu dalam perlawanan seperti ini.
Jadi kesemua 4 gol itu adalah kerana ada elemen off ball running yang gagal dikekang dengan lebih baik oleh Pulau Pinang.
Pulau Pinang tak bermaya
Secara taktikalnya Pulau Pinang terlalu kurang bola pada separuh masa pertama, membuatkan Kedah mendapat rentak dengan sangat cepat. Ada sesetengah pasukan mereka kurang bola namun mereka berjaya ‘destroying’ ataupun counter attacking. Dua elemen itu tak ada pada Pulau Pinang.
Seterusnya Pulau Pinang bernasib baik kerana Jafriciu tidak dilayangkan kad merah kerana stamping challenge ke atas Rabih Ataya. Ianya bukti mereka memang hilang fokus dalam perlawanan ini kerana tidak dapat melaksanakan permainan mereka mengikut acuan yang mereka rancang.
Jadi ini adalah perlawanan untuk dilupakan dan dijadikan post mortem utama Pulau Pinang untuk perlawanan akan datang.
Mereka sebelum ini pasukan yang bagus secara taktikal, dan bertenaga yang menjadi kekuatan uama mereka. Namun karakter itu hilang kali ini.
Rumusan
Sememangnya ada satu pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini iaitu Kedah. Dan mereka berhak menang. Walaupun melepaskan 1 bolos. Gol Pulau Pinang itu memang cantik dengan hantaran lintang ke space yang tepat dengan Rowley naik sebagai extra man.
Namun selain daripada gol itu, highlight untuk pasukan Pulau Pinang hanyalah mengejar bola sepanjang malam. Bak kata Bielsa: Dalam bola sepak kamu pilih mana satu, letih membawa bola ataupun letih mengejar bola.
Kedah harus konsisten dengan sistem permainan seperti ini. Kerana pemain pemain serangan mereka selesa dengan sistem ini. Kita tahu setiap perlawanan itu berbeza corak permainan lawan. Namun pada masa yang sama, Kedah harus memikirkan kekuatan utama pemain pemainnya.