Analisis Playmaker Iniesta vs JDT: Enganche Genius Di Kelas Tersendiri

Andres Iniesta memang satu takuk di atas yang lain dari segi kualiti di atas padang dalam aksi Vissel Kobe vs JDT.

Beliau melakukan 2 assist dan banyak sekali keypasses dalam perlawanan ini.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol dan Barcelona itu telah menjadi playmaker tengah pasukan Vissel Kobe.

Kualiti yang dijelmakan Iniesta sangat hebat untuk disaksikan. Visi dalam permainan dan juga ketepatan hantaran yang luar biasa.

Kualiti close control beliau juga masih berbisa.

Lihat bagaimana beliau melihat gerakan pemain lawan dengan visi tangkas yang ada padanya, ketika melakukan assist untuk gol pertama.

https://twitter.com/twinglish/status/1227574778963169280?s=19

Beliau menjadikan permainan bola sepak menjadi mudah di atas padang.

Bukan sahaja fasa serangan, malah ketika bertahan beliau membantu dalam pressing dan juga drop deep ketika perlu.

Iniesta sangar cepat melepaskan bola dan juga tenang ketika ditekan / pressing pasukan lawan.

Lihat pula assist Gol kelima ini:

https://twitter.com/FlavinhoKavalo/status/1227556830039171072?s=09

Ianya sangat tepat dan visi yang sangat kuat.

Selain itu, Iniesta juga mencetuskan gol ketiga pasukannya dengan satu gerakan di byline yang kemas, kemudian melorongkannya untuk disambung oleh rakannya.

Jom nikmati aksi Vissel Kobe di sini dengan kegeniusan Andres Iniesta.

Pastinya bertuah siapa yang dapat menyaksikan hero Piala Dunia dan sextuplet Barca itu apabila beraksi di bumi Johor kelak.

Laporan perlawanan

Vissel Kobe turun melayan kunjungan pasukan dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim dalam aksi Liga Juara Juara AFC 2020.

Kedua dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk perlawanan pertama ini.

Vissel Kobe seperti dijangka menjadi pasukan yang lebih dominan. Mereka bermain dengan sistem back 3 dengan Thomas Vermaelen menjadi ketua di backline.

JDT memulakan perlawanan dengan baik. Mereka mencipta 3 percubaan ke arah gol pada awal 10 minit pertama. Namun percubaan itu gagal diterjemahkan lebih baik.

Vissel Kobe banyak memberikan ancaman di final third terutama sekali menerusi Gotoku Sakai.

JDT hilang fokus pada minit ke-13 dan melepaskan bolos pertama apabila Keijiro Ogawa menerima key pass daripada Andres Iniesta. Hantaran yang cantik dan penyudah yang sangat licik – melemaskan Farizal Marlias.

Vissel Kobe lebih advance ke hadapan. JDT dipaksa menyerap asakan mereka.

Walaubagaimanapun, Corbin Ong pantas melakukan lontaran ke dalam yang mencetuskan ancaman dalam kotak penalti. Diogo menyungkit bola yang terkena tangan Thomas Vermaelen.

Penalti diberikan kepada JDT. Safawi Rasid dengan cemerlang menyempurnakannya menerusi satu rembatan leret.

Malangnya JDT terus bolos sekali lagi. Ianya berpunca daripada ruang yang sangat besar diberikan kepada Vissel Kobe.

Kyogo Furahashi menjadikan kedukaan 2-1 untuk tuan rumah, selepas menewaskan Farizal Marlias dengan rembatan ke tengah, dalam keadaan S. Kunanlan tergelincir.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-1.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, Vissel Kobe terus menguatkan cengkaman mereka di dalam perlawanan ini.

Andres Iniesta terus menjadi pembekal banyak hantaran bahaya ke kawasan JDT. Pemain veteran ini ternyata masih dalam kondisi terbaik.

Kyogo kemudiannya berjaya mencipta kedudukan 1 lawan 1 dengan Farizal Marlias namun S. Kunanlan cemerlang memintas bola.

Tidak lama selepas itu Andres Iniesta buatkan gerakan licik di byline. Dan beliau mengumpan kepada rakannya. Gerakan yang ketiga untuk Vissel Kobe menerusi Ogawa. Gol kedua beliau dalam perlawanan.

JDT bocor sekali lagi pada minit ke-68, menerusi Douglas.

Tiga minit selepas itu Keijiro melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-71.

Perlawanan berkahir dengan skor 5-1 memihak tuan rumah.

Team selection

VISSEL KOBE XI:

Hiroki Iikura, Thomas Vermaelen, Andrés Iniesta (C), Kyogo Furuhashi, Keijiro Ogawa, Takuya Yasui, Daigo Nishi, Gotoku Sakai, Leo Osaki, Yuta Goke, Douglas

Substitutes: Daiya Maekawa, Hirofumi Watanabe, Noriaki Fujimoto, Ryuho Kikuchi, Ryo Hatsuse, Junya Tanaka, So Fujitani.

JDT XI:

Farizal Marlias, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento

Substitutes: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad, Natxo Insa

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di