Analisis Prestasi Luis Diaz Si Pressing Machine & Team-Goal Dengan 34 Pertukaran Hantaran

Luis Diaz berjaya membuka akaun golnya bersama dengan pasukan baharunya Liverpool. Diaz yang baru memulakan perlawanan 2 kali sudah berjaya menemui penyudahnya.

Ini hasil daripada usaha cemerlangnya sejak tiba di Liverpool. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Diaz kini menjadi pemain paling mengujakan peminat Liverpool.

Kerana dia tiba dan memberikan suntikan tambahan yang sangat baik kepada pasukan.

Aksi cemerlang Luis Diaz dalam aksi berdepan dengan Norwich City telah mendapat pujian daripada pundit Sky Sports, Tim Sherwood.

Bercakap kepada Sky Sports, Sherwood mengiktiraf Luis Diaz sebagai pemain terbaik di atas padang dalam perlawanan tersebut.

“Luis Diaz, budak ni memang padu natang. Maksud saya, dia memang sangat bagus.”

Ulasan tersebut adalah pada separuh masa pertama. Dan kemudian Sherwood melihat sendiri Diaz melakukan chip goal untuk gol ketiga Liverpool.

Sherwood sekali lagi memuji Diaz seperti seorang lelaki memuji lelaki lain yang ada adik dara comel.

“Luiz Diaz ni, dia pemain terbaik atas padang pada hari ini. Ketika hilang bola, budak ni akan turun ke bawah secepat mungkin. Ketika dalam penguasaan bola, dia sangat hebat. Sangat fantastik!”

Analisis prestasi

Adakah Diaz benar benar bagus? Prestasinya memang harus dibanggakan peminat Liverpool. Diaz memberikan dimensi berbeza berbanding Sadio Mane. Di mana Diaz lebih direct dengan bola.

Jadi, Klopp ada variasi di wing kiri ketika ini. Diaz juga merupakan pressing machine yang sangat sesuai dengan sistem Jurgen Klopp. Di mana dia sentiasa cepat cuba untuk memenangi semula bola selepas bola hilang dari penguasaan pasukan.

Secara keseluruhan pemain antarabangsa Colombia itu mencipta statistik:

59 sentuhan, dengan 13 sentuhan dalam kotak penalti

6 kali merampas semula bola

5 peluang dicipta

5 kali memenangi duel

4 percubaan

3 kali memenangi foul

1 bentesan

1 shot on targe

1 gol.

Team goal dengan 34 hantaran

Paling menarik gol Diaz itu adalah hasil daripada 34 pertukaran hantaran yang tidak diganggu gugat oleh lawan. Menjadikan ianya gol dengan binaan hantaran paling banyak musim ini dalam EPL. Dan paling banyak dalam sejarah Liverpool sejak manusia kenal Opta.

Saksikan di sini:

Sebelum ini dalam aksi berdepan Leicester Diaz hampir mencetak gol namun dinafikan kehebatan Kasper Schmeichel. Kali ini Diaz tidak dapat dihalang lagi.

Kemenangan ke atas Norwich hadir selepas Liverpool ketinggalan 1 gol di belakang.

Liverpool bangkit dengan 3 gol hasil gol oleh Mane Salah Diaz.


 

[VIDEO] Gol Lipat, Assist Alisson Dan Gol Chip Diaz Sempurnakan Comeback Liverpool

Liverpool bangkit daripada ketinggalan di Anfield dengan dua gol luar biasa daripada Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Seperti dijangka, Liverpool sangat dominan dalam perlawanan ini. Namun Norwich tetap mencipta beberapa peluang yang sangat baik menerusi serangan balas.

Pada separuh masa pertama Liverpool sangat kurang menyengat di dalam kotak penalti. Malah Alisson hampir ditewaskan Pukki yang merembat menyilang.

Pemain Liverpool hanya terleka melihat aksi Pukki di depan mata mereka. Mujur bola tak masuk.

Tsimikas mungkin pemain Liverpool yang mendapat peluang terbaik apabila menerima hantaran Mo Salah di far post. Sayang sekali sentuhannya kelaut.

Norwich bertahan dengan baik sekali dan mengikat tuan rumah 0-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Liverpool menunjukkan beberapa aksi cuai mereka pada awal separuh masa pertama. Norwich sekali lagi memulakan perlawanan dengan sangat baik, sama seperti ketika mereka memulakan separuh masa pertama.

Dan kemudian Norwich di hadapan selepas Milot Rashica melakukan rembatan yang terbias pada kaki Joel Matip. Alisson terperangkap dengan bola yang bertukar arah kerana biasan tersebut.

0-1 memihak tuan rumah pada minit ke-48.

Tersentak dengan gol itu, Liverpool menaikkan intensiti dan menggandakan serangan mereka. Norwich kemudian bertahan ke bawah dengan ramai pemain.

Liverpool akhirnya berjaya mendapat gol pertama menerusi Sadio Mane menerusi gol lipatan ataupun sepakan gunting.

Sebelum ini Mane hampir berjaya melakukan gol lipat ketika menentang Inter Milan namun bola terkena ketingnya. Kali ini Mane berjaya menyempurnakan bola yang di-set-up kepadanya oleh Kostas Tsimikas.

Anfield bergema melihat gol hasil daripada kegeniusan individu itu. 1-1 kedudukan pada minit ke-64.

3 minit kemudian, satu lagi gol gila terhasil. Kali ini Alisson melakukan sepakan drop kick yang terus disambut oleh Mohamed Salah.

Salah sempat mengacah penjaga gol dan kemudian meleretkan bola dengan kaki kanannya. Di mana pertahanan sudah mati langkah kerana sudah bergerak ke arah bertentangan.

2-1 untuk Liverpool pada minit ke-67.

Hari Liverpool terus cemerlang apabila Luis Diaz akhirnya membuka akaun gol beliau bersama Liverpool.

Diaz cemerlang sepanjang perlawanan ini. Dia menerima hantaran Henderson dan kemudian melakukan chip yang persis penyudah no.9.

Seminit kemudian, Diaz hampir menjadi pencipta assist, sayang sekali Mane merembat tak tepat pulak. Hmmm…

Tamat perlawnaan. Liverpool 3 Norwich 1.

 

Baca yang lain