Analisis Ringkas: Prestasi Cemerlang Baddrol, Dan Bagaimana Kad Merah Goulon Menjadi Turning Point

Dari awal Liga Super ni berlangsung sehingga ke LS6 ni, aku boleh katakan yang perlawanan menentang Sri Pahang ni antara permainan yang terbaik yang ditunjukkan oleh Kedah.

Benda utama yang menarik perhatian aku ialah bagaimana pemain-pemain di barisan pertahanan built up serangan menggunakan hantaran-hantaran pendek berbanding clear ball yang tak tentu arah.
Kat sini aku bagi credit kepada Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar dan Anumathan. Baddrol dan Anumathan menawarkan stability di bahagian tengah

3 watak ini yang banyak jana serangan bermula dari blok rendah dan seterusnya membolehkan Rabih Ataya melaksanakan tugasnya di bahagian atas.

Malam ni juga kita dapat saksikan screamer dari Baddroll Bakhtiar untuk gol yang pertama. Aku rasa dah lama Baddrol tak hasilkan gol dengan cara yang macam ni.

Prestasi Bad

Pada pendapat aku selain Rabih Ataya, Baddrol antara watak penting dalam perlawanan malam ni. Tak seperti perlawanan-perlawanan yang lepas, posisi Baddrol pada malam ni nampak lebih jelas.
Beliau saling bertukar posisi dengan Anumathan sebagai NO6 dan adakalanya bermain sebagai NO8.

2 gol daripada Baddrol Bakhtiar malam ni boleh disimpulkan sebagai malam terbaik beliau setakat ini.

Rabih Ataya bagi aku adalah pemain yang agak fancy dan ada vision yang baik. Tapi bagi aku Rabih perlu pertingkatkan keupayaan beliau dalam decision making.

Kadangkala fluidity permainan agak terganggu apabila Rabih agak lewat nak release bola. Sungguh pun macam tu Rabih masih lagi kekal sebagai perancang utama untuk pasukan Kedah pada musim ni.

Kalau dilihat dengan teliti, Rizal Ghazali lebih banyak berada di half space berbanding di wide area pada malam ni dan Rizal bermain dengan sangat baik. Walaupun lebih banyak terlibat membantu bahagian serangan, Rizal masih lagi berjaya melaksanakan tugas utamanya di bek kanan.

Mungkin kepincangan Sri Pahang sedikit sebanyak membuatkan Kedah lebih dominan di atas padang. Awal separuh masa yang pertama Sri Pahang lambat nak settle down. Mereka struggle di centre area. Lee Tuck gagal nak pecahkan dominasi Baddrol dan Anumathan di situ.

Turning point: Kad merah Goulon

Turning pointnya bila Goulon dapat Kad Merah. Sri Pahang bermain dengan emosi dan mereka kalah. Goulon bukan sahaja penting dari sudut numerical, ataupun teknikal tetapi dari segi mentaliti juga – beliau pemain sangat penting untuk Pahang.

Screamer Baddrol Bakhtiar di minit ke 37 buatkan Sri Pahang lebih tertekan.

Apa yang positif untuk Sri Pahang adalah mereka dapat hasilkan jaringan dalam masa-masa yang mereka sangat perlukan dan mereka bermain seperti mempunyai 11 pemain.

Dan dari situ mereka berjaya hasilkan sebuah counter attack yang sangat epik.

Bermula dari intercept yang dilakukan oleh Azam Azih dan disudahkan oleh Nur Izzat Che Awang.

Pahang sebenarnya bermasalah di bahagian depan. Yevhen Bokhashvili isolated sepanjang separuh masa yang pertama. Mungkin masalah utama apabila tak dapat cukup supply dari bahagian tengah.

Sri Pahang ni walaupun bermasalah sepanjang separuh masa yang pertama tetapi mereka masih boleh menarik nafas lega sebab mereka mempunyai pemain-pemain yang mampu untuk bergerak sendiri. Sistem mereka secara berpasukan dah rosak selepas Goulon kena Kad Merah.

Lepas Goulon keluar Sri Pahang banyak beri ruang di zone 14. Gol pertama Kedah juga datang dari pocket area pasukan Sri Pahang. Mungkin Sri Pahang berharap yang mereka dapat lakukan sesuatu dalam separuh masa yang kedua tapi malang bila awal-awal lagi dah bagi penalti dekat Kedah.

Pahang masih bersemangat

Walaupun Kedah berjaya mendahului dengan jaringan dari sepakan penalti tu Sri Pahang masih lagi tak patah semangat. Boleh dikatakan yang dalam separuh masa yang kedua ni barulah Pahang bermula main bola.

Masa ni baru mereka mula lakukan pressing dengan tersusun untuk menyukarkan Kedah bergerak di middle third. Gandingan Lee Tuck, Azam Azih Dan Nur Izzat banyak menghasilkan gerakan-gerakan ke final third.

Bila Lee Tuck kembali dapat sentuhan dan sekurang-kurangnya Yevhen tu dapat la sikit bergerak dengan bola. Dan dia dapat jugak lepaskan percubaan.

Gol Ketiga Baddrol tu memang dah kill the game. Pahang dah tak boleh buat apa lagi lepas tu.

Malam yang sukar buat Sri Pahang dan Lee Tuck.

Rumusan

So kesimpulannya separuh masa yang Kedua baru nampak yang Sri Pahang mula bermain. Kedah dominan dari awal permainan dan mungkin beruntung bila Sri Pahang terpaksa bermain dengan 10 orang. Walaupun tewas sekurang-kurangnya Sri Pahang agak mencabar dalam separuh masa yang kedua.

Sri Pahang jelas ada isu dengan taktikal dan masih mencari formula untuk membentuk pasukan mereka yang ternyata banyak berubah dari segi kesebelasan utama berbanding musim lalu.

MOTM: Baddrol Bakhtiar.

Baca yang lain