Analisis Ringkas: Defensive Command Sekali Lagi Jadi Isu United

Manchester United mempersia siakan peluang keemasan untuk naik sehingga ke tangga ketiga. Ini apabila skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer telah keciciran mata pada saat akhir.

United seri 2-2 pada hari mereka berpeluang untuk berada di driving seat persaingan ke UCL.

1. Pogba tebus kesalahan

Secara peribadi aku rasa Pogba bermain sangat baik. Dia membuat kesilapan dan kemudian menebusnya dengan hantaran yang mencetuskan gol.

Ole mengeluarkan Pogba dan kemudian impak Man United di tengah terus hilang.

Kita faham, Pogba dikeluarkan kerana jadual sangat padat. Namun pemain yang masuk gagal memberikan impak di tengah.

2. Front 3 United

Trio serangan United terus meledak. Hari ini Martial dan Rashford pula menjaringkan gol. Greenwood agak senyap pada hari ini.

Rashford dan Martial nampak sharp dalam gerakan. Namun pada separuh masa kedua mereka agak isolated kerana keterukan United di tengah.

Tetapi mereka berdua tetap mencetuskan ancaman dengan gerakan solo.

3. United tak intensif separuh masa kedua

Berbanding dengan separuh masa pertama yang lebih baik dan intensif, pada separuh masa kedua United terlalu membiarkan lawan memiliki penguasaan bola dan mara lebih jauh.

Mungkin isu keletihan melanda? Sukar nak menjadikannya alasan kerana Soton pun padat jadual mereka. Semua pasukan jadual padat.

Apa yang pasti United memang tiba tiba hilang keinginan untuk lebih dominan dan seolah olah yakin dapat mempertahankan margin 1 gol.

Kesannya, mereka tidak begitu komited nak membunuh perlawanan. Tetapi mereka tetap ada beberapa peluang terbaik dan tak disudahkan.

4. Empat teratas

United sudah berada di top 3. Namun pada masa kecederaan mereka melepaskannya.

Sayang sekali rentetan tanpa kalah mereka tak diterjemahkan dengan lebih baik di atas carta liga.

5. Isu commanding United

Ini bukan masalah malam ni. Tetapi masalah sepanjang musim. Maguire nak tak nak kena lebih commanding terutama sekali bola mati.

Sebab United tak macam team lain yang ada keeper kuat membebel. De Gea pula jenis diam.

Di Liverpool ada Van Dijk yang commanding. Di City Pep selalu letak Fernandinho untuk tugas itu, dan Laporte sudah mulai diajar untuk lebih suara dalam padang.

Dalam beberapa situasi bola mati, pertahanan United kerap terlena dan tidak dibangkitkan. Gol kedua Soton itu contoh sangat jelas.

Pemain paling kecik menjaringkan gol directly daripada bola mati maksudnya, ada benda tak kena.

Lihat apa yang berlaku di mana Maguire telah attack kawan dia sendiri.

Salah satu puncanya adalah miscommunication.

 

Baca yang lain