Analisis: Prospek Dan Cabaran Amorim Jika Dia Jadi Pengurus Liverpool

Ruben Amorim merupakan seorang lagi pengurus muda yang berbakat di Eropah. Dia kini dikaitkan dengan banyak kelab besar di Eropah.

Ruben Amorim merupakan pengurus Sporting CP. Dan dia dilantik pada Mac 2020 menggantikan Silas. Dia membuatkan Sporting membelanjakan €20 juta untuk mengaktifkan klausa pelepasannya.

Musim ini pengurus berusia 39 tahun itu mencatatkan rekod ratio kemenangan sebanyak 70.1% selepas mengendalikan sekitar 221 perlawanan setakat ini di dalam kariernya.

Kini The Reds berminat mendapatkan Amorim yang dianggap sesuai untuk menggantikan Jurgen Klopp di Anfield. Sebagai tambahan, dia bernaung di bawah ejen yang sama dengan Luis Diaz.

Formasi kegemaran

Ruben Amorim menyukai sistem bek bertiga terutama sekali 3-4-3. Dia juga sering menggunakan 3-5-2. Ini akan menjadi menarik jika benar dia menguruskan Liverpool. Kerana set pemain Liverpool yang ada bermain dengan sistem back 4.

Namun Trent Alexander Arnold mungkin akan lebih suka dengan sistem ini kerana dia boleh bermain di wingback?

Formasi asas adalah 3-4-3, dan ketika bertahan biasanya Sporting akan membentuk 5-4-1.

Fokus penguasaan tengah

Sama seperti Guardiola atau Arteta dan pengurus moden seperti Klopp, beliau menekankan aspek kekuatan unit tengah. daripada kestabilan di tengah barulah pasukan akan berkembang ke hadapan untuk membina serangan dengan unit lebih ramai.

Penekanan gerakan yang fluid di belakang target man adalah fokus Amorim dalam pembentukan taktikal.

Sporting biasa membentuk formasi seperti 3-2-4-1 atau 3-1-5-1. Mobiliti dan gerakan unit di belakang no.9 adalah cap dagang kepada taktikal Amorim.

Satu lagi pattern yang jelas daripada permainan Amorim adalah, dia akan sedaya upaya memunggah bola ke sayap atas ketika serangan. Ketika ini, bek sisi akan ditolak setinggi mungkin dan bahagian belakang akan bergerak sekali untuk membentuk sokongan dari depth.

Adaptasi

Sporting bukanlah pasukan yang sentiasa menyerang sepanjang masa. Kerana ada masanya mereka akan juga berdepan dengan kelab yang memiliki unit pemain lebih baik.

Ruben Amorim menekankan aspek adaptasi kepada permainan berbeza. Jadi jangan hairan jika melihat pasukan beliau boleh bermain dengan bek berenam untuk ultra defensive.

Seterusnya adaptasi dari segi pembentukan lone pivot atau double pivot ketika binaan serangan dari bawah. Kedua duanya digunakan oleh Amorim dalam taktikalnya.

Ini adalah contoh dengan pivot kembar:

Sistem kembar ini juga boleh muncul dalam sistem dengan pembentukan bentuk berlian di tengah.

Dan ini contoh dengan pivot tunggal atau pivot tak ada kawan.

High Pressing

Ruben Amorim pengurus yang sukakan high pressing yang berterusan dan permainan terbuka. Ini antara aspek yang membuatkan dia berada dalam senarai calon pengurus Liverpool selain nama seperti De Zerbi.

Penekanan corak pressing dia sedikit berbeza dengan Klopp. Klopp menggemari pressing yang sangat direct iaitu pemain tekan pemain secara terus.

Amorim pula lebih kepada memfokuskan kepada tekanan kepada passing lane di garisan tinggi. Cuba mematikan aliran bola.

Dari segi recycling, sekali lagi Klopp menggemari corak yang dia gelar Heavy Metal, dapat bola terus serang ke kotak penalti yang kita gelar gegenpressing.

Sementara Amorim lebih bertenang, memenangi bola, dia akan melakukan beberapa hantaran di sekitar zon tersbut, atau pass ke belakang sedikit untuk memulakan struktur serangan.

Seperti Klopp dia sukakan sistem yang proaktif dan progresif.

Cabaran di EPL

Ruben Amorim masih belum pernah menguruskan pasukan sebesar Liverpool yang akan menjadi cabaran terbesar beliau. Pada usia 39 tahun, adakah beliau boleh mengendalikan tekanan itu?

Dari segi falfasah, Amorim cukup bagus untuk menjadi pengurus Liverpool seterusnya. Namun dari segi pembentukan pasukan, dia perlukan bantuan dari pengurusan tertinggi Liverpool itu sendiri.

Inilah sebabnya Liverpool terus memujuk Michael Edwards kembali dan sudah melantik pengarah sukan baharu untuk projek baharu.

Gaya permainan EPL yang sangat berbeza dari segi intensiti dan fizikaliti akan menjadi cabaran besar Ruben Amorim.

Selain itu, pembentukan sistem berdasarkan formasi yang berbeza menuntut semua pihak berkorban masa dan tenaga di pusat latihan untuk membentuk sistem yang ‘satu bahasa’.

Jika dahulu Jurgen Klopp memiliki karakter sangat kuat membangunkan pasukan yang berasaskan Brendan Rodgers – yang menerapkan falsafah fluid Football. Pemain pemain berjaya beradaptasi kerana Klopp coach yang berkaliber dan pada masa yang sama ramai pemain di bawah Rodgers sesuai dengan taktikal Klopp.

Namun dalam skuad Liverpool yang sekarang pemain seperti Trent Alexander Arnold dan Virgil Van Dijk adalah sangat berpotensi untuk menjadi asas pembentukan sistem. Ini kerana Van Dijk general di belakang dan boleh melakukan playmaking dari bawah. Trent pula bagus di Wingback.

Isu yang besar, bagaimana dengan sistem serangan? Kerana Amorim tidak benar benar menekankan aspek winger yang terlalu cepat masuk ke dalam kotak penalti seperti mana sistem Liverpool sekarang.

Dan pemain winger Liverpool, Mo Salah dan Luis Diaz adalah pemain penting pasukan. Mo Salah adalah penjaring utama pasukan.

Dia mungkin perlu mengekalkan cara Liverpool beroperasi di serangan atau membuktikan dia boleh terus menyambung projek Klopp yang ada dengan pengekalan formasi yang ada? Semua itu akan menjadi perkara yang akan menentukan sama ada dia boleh menjadi pengurus Liverpool yang bagus dalam masa yang cepat.

Cepat di sini bukan bermaksud, hanya beberapa bulan sahaja terus dapat rentak. Ianya masih memerlukan masa kerana dia menggantikan Klopp yang memiliki legasi sangat besar.

 

Baca yang lain