Analisis: Pressing Dan Dry Trap Tactic Arsenal Yang Hancurkan Chelsea Total

Arsenal benar benar memusnahkan Chelsea dari sudut taktikal dalam perlawanan ini. Ini adalah analisis

Chelsea diberikan peluang separuh masa pertama

Pada separuh masa pertama tempo permainan adalah tidak begitu tinggi. Walaupun Arsenal mendahului seawal minit ke-4 namun selepas itu anak anak buah Mikel Arteta memberikan banyak ruang kepada Chelsea.

Kenapa saya kata Arsenal bagi Chelsea peluang? Ini kerana corak permainan Arsenal tidak berada di tahap tertinggi. Dan ini adalah kesempatan yang tidak digunakan Chelsea sebaiknya.

Jadi bukan nak cakap Chelsea pasukan lebih baik separuh masa pertama, kerana Arsenal adalah pasukan lebih baik sejak minit pertama lagi.

Dalam sidang media pasca perlawanan, Pochettino sendiri berkata: “Kami tidak memberikan tentangan sejak awal lagi.”

Pochettino merujuk kepada mentaliti yang salah digunakan Chelsea dalam memulakan perlawanan. Membuatkan segalanya kelam kabut.

Dia turut merujuk kepada aksi separuh masa pertama Chelsea. Mereka ada pelan taktikal jelas iaitu bertahan di bawah, menyerap tekanan dan serangan balas. Beberapa siri serangan balas mereka berjaya sampai sepertiga akhir namun keputusan dibuat pada fasa finishing dan kualiti finisihing senan cerita, ke laut!

Kualiti serangan Arsenal

Ini adalah beza yang jelas dalam perlawanan ini. Terutama sekali separuh masa kedua. Arsenal sebenarnya bermain dengan sistem 4-3-3 dengan Kai Havertz sebagai false 9.

Sistem false 9 ini benar benar memberikan masalah buat Chelsea. Havertz bertindak dengan cemerlang di zon 14 atau di garisan bahu pertahanan lawan. Penyudah yang klinikal juga menjadi senjata utama Arsenal.

Jika tidak, mereka tidak akan menjadi pasukan yang mampu memiliki GD yang sangat besar. Arsenal sekali lagi membuktikan kualiti penyudah mereka bukan sekadar daripada pemain penyerang. Ben White mencetak 2 gol dalam perlawanan ini. Bukan perkara baharu. Kerana mereka memiliki goalscoring CB bernama Gabriel musim ini.

Selain itu, Odegaard dan Rice berperanan sangat baik di tengah. Rice bertindak sebagai penstabil. Sementara Odegaard adalah ball carrier dan playmaker utama.

Jika anda mencari gandingan yang bagus antara 6 dan 8, maka Rice dan Odegaard vs Chelsea ini patut dalam senarai kajian analisis taktikal.

Odegaard dan Havertz memiliki keserasian luar biasa dalam perlawanan ini. Ini antara 2 hantara Odegaard yang disambut Havertz pada masa dan waktu tepat hasil daripada hantaran awal dan larian awal.

Separuh masa kedua cerita Arsenal sebenar

Maaf Chelsea, pasukan anda bernasib baik untuk sekadar kalah 5-0. Kerana Arsenal superior dalam pelbagai aspek. Aspek pressing, fluiditi dan kestabilan adalah luar biasa.

Arsenal membuatkan Chelsea letih bekejaran dan akhirnya berputus asa. Pochettino sendiri kata, pasukannya selepas melepaskan gol ketiga, telah berputus asa dan membuang perlawanan ini.

Kenapa? Mentaliti pemain pemain muda Chelsea tidak pernah berdepan dengan perlawanan terlalu sukar seperti ini. Mereka tidak ada panduan taktikal yang lebih baik, dan tiada pemain yang boleh menjadi ‘pembantu’ Pochettino ketika di atas padang untuk membuat keputusan.

Pochettino menegaskan pasukannya tiada kapasiti atau depth yang cukup untuk melawan Arsenal pada kualiti terbaik mereka.

Poch berkata: “Kami bercakap pada separuh masa untuk bermula dengan cara yang berbeza. Tetapi kami tidak melakukannya. Apabila kami melepaskan gol ketiga pasukan kami menyerah. Ia sukar untuk mereka.

“Kami bersaing dengan sangat baik menentang Manchester City, ia adalah perlawanan yang hebat. Tetapi kemudian kami tidak memberikan saingan tiga hari kemudian. Mungkin kami tidak cukup cergas.

“Adalah tidak adil untuk bercakap tentang pemain yang kami tidak dapat bermain. Dari awal musim kami telah kehilangan begitu ramai pemain setiap minggu.

“Pasukan menunjukkan kekurangan kapasiti untuk menentang – itulah masalahnya.”

The dry trap tactic

Satu taktikal yang memberikan lawan ruang yang sebenarnya ‘ruang palsu’.  Arsenal kerap tidak menekan Chelsea pada fasa build up di bahagian wide area.

Kenapa? Kerana mereka tahu kelemahan Chelsea adalah tidak mampu melakukan penetrasti ke zon tengah. Dalam serangan. Setiap serangan itu perlu masuk ke tengah walaupun ia bergerak dari sayap.

Dalam kes Chelsea mereka hanya ada pilihan untuk terus berlari sepanjang bahagian sayap dan melakukan hantaran lintang. Ketika ini, Chelsea tiada target man yang benar benar bagus macan Giroud untuk menanduk segala macam cross ke dalam.

Mudryk akan cuba segera masuk ke narrow area. Iaitu tengah. Dan dengan mudah dipatahkan Arsenal kerana kualiti permainan kombinasi Chelsea yang lemah. Enzo Fernandez tidak beraksi baik pada hari ini. Caicedo boleh dikatakan bermain baik namun dia berjuang seorang diri.

Lihat di sini mereka segera menekan apabila bola dibawa ke tengah.

Chelsea kerapkali mengelak pertarungan di tengah kerana situasi sentiasa dimenangi Arsenal. Ini adalah detik di mana Declan Rice melakukan pressuring dalam organisasi pressing Arsenal.

Sayang Rice tak mencetak gol pada akhirnya.

Baca yang lain